DIPERHATIKAN sahaja lelaki yang digari keluar daripada bilik penjara. Lydia terus bangun dan tersenyum melihat Farhan menghampirinya. Farhan semkain kurus dan badannya dipenuhi lebam. Wajahnya seakan tidak bermaya.."What are you doing here Lydia? I told you don't come here. I will find you after i'm out from jail."
Lydia senyum tipis. Dia duduk dihadapan Farhan.
"I tau. Tapi i rindu you sebab tu i nak jumpa sekarang.."
Farhan gelak perlahan. "I jahat Lydia. I iblis. I penagih dadah dan juga menjual dadah. I selalu minum arak, pergi ke kelab dan.. i bersetubuh dengan ramai perempuan. You masih lagi nakkan i? Lelaki jijik ni?"
Lydia hanya senyum tipis. Dia tahu semua itu namun hatinya masih inginkan Farhan..
"I knew. Tapi i tak peduli hal tu.. Hati i cuma nakkan you Farhan. Dari duku hingga sekarang.."
Farhan berdecit. "Bukan dulu you nakkan Akhtar ke? Konon-konon dia dah kahwin, you baru nak dtg pada i? Macam tu? I ni pilihan kedua ke Lydia?"
Lydia menggeleng. "Tak.. You memang bertakhta dalam hati i dari dulu shingga sekarang. I tak bercinta dengan sesiapa sebab i nakkan you. Lepas je i dapat tahu you terlibat dalam pekerjaan daddy i, i terus cari you.. Sebab i bimbangkan you Han.."
Farhan merenung mata gadis yang dia inginkan selama ini. Dia cuba untuk membenci gadis ini tapi tidak boleh. Kerana itulah dia selalu menyalahkan Akhtar dalam hal ini. Kerana Akhtar lah cinta dia musnah.
"I salah faham. I fikir i cintakan Akhtar. But nope. I cintakan you. I luah pada Akhtar tapi i tak rasa apa-apa. Bila i luah pada you, i rasa lega sebab i ikut kata hati i.. Please Farhan. I dah lama tunggu you. I tak kisah masa silam you asalkan you berubah demi i can you?"
Lydia menangis! Farhan pula yang gelabah.
"Ly..lydia please jangan nangis. I tak boleh tengok air mata you.." Lydia senyum dalam tangisan. Farhan masih mencintainya..
Farhan hembus nafas. "You balik. I akan cari you lepas i keluar dari sini. Dan i berjanji i ubah diri i demi you, me lady.."
Lydia senyum dan mengangguk.. "Baik.. my badboy.."
*:・゚✧*:・゚✧
SANGAT meriah rumah Tuan Akhram dan Puan Norliah ketika ini. Anak saudara , sepupu-sepapak berkumpul di hari yang indah ini. Begitu meriah sekali dengan kedengaran anak-anak berlari dibawah khemah.
Akira meminta agar membuat majlis yang sederhana ala-ala kampung. Kerana dia nak merasai kemeriahan yang natural..
"Tapi Aira nak.." Namun pasangan pengantin lama ini telah menghancurkan sedikit keharmonian majlis tadi..
"Sayang.. bukan abang taknak bagi tapi mana abang nak cekau durian sekarang? Takda dusun tengah-tengah bandar ni sayang.. Nak beli dekat gerai tapi durian takde sebab sekarang bukan musim dia. Makan je kerepek durian ni okay? Rasa durian juga.."
Cemberut wajah Aira. "Eii abang! Orang nak makan buah durian bukannya kerepek durian.. Taknak la yang ni. Tak sama la abang." Akhtar mengeluh perlahan.
"Sampai hati abang mengeluh.. Padahal Aira mintak tu je. Bukannya Aira mintak hadiah mahal pun. Takpelah kalau macam tu." Aira terus mengorak langkah kearah khemah. Cemberut sahaja wajah itu.
