AKHTAR - BAB 8✨

11.9K 517 13
                                    




KEHULUR kehilir Aira berjalan dalam biliknya. Tak tenang dibuatnya. Sekejap digigit jarinya. Sekejap dihentak kakinya. Ada kalanya tersenyum lebar sambil menutup mata.

Diletakkan kedua tangan di kedua pipinya untuk menahan haba mukanya yang memanas. Begini ke rasa jatuh cinta? Teringat kembali kejadian dia bersama Akhtar di tepian tasik tadi. Makin berona merah mukanya.. Tersengih-sengih mukanya sekarang.

Matanya mula tertancap ke arah telefon yang sudah landing di atas katil. Dia menghenyakkan punggung di atas katil dan mengambil telefon tersebut.

Senyumannya masih lebar. Dibuka aplikasi whatsapp dan masih terfikir-fikir sama ada perlu ke dia yang memulakan perbualan dahulu?

"Kalau dia tak reply macam mana? Kalau dia anggap aku gedik? Hmm nak start ke tak ni? Takpayah lah kut kan. Nanti kang dia cakap aku beria pulak."

Dilempar kembali telefonnya ke atas katil kemudian dia hempaskan badannya ke katil. Kepalanya dirodok di bantal gebunya sehingga rambut ikal mayangnya sedikit kusut. Aira berdecit seketika.

Sedari tadi dia menunggu Akhtar menghubunginya tapi tiada khabar berita sehingga sekarang. Dia sahaja ke yang beria menunggu? Memuncung bibirnya memikirkan hal itu.

Beberapa minit kemudian terdengar jeritan telefon yang menandakan ada orang menelefonnya. Terus dia bangun duduk menegak dan menyisir sedikit rambutnya yg kusut masai.

Dia cepat-cepat mengambil telefonnya dan tersenyum lebar sehingga nampak giginya yang tersusun rapi apabila melihat nama yang naik di dalam telefon tersebut.

Akhtar.

Heee happynya! Dia biarkan sekejap. Taknak la jawab terus. Nampak sangat menunggunya tu. Taknak nampak beria sangat. Hmm macam tu lah perempuan kan. Jual mahal padahal dari tadi tunggu panggilan kekasih hati.

Dia berdehem sedikit sebelum menjawab panggilan tersebut. Punat hijau ditekan.

"Hello, Assalamualaikum.."

Lembut sahaja suaranya ketika ini. Ayu lain macam! Ni kalau Wani dengar suara ayu dia ni confirm ternganga dan kena bahan hahahah. Mana pernah dia buat suara ayu sehabis baik macam ni. Hehe tersengih kejap Aira.

Akhtar yang sedang berdiri di balkoni rumah sambil memegang palang balkoni tersungging senyum sambil menunduk. Mukanya yang tegang tadi mula mengendur apabila mndengar suara buluh perindu Aira. Lembut.. Lemah rasanya hati ni. Kurang sedikit perasaan marah yang berleluasa dalam diri tadi.

Sedikit berkerut wajah Aira. Dia melihat sekejap skrin telefonnya. Akhtar silap buat panggilan ke? Dah satu minit lepas dia memberi salam namun Akhtar masih diam.

Dilekapkan kembali telefon di telinganya. "Akhtar? Err awak silap call saya ke ni?" Sedikit kecewa nada suaranya kerana takut apa yang dia harapkan tidak jadi kenyataan.

Terdengar Akhtar ketawa perlahan. "Waalaikumsalam. Maaflah tadi aku terkesima sekejap dengar suara kau." Kata Akhtar sambil memandang langit biru yang semakin gelap menandakan hujan akan turun sebentar lagi.

Fuhh. Terasa berkepak-kepakk rama-rama dalam perut Aira selepas mendengar suara garau jejaka tersebut. Padahal hanya menjawab salam saja. Tu pun dah blushing. Rambut dipintal sambil tersengih-sengih. Huh! Gedik sungguh Aira!

Terdengar Akhtar mengeluh. Walaupun perlahan sahaja namun sempat ditangkap oleh Aira. Aira berhenti memintal rambutnya. Pelik dia akan tingkah laku Akhtar. Dia yakin pasti ada sesuatu yang terjadi kepada Akhtar.

Tapi.. layak ke dia untuk bertanyakan hal itu? Ah lantak lah! Ni Aira lah. Kalau tak tanya tak tahu kan? Haa hidup kena mencuba!

"Kenapa awak mengeluh? Awak okay? Ada sesuatu yang terjadi ke?" Akhtar senyum segaris. Dia masih memandang ke arah langit. Kepala dia kusut!

AKHTAR [C]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant