AKHTAR - BAB 47✨

13.3K 461 17
                                    




AKHTAR mencelikkan matanya apabila kedengaran seperti orang muntah didalam bilik airnya. Dia mengerling kearah jam. 2.30 pagi.. Akhtar bangun dan terus kebilik air.

"Sayang.. Allah. Kenape ni?" Akhtar mengumpul rambut isterinya dan menggosok perlahan belakang isterinya.. Bergetar hebat badan Aira selepas memuntahkan segalanya. Berpeluh dia ketika ini.

"Abangg.." Aira menyandarkan kepala kedada Akhtar. Akhtar mengelap peluh didahi isterinya.

"You okay?" Aira menggeleng. "Tak okay.. Aira rasa Aira makan banyak sangat la tadi bang.. Sebab tu termuntah. Sorry ganggu abang tidur.."

Akhtar senyum tipis. "Mana ada ganggu. Lepas ni nak muntah kejut abang.." Akhtar terus mencempung isterinya. Aira tergelak.

"Time nak muntah tak sempat la nak tunggu orang. Kang tak pasal Aira muntah atas abang. Nak?" Akhtar menjeling. Menyempat dia bergurau lpas muntah. Kalau aku dah terkulai dah..

"Baring sini.." Akhtar meletakkan Aira keatas katil perlahan-lahan.. "Nak apa-apa tak? Perut sakit tak? Kalau sakit abang nak amik ubat urutkan.." Aira mengusap pipi Akhtar.

"Taknak apa-apa.. Aira nak abang tidur je. Seharian abang buat kerja harini.." Harini Akhtar dan Akhmal lah yg paling sibuk di kenduri.

Kemas itulah kemas inilah. Akhmal hukan main mengurut pinggangnya dihadapan semua orang tadi. Over dia tu!

"Abang okay.. Nak apa-apa bagitahu je. Abang tunggu ni." Aira tergelak.

"Ok kalau macam tu Aira nak durian. Boleh? Boleh la eaa?" Terus Akhtar pura-pura pengsan.. Lidahnya terkeluar dengan mata terpejam.

"Abang! Ish dia ni lah!" Aira menepuk dada Akhtar sambil gelak perlahan. Alahai suami..

*:・゚*:・゚


"YEAY" Aira menepuk tangan dan melompat sedikit. Sekarang mereka tengah berada di dusun durian milik atok Zarif..

Akhtar senyum melihat gelagat isterinya. Akhirnya ceria juga.. Semalam bukan main monyok..

"Sekarang orang jual durian setompok rm60. Tapi kalau kau ambik durian kat dusun aku, aku bagi 3 buah rm50 je. Apa macam?" Tanya Zarif sambil menjungkit kening.

"Kepala hangguk kau. Yang setompok tu pun dapat 5 6 buah tau? Kau nak menipu aku kan?" Akhtar terus meluku kepala Zarif. Kurang asam! Nak menipu pun agak-agaklah!

"Bodo la Akhtar ni. Sakit kepala aku aish!" Aira gelekek ketawa. Akhtar menjeling.

"Amboi budak tu. Ketawa sakan. Semalam siapa yang menangis sampai keluar hingus semata-mata nak durian?" Tanyanya sambil menjungkit kening.

Aira terus mencubit abs Akhtar. Menyeringai Akhtar dibuatnya. Zarif ketawa juga. Alahai Aira pandai buli suami..

"Ermm sedap! Nak lagi nak!" Akhtar menahan.

"No. Tak elok la bangak sngat sayang. Makan sikit-sikit dahlah.." Aira memuncung.

"Alaa kali ni je. Pasni dah tak makan dah. Please abang please please!" Akhtar memejam matanya.

"Nah Aira. Ambik la makan ni. Nekyam dah letak dalam bekas.. Senang Aira nak makan." Aira senyum terharu kearah Nekyam merangkap nenek Zarif.

"Terima kasih Nekyam. Sayangggg Nekyam!" Aira memeluk kejap badan Nekyam. Nekyam tersenyum suka. Comel je isteri kawan cucunya ni..