Akhtar menyebak rambut. Argh sakit kepala la macam ni! Dia memusing kepala apabila kedengaran suara kekehan orang. "Kau ketawakan long ke angah?"
Akhmal makin gelak kuat "Hahahahahha padan muke along! Haa haritu along cakap kahwin ni indah. Ni ape ni? Kak ipar asyik merajuk dengan along kebelakangan ni ahahha nice ah kak ipar!"
Akhtar mendengus. Dia pun tidak faham. Sebelum ni Aira boleh je memahami tapi sekarang susah nak bercakap dengan budak tu. Salah kata sikit mulalah nak memuncung. Salah mengeluh sikit mulalah nak merajuk.
Pening la jadi lelaki ni!! Aku nak jadi ikan jelah!! Akhtar meronta didalam hatinya..
*:・゚✧*:・゚✧
"Ish tepi lah! Bagi la saya berdiri tepi Raqif jap!"
"No! Saya tak benarkan awak rapat dengan lelaki lain!" Bising dengan mulut Wani dan Zarif ketika ini.
Mereka bergaduh hanya kerana ingin berdiri di tepi Raqif. Mereka sedang mengambil gambar bersama pengantin. Alhamdulillah mereka sudah selamat diijabkabulkan sebentar tadi..
"Bagi aku lah duk tepi Raqif. Aku kawan baik dia. Shuh shuhh." Dengan selamba sahaja Akhmal menolak Zarif dan juga Wani. Mereka mendengus. Sibuk ajer budak single ni.
"Meh keluarga pengantin ambik gambar beramai-ramai.." Kata jurukamera tersebut. Maka berpusu-pusu lah Akhmal dan Zarif berebut tempat. Akira tergeleng. Abang aku ke yang tak senonoh sangat tu?
Umi yang berdiri di tepi Raqif memusing kekanan. Lah budak kecik ni duk sini buat apa?
"Aira. Kenapa berdiri tepi umi ni? Tu tepi Akhtar kosong. Pergi berdiri tepi suami tu.." Aira senyum hambar.
"Takpe.. Aira duk tepi umi je.." Akhtar yang mendengar akan itu terus menarik perlahan lengan isterinya. Terus Aira memuncung apabila terasa seumpama ditarik.. Cis. Orang baru je nak duk jauh dari dia..
Akhtar terus memeluk kemas pinggang Aira. Tak boleh longgar nanti dia terlepas!
Aira hanya membiarkan dengan wajah cemberut. Akhtar yang perasan akan itu terus menunduk sedikit. Maklum lah budak tu rendah je orangnya..
"Kalau sayang taknak abang gomol dekat sini lebih baik sayang senyum. Tak manis tau monyok je. Gambar nak buat kenangan ni.."
Aira terus menunjukkan giginya yang tersusun rapi kearah Akhtar. "Nah. Puas?" Tanyanya sambil mempamerkan gigi putihnya.
Akhtar gelak perlahan. "Ape sayang ingat ni iklan ubat gigi ke hm?" Terus Aira mnjeling dan memandang kamera..
"Ok smile!" Aira senyum. Dan dalam masa yang sama Akhtar mengemam pipi gebunya.
Snap!
Satu gambar terabadi.
Aira pun terus memukul dada Akhtar. Geram! Duk kemam pipi orang depan kamera dah kenapa? Akhtar hanya gelak kuat. Haa buat la lagi muka macam tu. Kan pipi dah kena kemam..
TBC🤍
Aipp biashe dia ni nk makan pipi gebu Aira.. Btw Aira ok tak tu? Mood asyik merudum je..Vote and comment❤️
YOU ARE READING
AKHTAR [C]
RomanceAkhtar. Bintang yang terpilih. Bintang yang cerah untuk sang gadis yang bernama Aira. Aira seorang gadis yang mempunyai kesenangan dari segi harta. Tapi tidak dari segi kasih sayang. Kesibukan dan kedinginan ibu-bapanya membuatkan Aira berasa kosong...