AKHTAR - BAB 11✨

12.3K 551 30
                                    



ANGIN pantai makin menerpa wajah mereka. Mata Akhtar masih tidak beralih daripada melihat seraut wajah yang sedang sayu itu. Dia masih setia menunggu apa yang ingin disampaikan oleh gadis itu.

Aira menghela nafas berat. Dia tersenyum kelat sambil memandang kearah ombak pantai dihadapan matanya. Matanya berkaca mengenangkan nasibnya yang tidak berkesudahan.

"Mama dan papa tak pernah ada masa untuk saya." Akhtar tidak berkelip menatap Aira yang masih tersenyum kelat itu. Ada sedikit air mata di tubir mata hitam gadis itu.

Akhtar yakin pasti kisah gadis ini sangat perit sehinggakan gadis itu tidak sedar akan air matanya yang bakal menitis sebentar lagi.

"Saya keseorangan. Saya dikawal rapat. Saya teringin jadi seperti kanak-kanak yang lain. Boleh bermain ramai-ramai, membina istana pasir, berlari berkejaran, bermain wau dan main masak-masak dengan kawan-kawan."

Aira menunduk dengan mata yang dipejam rapat. Dia mengetap bibirnya yang bergetar sebelum menyambung mnceritakan kisah hidupnya.

"Tapi apakan daya papa saya sentiasa menghalang saya. Setiap kali selepas balik sekolah papa mesti akan suruh saya belajar. Saya akan diasak belajar sehingga malam. Penat awak.. Bayangkan umur saya baru berganjak 7 tahun tapi papa saya dah memaksa saya belajar dari pagi sehinggalah dia pulang dari pejabat."

Menitis air mata Aira yg tertahan tadi. Akhtar berkerut hebat. Dah kenapa dipaksanya budak darjah satu belajar hingga lewat malam?

"Saya dikawal sehingga saya masuk ke sekolah menengah. Selepas SPM, saya fikir saya dapat kebebasan. Tapi tidak. Papa paksa lagi saya supaya masuk ke dalam jurusan yang saya tak minat. Saya tak minat langsung hal bisnes tapi papa dah daftarkan saya ke universiti yang ada bidang bisnes."

Aira menangis lagi. Kalini betul-betul teresak dia menangis. Habis comot mukanya.

Akhtar masih setia mendengar. Dia tidak mahu mencelah kerana dia mahu Aira melepaskan segalanya harini. Sejak pertama kali dia berjumpa Aira di tasek, dia sudah perasan wajah suram Aira apabila menyebut tentang ibubapanya.

Aira tersenyum dan mendongak kearah Akhtar. "Tapi selepas masuk Universiti, saya sedikit liar. Saya tak fokus dalam pembelajaran sebaliknya saya melukis dalam buku sketch saya."

"Sehinggalah prof saya dapat tangkap kerja saya. Dia terus memanggil papa dan mama untuk ke Universiti. And you know what? Mak Mida, pembantu rumah saya yang datang berjumpa prof."

Aira menunduk lagi. Air matanya menitis diatas bangku. "Papa dan mama tak datang pun. Mereka cakap tak ada masa untuk saya.. Malam tu saya kena tengking oleh papa. Keesokannya saya lakukan hal sama lagi. Tujuannya hanya satu. Saya nak papa datang ke tempat saya belajar. Saya nak jugak rasa papa menitikberatkan hal saya. Tapi perkara tu tak akan terjadi.."

Sayu hati Akhtar mendengarnya. Kisah hidup Aira lebih tragis berbanding hidupnya. Setakat makngah dan sepupu dia provoke tu apelah sangat dibandingkan dengan Aira yang diabaikan darah daging sendiri.

"Dahh.. Aku dah taknak dengar. Stop sampai situ je kau cerita. Aku tahu kau tak boleh paksa diri untuk bercerita kan? Dah dah.." Pujuk Akhtar sambil menggosok kepala Aira yg berlapik tudung. Abi! Tengok ni Akhtar gatal...

"Kawan2 kau? Takde? Aku tak dengar kau cerita hal kawan kau tadi." Aira mengangkat kepala. Dilapkan air mata menggunakan hujung tudungnya.

Srekkk.. Srekkkk

Dia menarik hingusnya. Akhtar menggeleng. Tak senonoh betul budak ni.

Aira memuncung. "Hmm takde sape nak berkawan dengan saya. Masa saya kecik-kecik, kawan-kawan semua cakap saya sombong sebab tak join diorang main."

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now