AKHTAR - BAB 5✨

12.7K 574 4
                                    




TENANG. Itu yang dirasai oleh Aira sekarang. Tertutup matanya menikmati keindahan alam. Jika dia dalam kesedihan, tasik lah antara tempat untuk dia meluahkan rasa.

Sedang dia menikmati keindahan tersebut, terasa seperti ada seseorang yang melabuhkan punggung bersebelahannya di atas bangku tersebut.

Perlahan-lahan Aira membuka mata dan dikerling sekilas kirinya. Langsung merekah bibir nipis itu tersenyum melihat kelibat kawan baiknya yang membawa 2 kon aiskrim di tangan.

"Nahh ambik. Aku bagi aiskrim coklat untuk kau. Ada pakcik tu bagi tadi. Dia cakap aiskrim ni jatuh ke tanah tadi. Ambik la kau makan sisa dia. Jangan harap eaa aku nak belanja kau aiskrim."

Tercebik sedikit bibir Aira. Elehh nk belanja tu belanja jelah. Banyak cekadak pulak. Aira menyambut aiskrim tersebut dan menjilat sedikit. Emm sedap!

Terus Aira kembali tersenyum sambil melihat pemandangan. Wani menikmati aiskrim sambil memerhati rakannya. Dia tersenyum segaris.

Sepatutnya dia keluar dengan Zarif tadi. Tapi selepas dia dapat panggilan daripada Aira, dia terus membatalkan perjumpaan dengan Zarif. Baginya Aira lagi penting kerana Aira sahajalah sahabatnya dari kecil sehingga sekarang.

"Kau okay? Ade yang mengganggu fikiran kau lagi? Atau.. pasal ibu bapa kau lagi?" Soalan inilah yg akan ditanya oleh Wani setiap kali mereka berjumpa. Dia dah biasa mendengar cerita daripada Aira. Dan dia tahu kenapa Aira selalu tiada mood. Padahal pada asalnya Aira seorang yang ceria.

Aira terkesima sekejap. Dia berpaling kearah sahabatnya. Sahabatnya itu sahaja yang memahaminya. Tengok la sekarang. Dia tak cerita pun tapi Wani dah dapat agak masalah yang dia lalui. Aira menghela nafas sambil kembali menikmati keindahan alam dihadapannya.

Wani senyum kelat. Dia tahu. Tapi dia taknak memaksa Aira untuk menceritakan lagi. Dia tahu Aira sedang menahan rasa.

Dia sangat berharap suatu hari nanti Aira akan berjumpa dengan seseorang yang boleh memahaminya dan mendampinginya selalu. Kerana dia tidak selamanya disisi Aira. Aira memerlukan pelukan hangat yang bleh menenangkan jiwanya.

"Assalamualaikum awek-awek sekalian! Korang menunggu jejaka idaman ke kat sini?" Tersedak sekejap Wani yang sedang menikmati aiskrim itu.

Wani dan Aira berpaling ke arah gerangan jejaka yang menjungkit kening berkali kali. Aira menjulingkan matanya. Dia dah biasa dengan perangai gila-gila si Zarif ni.

"Lambatnya datang. Dah berpeluh punggung saya tunggu awak tau!" Wani cemberutkan wajahnya sambil berpeluk tubuh. Kon aiskrim tadi dah habis digigit olehnya. Zarif tersenyum miang melihat wajah cemberut kekasih hatinya.

"Mana? Mana berpeluh? Meh saya tengok.." Dihampiri aweknya itu tapi prakkk. Tak pasal pasal kena pukulan manja. Memang la kecik molek je tangan dia tu tapi kalau dah kena hempuk tu lebam jugak lengan aku ni.

"Aduhh. Apeni baby pukul saya.. Baru je sampai dah kena pukul.." Zarif mengusap sedikit lengannya yang mendapat habuan tadi sambil memuncungkan bibirnya. Wani menjeling sekilas. Malas nak melayan perangai manja si Zarif ni.

"Mane kawan awak? Tadi cakap ajak dia. Mananya?" Wani memanjangkan lehernya sambil mata melilau sekeliling untuk mencari kelibat rakan baik kekasihnya.

Zarif menjeling. Cis. Sibuk cari orang lain. Hello? Pakwe depan mate dah ni. Nak cari org lain tu buat ape? Nak pasang dua ke? Haa langkah mayat aku dulu..

"Ada. Nanti dia datang la. Dia cari parking tadi. Kami mari asing. Saya dah dapat parking, dia pulak tak dapat-dapat lagi. Biarkan dia tu. Padam muka tch."

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now