AKHTAR - BAB 33✨

12.8K 473 8
                                    




SUASANA jalan raya pada pukul 10 pagi ini agak tenang. Namun sebuah kereta honda FD telah memecahkan keheningan tersebut. Begitu laju Akhtar memandu keretanya dengan riak wajah yang tegang. Dia teringat akan kata-kata ibu mertuanya semalam.

"Makngah Akhtar lempang pipi kiri Aira semalam.."

Akhtar mengetap giginya.

"Selepas dia tampar, dia cakap yang isteri Akhtar tu mengorat anaknya.." Sebenarnya Puan Ariana sudah lama tiba tapi dia hanya membiarkan. Sedikit tersentak hatinya apabila melihat anaknya ditampar.

Namun dia hanya biarkan. Tapi makin melampau pula apabila dia melihat Puan Farhanah seakan-akan mahu menyakiti anaknya lagi. Ketika itulah dia keluar dari tempat sembunyinya.

Akhtar menggenggam stereng keretanya.

"Dan.. dia panggil Aira.. perempuan murah.."

Akhtar terus menghentak stereng keretanya. "Sial! Kau siapa nak mengata bini aku macam tu?!"

Terkejut Zarif yg berada ditepinya. Diam sahaja dia berada di tepi Akhtar. Dia tahu bahawa Akhtar mempunyai baran seperti abinya.

Jadi dia hanya membiarkan sahaja Akhtar melepaskan kemarahannya. Tak berani nak menegur. Kang dia lempar aku dalam sungai tak ke naya?

Sampai sahaja mereka di rumah Puan Farhanah, Akhtar langsung keluar dari kereta dan menghempas kuat pintu keretanya. Zarif menyentuh dada. Rasa sedikit menyesal pula ikut Akhtar. Huh.

Akhtar mengajak Zarif menemaninya agar tiada pertumpahan darah berlaku. Setidaknya kalau ada Zarif, dia boleh mengawal keadaan.

"Makngah!!" Hampir roboh pintu rumah Puan Farhanah dek Akhtar yang mengetuknya.

"Makngah bukak pintu!!" Akhtar masih mengetuk pintu bertalu-talu. Puan Farhanah berkerut dan terkocoh-kocoh membuka pintu. Terkejut dia apabila melihat wajah tegang anak saudaranya.

Belum sempat dia ingin menutup kembali, Akhtar terus menolak pintu tersebut. Hampir jatuh makngah dibuatnya.

"Farhan mana?" Puan Farhanah teguk air liur.

"Ke..kenapa nak jumpa dengan Farhan?" Akhtar mengetap bibirnya.

"Panggil Farhan sekarang. Akhtar tahu Farhan ada dalam rumah sebab ada kereta dia kat luar tadi."

"Err Farhan ..."

"Ape ni mummy memekak je dari tadi. Han nak tidur pun tak tenang.." Akhtar dan Zarif terus memandang kearah Farhan yang rupa seumpama baru bangun tidur itu. Terhuyung-hayang dia menuruni tangga.

Farhan mengecilkan matanya melihat tetamu-tetamj tersebut. "Dah pahal pulak jantan ni datang?" Bisiknya..

Akhtar terus meluru kearah Farhan dan menampar pipi kiri Farhan.

PANGGGG! Bergema tamparan itu didalam rumah tersebut. Terkejut Puan Farhanah namun dia tak berani untuk membantu anaknya yang hampir terjatuh itu.

Zarif hanya memerhati. Alahh setakat tampar takde hal. Kalau dia main dengan pisau, barulah aku pergi beraksi.

"Hei bodohhh kau pahal tampar aku?!" Mencerlung mata Farhan memandang Akhtar sambil menggosok sedikit pipinya. Shit! Darah keluar dari mulut!

Akhtar menunjukkan jarinya kearah Farhan. "Itu balasan atas apa yang mak kau buat pada bini aku semalam." Akhtar terus mencekak kolar baju Farhan. Terus dia terhidu bauan yang tak menyenangkan.

"Eh Farhan kau minum arak ke apa? Busuk la siott." Tanya Zarif sambil menutup hidungnya.

Akhtar makin mengemaskan pegangan pada kolar Farhan. "Kau dengar sini. Kau jangan ingat kau fitnah bini aku, aku akan percaya bulat-bulat. Eh simpang 44 lah kalau bini aku mengorat jantan kaparat macam kau!"

AKHTAR [C]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz