AKHTAR - BAB 44✨

12.3K 452 7
                                    





AKHTAR melempar telefon bimbitnya keatas katil. Dia mengeluh. Sudah beberapa jam isterinya bersembang dengan mertuanya. Takkan tak habis lagi bersembang?

Akhtar cemburu tau?

Akhtar mendengus. "Haih mana la dia ni. Tak masuk-masuk bilik lagi.. Dah berpeluh bontot aku tunggu dia. Memang nak tidur dengan papa mama dia ke? Habistu aku? Takkan aku nak tidur sorang-sorang? Tak boleh jadi.."

Akhtar terus bangun dari katil dan mengorak langkah kearah pintu bilik. Namun belum sempat dia membuka, pintu tersebut telah dibuka oleh seseorang dari luar.

Akhtar senyum lebar. Haa sampai pun budak ketot ni.. Tapi senyumannya memudar apabila dia menerima jelingan padu dari isterinya. Aira terus menonong masuk tanpa menegurnya.

Ewah ewah. Lepas dpat kasih sayang ibubapa, terus lupa suami ye? Kemain..

Akhtar menutup kembali pintu bilik disertakan mengunci pintu itu. Tak boleh! Nanti kalau mama papa dia datang nak ambik Aira macam mana? Tak boleh la culik isteri orang sesuka hati..

Agak kurang cerdik juga fikiran Akhtar ketika ini. Apa dia ingat bini ketotnya itu budak kecik ke nak diculik mak ayah bagai?

Seseorang tolong hempuk kepala dia ni boleh? Dah mereng agaknya lepas kena tembak..

Aira menghenyak punggung diatas katil dan menyilang tangan didada apabila melihat suaminya menghampirinya. Akhtar menggaru kepala. Apa pula lah kesalahan dia kali ni?

Akhtar duduk ditepi Aira. Rapat sangat. Sehinggakan bahu mereka bersentuhan. Aira berdecit. Ruang banyak tu kan kenapa melekat dengan orang ni?!

Aira mengesot ketepi namun Akhtar juga mengesot sama. Dia makin mengesot sehinggalah bahunya kanannya bertembung dengan kepala katil. Aira mendengus.

"Ish abang ni dah kenapa tolak Aira smpai ke kepala katil ni?" Mencerlung matanya melihat Akhtar.

Akhtar berkerut. Serius ah aku salah dalam hal ni?

"Sayang yang kesot ke arah sana. Bukan abang yang tolak.." Aira berpaling kearah kanan.

"Abang tu yang duk asyik merapat dengan saya. Kenapa?" Akhtar mengecilkan matanya.

"Duk rapat pun salah ke? Selama ni siapa yang duk berkepit dengan abang?" Aira mencerlung kembali kearahnya.

"Ooo abang nak salahkan Aira la ni? Abang nak cakap yang abang rimas dengan Aira kan? Cakap jelah. Nak berkias dengan Aira kenapa? Takut sngat Aira terasa ke ape?"

Akhtar mengeluh. Kenapa la isterinya garang sangat sekarang?

"Wow abang mengeluh? Penat ke jaga saya sampai mengeluh? Kalau penat hantar balik saya ke mama papa saya. Hmph!"

Akhtar menggaru kening. "Buat apa nak hantar kalau mama papa sayang ada dalam rumah ni? Kalau sayang nak jenguk dorang pergi jela jalan kaki.. Bilik dorang depan tu je. Kenapa nak suruh abang hantar?"

Ooo nak gaduh eh. Meh meh. Kalau semua orang nak tahu sebenarnya Akhtar ni kuat menyakat dan suka menjawab. Kerana itulah Akira dan Akhmal malas nak berlawan mulut dgan dia.

"Abang! Bukan tu la maksud Aira!" Dia memukul kuat dada Akhtar.

"Argh!" Akhtar menyentuh dada kirinya yg dipukul Aira. Menggelabah Aira melihat wajah berkerut suaminya!

