AKHTAR - BAB 36✨

12.5K 436 6
                                    



"CEPATLAH Tar!" Beria Zarif menarik tangan kawannya itu kearah sofa dalam pejabat gallery Akhtar. Akhtar mendengus. "Ye kejaplah. Sakit la tangan aku kau duk tarik."

"Kau kena dengar dengan teliti recorder ni. Aku tak nak cerita. Kalau tak kau tak percaya pula. So lebih baik kau yang dengar sendiri dengan telinga kau.. Aku dah call Akhmal dan Raqif sekali tadi. Diorang dah otw datang sini.."

Berkerut dahi Akhtar. "Dah apahal pulak kau ajak diorang datang sini? Ni hal aku dengan bapa mertua aku dan Farhan tau. Jangan libatkan diorang. Nak-nak lagi si Raqif tu. Dia nak kahwin hujung bulan ni. Aku tak nak semakkan kepala dia dengan masalah aku.."

Zarif mendengus. "Tapi diorang tetap kena ada kat sini Tar. Sebab hanya diorang sahaja yang kenal perangai setan sepupu kau.."

Makin berkerut dahi Akhtar mendengarnya.. Namun dia hanya diamkan sahaja kerana ada hal yang lagi mustahak berbanding itu..

Akhtar mula memainkan recording yang berjaya digodam oleh Zarif.

"Kau gila ke Farhan? Aku dah cakap jangan masuk campur hal keluarga aku termasuklah anak aku! Apa yang kau tak faham sangat ni?!"

"Well Tuan Arman, aku rasa kau yang tak faham prinsip kat sini. Aku bekerja di bawah Dato Ramli. Dia tak puas hati bila kau tak serahkan anak tunggal kau terhadap anaknya. Anaknya mengamuk tak tentu hala apabila tahu si Aira tu berkahwin dengan lelaki lain!"

Dum! Terus Akhtar mengepal tangannya apabila mendengar Farhan menyebut nama isterinya. Zarif hanya diam memerhati riak tegang kawannya.

"Yang kau nak dengar sangat cakap Dato Ramli tu dah kenapa? Dia tu memang gila kuasa dan nakkan semua yang ingin dimiliki menjadi hak nya. Aku kenal dia macam mana kerana dia..adalah abang ipar aku.."

Betul, abang iparnya merangkap abang kepada Puan Ariana. Kerana itulah Puan Ariana amat jijik untuk berjumpa dengan abangnya sendiri.

Hubungan mereka makin retak angkara rebutan kuasa dan harta setelah peninggalan ibubapanya. Dato Ramli seorang yang gila kuasa..

Makin terkejut Akhtar apabila dapat mengetahui betapa retaknya hubungan diantara dua keluarga hanya kerana nafsu dunia semata-mata.

"Aku tak kira. Sekarang ni Dato Ramli yang bayar aku. Kau? Kau hanya membazir air liur sahaja kalau nak nasihat aku. Kerana sekarang duit adalah segalanya. Dan aku sanggup membunuh keluarga sendiri semata-mata hanya kerana harta."

"Kau sentuh anak aku, aku bersumpah aku musnahkan hidup kau Farhan! Itu sumpah aku. Kalau kau sakitkan anak aku, aku akan bunuh kau dengan tangan aku sendiri."

Perbualan terus dimatikan selepas Tuan Arman mengatakan ayat itu.

Akhtar meraup kasar mukanya. Patutlah Tuan Arman seperti terdesak sahaja ketika dia menyuruh Aira berkahwin dengan anak Dato Ramli.

Rupa-rupanya Tuan Arman sangat menjaga Aira dalam diam. Dia melepaskan keluhan yang berat.

"Baguslah kalau kau dah dengar smuanya Tar. Tak perlu la aku dan Akhmal cerita semuanya." Terus Akhtar dan Zarif panggung kepala ke arah Raqif dan Akhmal yang menapak masuk ke dalam biliknya.

Akhmal menepuk bahunya. "Farhan banyak buat taik long. Dia selalu buat kerja kotor kat luar negara."

Akhtar terus berdiri dan bukk. Dia menumbuk muka Akhmal. Dia terus mencekak kolar leher Akhmal. Zarif terus menghalang Raqif apabila dia melihat Raqif ingin menghalang kelakuan Akhtar terhadap kawan baiknya..

"Apahal kau tak bagitau aku dari awal huh? Aku rasa macam orang bodoh yang tak tahu apa-apa tentang jantan bodoh tu!" Akhtar mengetatkan lagi cengkamannya..

AKHTAR [C]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant