AKHTAR - BAB 19✨

15.2K 552 16
                                    




AKHTAR melepaskan perlahan ciumannya apabila Aira kelihatan seperti tidak cukup nafas. Tercungap-cungap mereka berdua. Akhtar senyum sambil mengusap perlahan bibir bengkak isterinya menggunakan ibu jarinya.

Ganas! Aira terkelip-kelip menunduk. Malu ingin bertentang mata dengan suaminya.

Akhtar mendongakkan keatas wajah Aira menggunakan jari telunjuknya. Aira mendongak. Merah mukanya ketika ini. Blushing teruk! Akhtar tahu isterinya sedang malu.

Jadi dia taknak menyakat buat masa ini. Bimbang pengsan pulak awek depannya ni.

"Dah. Pergilah cuci mekap sayang. Abang keluar bersiap kat bilik sebelah. Nanti kita jumpa kat luar okay? Abang tunggu kat kereta." Akhtar terus merapati Aira dan cupp.

Dia mencium sekilas dahi Aira kemudian memusingkan badan dan keluar dari ruang bilik air. Tak boleh lama-lama. Nanti apa pun tak siap.

Aira menyentuh dadanya. Longlai sebentar badannya. Nasib baik sempat berpaut pada singki. Fuh! Eii Akhtar gatal!


*:・゚*:・゚


"AKU tak kira! Aku tetap nak duk depan pelamin untuk dapatkan angle yang chantek! Kau duk belakang la sana. Aku lagi terror la dalam dunia tangkap gambar."

"Kau tangkap gambar bergoyang la Mal! Gambar yang aku tangkap lagi jelas berbanding kau tau?"

Akira dan Wani tergeleng-geleng kepala melihat pergaduhan Akhmal dan Zarif. Asyik nak bergaduh sahaja dari tadi. Raqif hanya memerhati. Penat nak nasihat dua orang budak tu. Tak jalan!

Sekarang mereka sedang menunggu pengantin untuk sampai di majlis resepsi. Ape la yang dibuat pengantin lama sangat tu?

"Akak-akak abang-abang, saya dibayar untuk menjadi photographer dalam majlis ini. Boleh tak kamu semua ketepi sikit nanti? Susah saya nak buat kerja kalau kamu semua yang ambil bahagian saya."

Akhmal dan Zarif mencerlung tajam melihat photographer yang memasuk campur hal diorang. "Diam!" Jerkah mereka berdua kemudian sambung bergaduh.

Photographer mengangkat kedua tangannya tanda mengalah. Begitulah jika dia menegur. Pasti dia pula yang dimarahi. Raqif gelak perlahan. Aduyai. Pening.

"Ehem." Akira mendekati Raqif kemudian membetulkan sedikit awning tudungnya. Raqif menjeling kearah gadis yang tersengih-sengih merapatinya itu. Mula dahh perangai dia..

"Abang Raqif.." Raqif menjulingkan matanya. "Dah Akira. Abang dah cakap abang hanyalah kawan kepada pemilik pawagam tu. Mana boleh suka suki je abang bagi tiket free dekat Akira. Cerita tu tak keluar lagi tapi Akira dah memandai je nak abang simpankan tiket untuk Akira."

Pening! Akira tak habis-habis nakkan tiket free. Banyak kali Raqif bagitahu dia hanyalah kawan baik pemilik pawagam itu. Tapi tak jalan! Akira mencemberutkan mukanya.

"Ish abangqif ni.. Apa lah salahnya simpankan sekeping. Bukannya Akira mintak benda susah pun. Tu pun abangqif taknak tolong. Hm! Benci!" Akira menghentak kakinya lalu pergi dari situ. Raqif menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Pakk. Aduh. Raqif menggosok kepalanya yang baru dipukul tadi. Dia memusingkan badan ke belakang dengan riak berkerut. Nak tengok gelaran manakah yang berani bermain dengan kepala tuan hamba ini?

"Kau ni! Nanti aku la yang kena pujuk budak manja tu. Dia tu dahlah susah untuk dipujuk" Tak adil! Raqif yang buat hal tapi dia pulak yang kena pujuk. Pening kepala Akhmal dibuatnya.

Budak tu akan mogok berhari-hari tak bercakap dengannya. Dengan orang lain elok pulak dia bercakap. Akira memang manja dengan Akhmal berbanding Akhtar. Sebab Akhmal lebih melayannya berbanding Akhtar.

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now