AKHTAR - BAB 15✨

13.1K 552 14
                                    



'Manda memang takkan dengar cakap papa kan? Papa dah bagitau tinggalkan pekerjaan yang takde hala tuju tu!!'

'Kalau you anak mama, you mesti boleh berfikir bahawa melukis ni hanya hobi suka-suka. Bukan cita-cita. Buang cita-cita tak masuk akal you tu!'

'Suka kan Manda bila kawan-kawan papa mengutuk papa. Cakap yang papa tak pandai jaga anak. Tak pandai didik anak. Ada anak tapi tak ada kerja tetap. What the hell is this?!'

'Kalau macam ni lah perangai you, percayalah cakap mama. Tiada siapa yang nak bermenantukan you suatu hari nanti. Lelaki mana je yang nak perempuan tak berpendidikan macam you?'

Terpejam seketika mata Aira ketika ini. Airmata menitis makin laju apabila teringatkan kata-kata yang dilontarkan oleh ibu-bapanya sendiri dari dulu sehingga sekarang.

Dia sedang merenung bintang di malam hari. Dia tidur di rumah Wani. Papa dan mamanya berulang kali menelefonnya tapi dia tidak hiraukan. Masih lagi dalam keadaan sama. Sedih. Kecewa. Lemah. Dan.. bodoh.

Aira menghela nafas berat. Dipandang telefon yg berada dalam genggamannya. Selepas teringatkan kata-kata mamanya tentang pangkat, titisan demi titisan menitis di atas gadjet nipisnya. Dia sudah buat keputusan. Walaupun agak berat, tapi dia harus lepaskan sebaiknya.

Aira membuka app whatsapp. Dia mencari nama Akhtar kemudian menekan butang block. Seterusnya dia pergi ke kenalan, dan terus blacklist nombor Akhtar. Dan akhirnya dia delete nombor Akhtar.

Dia melemparkan telefon ke atas katilnya. Terpejam matanya. Bergetar bibirnya. Berkerut dahinya. Dia menghempaskan badan kekatil. Tangan diletakkan di atas dahi sambil memejam erat matanya. Dia berharap agar semua ini berakhir.

'Maafkan saya Akhtar.. Kita tak sepadan. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik..'

Itulah kata-katanya sebelum dia terlena..

*:・゚*:・゚

"INI ke tempatnya Rif?" Tanya Akhtar sambil mengendap ke arah gudang lama.

"Berdasarkan petunjuk yup. Ni tempat dia. 100 percent for sure." Kata Zarif sambil menutup laptopnya. Dia sudah hack semua CCTV yang ada di sekeliling kawasan itu. Semua harus dibuat dengan pantas.

Akhtar mengerling sekilas adiknya. Nampak seperti Akhmal menahan marah. Tangan dikepal sehingga timbul urat lengannya.

Zarif meneguk air liur kesat. Tak berani langsung ingin berbicara dngan lelaki itu. Walaupun Akhmal lagi muda 3 tahun darinya, tapi tak dinafikan dia gerun akan perangai baran Akhmal.

Akhtar menepuk perlahan bahu adiknya. "Sabar ngah. Jangan buat keputusan terburu-buru. Ingat rancangan asal kita. Jangan ikut emosi. Kalau ikut emosi, bukan Raqif sahaja yang mati, kita bertiga juga akan mati sekali.."

Zarif menelan liur kesat. Berpeluh-peluh dia sekarang. Dia taknak lepak underground lagi.. Awal lagi ni..

Bum! Terkalih sebentar mereka bertiga apabila terdengar pintu gudang tersebut dibuka. Terpapar wajah seorang lelaki yang gagah perkasa keluar dari situ.

"Stupid! You're so slow! How dare you waste my time? Give that foods to him right now! If he died, i will die too stupid!" Lelaki tersebut terus menampar kuat muka lelaki tu.

Terteleng sebentar lelaki itu sebelum cepat-cepat masuk kedalam. Lelaki sasa tadi sempat meludah air liurnya sebelum memasuki gudang tersebut.

"The fuck! Why Zear gave me this works? It's holy shit!" Menyempat dia mencarut.. sebelum BUM! Pintu tertutup.

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now