"Abang.. Aira mintak maaf. Abang sakit? Sorry sorry Aira tertampar kuat.. Sorry abang.." Aira kalut mengusap dada kiri Akhtar.

Akhtar sembunyi senyum. Eleh setakat tangan cenonet tu pukul dia.. tak sakit pun sebenarnya hakhak. Padan muka! Nak merajuk sangat kan..

Akhtar berpura-pura sesak nafas. Aira terus merangkul bahu Akhtar. "Abang.. abang ok tak. Jom kita pergi hospital.." Bergetar suaranya..

"Sa..sayang. To..tolong." Cis. Berlakon lagi berlakon!

"Tolong ape abang?" Aira dah bergelinang air mata. Suaminya nak mati dah ke? Gulp. Jangan la. Nanti Aira rinduu..

"Ba..gi.. CPR.." Aira terus mengangguk. Dia mara kearah Akhtar dan membuka mulut Akhtar.

Dia terus ingin memberikan CPR namun Akhtar menyambar kasar bibirnya. Terkejut Aira! Apeni gigit bibir orang!

Akhtar memperdalamkan ciuman dan menindih Aira keatas katil. Aira terkesima! Suaminya ni main-main kan dia kah?

Akhtar melepaskan ciumannya. Dia senyum senget melihat wajah cemberut isterinya. "Tu lah cari gaduh lagi dengan abang. Tengok siapa yang untung? Abang juga yang untung.." Akhtar mengenyit mata.

Aira terus "Ishhh abang tak senonoh! Suka cium orang tiba-tiba.." Akhtar cium dahi bersih itu. Aira terkekek ketawa apabila kumis suaminya terkena dahinya.

Akhtar senyum melihat snyuman Aira. Muka mereka sangat rapat.. Akhtar menongkat kedua tangan ditepi kepala Aira agar tidak terlalu menindih budak tecik ni.. Kan penyek budak ni karang..

"Kenapa marah-marah abang tadi hm? Terkejut abang tengok baby abang ni garang sngat.." Sempat dia menggesel hidungnya dengan hidung Aira.

Aira tersengih. "Abang la.. Abang yang marah Aira masa dekat hospital haritu. Abang macam rimas je dengan Aira sebab tulah Aira merajuk.."

Akhtar tergelak perlahan. Adoiyai tak habis lagi pasal tu?

"Sayang salah faham.. Abang cakap je yang Farhan dan paklong masuk penjara. Itu tak bermakna sayang tak boleh minta perlindungan abang.. Kalau sayang nak peluk atau nk bermanja, buat jelah. Abang tak kisah lah. Lagi abang suka budak ni duk melekat dengan abang 24jam.."

Berona merah muka Aira ketika ini. Mana taknya? Suara suaminya sangat gemersik kerana dia berbisik dihadapan muka Aira! Suka! Rasa macam dunia milik berdua saje..

Aira menekup pipi Akhtar. "Jadi Aira salah faham lah ni?" Akhtar mengangguk.

Aira muncung sekejap. "Sowwy abang.. Aira salah tapi abang pula yang dipersalahkan. Aira minta maaf tau cik shuben?" Aira mencium kejap bibir nipis Akhtar.

Akhtar senyum. Elelele comelnye panggil cik shuben..

"Boleh. Tapi kena bagi something la. Baru abang takmarah.."

Aira menjeling. "Nak bagi apa? Aira takde duit nak beli hadiah untuk abang."

Akhtar senyum senget. "You're my present.."

Terus dia menerkam Aira. Terkejut Aira! Tiba-tiba kena gomol.

"Abang! Bahu abang tak sembuh lagi!"

"Takpe. Sayang kan penyembuhnya.."

"Eeii sweetnya ayat!"

Terkekeh mereka ketawa. Dan yup. Mereka melakukan projek kekeluargaan pada malam itu.

TBC🤍
Akhtar gatai🫣

Vote and comment❤️

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now