AKHTAR - BAB 7✨

12.1K 560 66
                                    



AKHTAR pulang kerumahnya dengan senyuman yang lebar. Tak henti senyumannya dari tadi. Seperti seseorang yang angau bercinta pun ya.

Dia menggeleng kan kepalanya. Apa nak jadi la. Terngiang-ngiang wajah cemberut Aira dalam kepalanya. Sedang dia berjalan kearah pintu rumah, dia baru perasan bahawa ada sebuah kereta Audi R8 berwarna hitam di halaman rumahnya.

Berkerut sekejap dahinya sebelum adik bongsunya menerpa kearahnya. "Along! Ish buat apa tercegat kat situ. Jomlah masukk. Ramai dah tunggu along tu." Akira menarik narik lengan abangnya yang sedang sibuk memerhati kereta mewah itu. Akhtar tersentak sekejap sebelum iris matanya beralih ke wajah adiknya.

"Kereta siapa ni adik? Ada tetamu datang ke?"

"Ha'ah ada tetamu datang. Makngah dan Abang Farhan datang. Abg Han baru balik dari Australia sebab tu datang melawat rumah kita kejap."
Berkerut seketika Akhtar mendengar ayat yg kluar dari mulut adiknya.

Terus dia mengepal tangan dan terserlah urat-urat lengannya. Akira menelan air liur kesat. Dia tahu hubungan retak alongnya dengan abang sepupunya itu.

Mereka terdiam seketika. Walaupun along bukan seorang yang garang, tapi Akira tetap takut kalau alongnya dalam mood marah seperti sekarang. Garangnya sama dengan Abi. Gulp. Along nak jadi Abi kuasa dua ke ni? Takut..

Akhtar kembali ke realiti. Nak taknak dia harus juga bersemuka dengan mak saudara dan sepupunya itu sebagai tanda hormat.

Akhtar kembali memandang pintu rumahnya dan berjalan kearah pintunya tanpa menghiraukan adiknya yang setia menunggunya disisi.

Akira menghembuskan nafas lega. Sedari tadi lagi dia menahan nafasnya. Sesak nafasnya. Tak boleh bernafas kalau amarah alongnya datang! Fuhh. Kuss semangat. Dia berlari-lari anak mengekori alongnya yang sudah masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum." Suara garau itu menarik perhatian semua manusia yang berada diruang tamu tersebut. "Waalaikumsalam". Jawab mereka serentak.

Akhtar terus menyalam umi dan abinya. Sejurus itu dia ke sofa bersendirian yang diduduki Makngahnya. Dia menghulurkan tangan. Makngah nya menyambut tapi seketika cuma. Tak sempat Akhtar ingin mencium tangan ibu saudaranya itu.

Sayu Umi melihat adegan tersebut. Kakaknya itu memang sedikit dingin. Dia pun tak mampu nk melawan apa-apa.

Abi yang perasan akan wajah kelat umi terus menggenggam jari jemari isterinya sambil mengusap perlahan sebagai tanda memujuk. Umi terus tersenyum melihat tangannya yg digenggam oleh suaminya.

Akhtar hanya tenang. Dia dah biasa dengan reaksi Makngah nya itu. Kemudian dia berlalu untuk duduk di atas sofa. Namun belum sempat dia melabuhkan punggungnya, suara Makngah terus membantutkan perbuatannya.

"Tak nampak ke Farhan ada kat tepi Makngah ni? Takkan la Makngah kena ajar jugak budi pekerti kat kamu? Dengan sepupu pun taknak bersalam.. Tak menghormati sepupu yang lagi tua daripada dia. Apa nak jadi anak muda sekarang."

Pedas ayat Makngah. Akhtar masih boleh bertahan kerana dia dah biasa dengan ayat-ayat pedas Makngah.

"Ni mesti Nor tak ajar anak kan? Abinya selalu pergi surau. Uminya pulak bukan main pakaian alim bertutup litup. Takkan tak didik anak cara untuk beradab kot?"

Makngah mengerling sekilas Umi dan Abi. Umi menunduk manakala Abi hanya menahan amarahnya. Dia masih boleh bersabar dengan kakak iparnya yang satu ini.

Akira menahan sebak melihat uminya yg tertunduk itu. Manakala Akhtar mengepal tangannya menahan amarah. Timbul urat-urat di leher dan dahinya.

Dia mengerling sepupunya yg tersenyum kemenangan tu. Akhtar menutup mata seketika dan kembali mencelikkan matanya dan terus merenung Makngahnya.

"Kalau setakat tua seminggu tu takperlu kut nak berkira sangat. Macam mama Akhtar nak nampak anak Makngah ni kalau dia duk berkepit je dengan maknya? Dari dulu sampai sekarang duk di celah ketiak mak. Umur dah berganjak. Dah berbulu dah pun. Masih lagi dibawah penguasaan maknya ke?"

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now