AKHTAR - BAB 37✨

14.9K 543 11
                                    





BERKERUT muka Aira menahan sakit. Hari kelima period senggugut baru datang! Pelik tapi benar. Kepalanya pening, perut mual dan pinggang pun makin sakit.

Terasa sangat pedih ari-arinya sekarang. Merintik peluh didahinya. Berulang kali dia menggulingkan badannya diatas katil.

Dia memejamkan mata. Pedih sangat senggugut kali ini. Dia bangun duduk perlahan-lahan sambil menggigit bibir.

Tangan kanan menggenggam erat pinggangnya dan tangan kiri pula memegang kepala katil untuk menampung diri.

Akhtar berada diruangan bilik kerja. Dia tidak mahu mengganggu suaminya kerana suaminya mengatakan bahawa dia sedang sibuk dan menghalang agar dirinya memasuki ruang kerja. Sudah 5 hari Akhtar berperangai sebegitu.

Aira hanya akur kerana tidak mahu suaminya memarahinya. Aira bangun perlahan-lahan. Bibirnya bergetar dan pucat. Dia menghembus nafas lega apabila boleh berdiri dengan tegak.

Jangan main-main tau. Senggugut ni umpama ada ssuatu yang mencucuk ke pinggang. Terasa pedih dia ya Allah.. Hanya perempuan yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu.

Aira tenangkan dirinya. Fuh. Boleh bangun pun dah kira baik sangat. Namun dia agak terkejut apabila mendengar hempasan pintu biliknya. Dia tersenyum manis kearah suaminya yang baru menapak kedalam bilik tidur dengan wajah yang.. tegang..

"Kerja abang dah siap?" Tanyanya dengan nada perlahan. Tengah menahan sakit ni!

Akhtar memandangnya tanpa riak. "Abang tak suka orang luar sesuka hati masuk rumah kita. Aira jangan memandai nak bagi orang masuk boleh?" Aira berkerut sahaja mendengar suara tegas itu.

"Abang kenapa.. Mana ada Aira jemput orang luar masuk rumah kita.." Lemah sahaja nadanya. Dahi pun makin berpeluh. Dia makin menggenggam pinggangnya. Sakit dah datang balik..

Akhtar meraup kasar wajahnya. "5 hari lepas...Aira sesuka hati saja jemput lelaki masuk kenapa?" Ditahan suaranya daripada meninggi terhadap isterinya.

"Abang.. lelaki yang abang sebut tu ayah saudara Aira tau. Darah daging mama. Abang mama. Jadi dia bukan orang luar bagi Aira.." Aira mngetap bibir. Aduh dahlah tengah sakit. Akhtar pula ajak berperang..

"Dia tetap orang luar bagi abang." Aira merenung tajam suaminya.

"Kalau paklong orang luar bagi abang itu bermakna Aira pun orang luar lah bagi abang kan?" Terketar suaranya menahan sebak.

Aku tengah sakit tau! Fizikal dah sakit. Mental pun nak sakitkan jugak ke?! Haa maghoh! Tengah period ni jadi singa betina sikit.

Akhtar mengetap rahangnya. Bukan itu maksudnya..

"Aira layan ayah saudara dan ahli keluarga abang dengan elok.. Takkan lah dengan ahli keluarga Aira abang tak boleh layan elok?"

"Hubungan abang dengan papa Aira pun tak elok juga.. Atau..abang memang pandang rendah terhadap kami? Disebabkan pangkat Aira ke abang?"

"Aira!! Abang tak pernah kisah tentang pangkat! Berapa kali abang nak ckap pada Aira hal yang sama ni?! Aira asyik guna alasan yang sama supaya abang kesiankan Aira kan?!" Aira terkesima. Terkejut dengan jerkahan itu..

Aira menunduk. Terasa la dia.. Dahlah tengah period. Lagilah mood terasa hati tu mencanak tinggi..

"Maafkan Aira abang.." Aira terus ingin berlalu ke tandas. Akhtar membuang keluh dan menarik lembut tangan isterinya.

"Sayang.. abang cum--" Terbantut percakapannya apabila melihat Aira yang membongkok dan mengetap bibir. Terbeliak mata Akhtar apabila melihat banyak darah di punggung isterinya.

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now