Akhtar menggeleng. Dah kalau orang tua bagi, takkan dia nak melarang ye tak?

"Ehh kejap Aira nak ambik air. Dahaga pula hihi.." Aira terus berlari-lari anak ke dapur..

"Sayang! Ya Allah dia ni berlari pulak.. Kang tersungkur tak ke naya.." Akhtar menggeleng. Nekyam tersenyum melihat gelagat mereka.

"Akhtar.." Akhtar mendongak dan tersenyum kearah Nekyam. "Ye Nekyam."

"Bawalah isteri Akhtar ke klinik.." Akhtar berkerut. "Kenapa?"

"Nekyam rasa ada penghuni dalam perut Aira tu. Sebab muka Aira berseri je Nekyam tengok. Akhtar bawa la ye? Kalau ada Alhamdulillah .."

Akhtar mengangguk perlahan. "InsyaAllah."

Ada juga dia terfikir hal itu. Tapi dia taknak Aira sedih apabila apa yang diharap tak jadi kenyataan.

Tapi selepas je dia tengok kelakuan dan perangai Aira sekarang, dia dapat rasa bahawa apa yang Nekyam cakap tadi adalah betul..

*:・゚*:・゚


"ABANG sakit?" Akhtar menggeleng. Aira berkerut..

"Habistu kenapa kita datang klinik ni abang?" Akhtar menjungkit bahu. Aira berdecit.

Dah bisu agaknya suami dia ni.

"Jom." Akhtar menyulam jarinya dengan jemari Aira. Mereka masuk ke dalam klinik tersebut.

"Abangg. Tengok tuu. Ada baby la kat akak tu.." Akhtar senyum nipis melihat Aira yang terlebih teruja itu. "Yerr comel baby tu syang.."

"Kecik je dia.." Akhtar mengangguk. "Eii jari pun omel.." Akhtar setia mengangguk.

"Nak kunyah-kunyah je dia.." Akhtar mengangguk namun dia terus berhenti mengangguk apabila kedengaran ayat tadi sedikit pelik.. Dia terus beralih pandangan kearah Aira yang sedang menjilat bibir.

"Sayang! Mana boleh kunyah anak orang.." Bisik Akhtar. Pelik-pelik saja lah perangai bininya ni. Tak makan saman! Kalau mak bapak budak tu dengar macam mana?

"Oo tak boleh ea? Hehe kalau macam tu Aira kunyah abang je la.." Aira mara ingin menggigit dada suaminya. Akhtar terus menahan kepala itu.

"Sayang.. Kita kat klinik ni. Malu dek orang laa." Aira tersengih tak bersalah.

"Sorry abang sayang.." Akhtar menggeleng. Ade saja lah perangai budak ni yang mncuit hati..

Akhtar dan Aira terus bangun apabila doktor memanggil namanya. Mereka terus masuk kebilik doktor. Pada awalnya Aira juga bingung namun dia ikutkan sahaja cakap doktor yang menyuruhnya kencing diatas satu kit..

"Tahniah Encik Akhtar dan Puan Aira.. Puan Aira mengandung 3 minggu.."

Terbeliak mata Aira. Mereka berkahwin baru je sebulan lebih tapi dah dapat anak 3 minggu? Uwuuu lajunya sperma Akhtar..

Aira memeluk erat suaminya. Akhtar tersenyum lebar dan membalas pelukan itu. "Thank you sayang." Bisiknya dan terus mencium kepala Aira sekilas..

Aira lepaskan pelukan. Dia menepuk perlahan perutnya..

"Ada baby hasil dari abang dan Aira.." Terkejut Akhtar. Dia terus menekup mulut Aira dan tersengih kepada doktor. Doktor hanya tergelak perlahan.

Alahai Aira! Malu sungguh Akhtar ketika ini.. Mulut tu aci redah saje..

TBC🤍
Aira tak malu😭😭

Vote and comment❤️

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now