AKHTAR - SPECIAL CHAPTER 2✨

19.6K 534 31
                                    



AKHTAR terkekeh ketawa bersama anaknya didalam kolam.

"Ba .. babaaaa." Akhtar tersenyum sahaja mendengarkan suara kecil itu.

"Yaa babah kat sini. Comel nya anak babah ni. Muah sikit. Ermmmm gebu pipii." Akhtar mengemam pipi anaknya. Terkekeh Aiman ketawa apabila terkena jambang tajam babahnya.

"A..mau!" Aiman menolak muka babahnya. Akhtar sengih dan memeluk tubuh kecil itu. Dia mengerling sekilas kearah isterinya yang datang dengan dulang ditangan.

Dia hanya memerhati langkah berhati-hati Aira kearahnya. Aira tersenyum lebar apabila mata hazel itu merenungnya tak lepas.

"Hai abang.." Aira duduk diatas kerusi di tepi kolam. Sempat dia menghela nafas. Penat aih. Perut dah 5 bulan.. Kandungan kali ni agak penat berbanding kandungan anak pertama.

"Hai isteri abang.." Akhtar merapatkan diri kearah Aira. Sempat dia menyebak rambut basahnya.

Aira mengelus perlahan rambut Akhtar. Kemudian dia mengusap pipi tembam anaknya yang sedang tersengih didukungan Akhtar.

"Aiman seronok main?" Aiman tersengih dengan giginya yang sudah mula berderet tumbuh.

"Hmph shonokk.." Tergelak Aira dibuatnya. Akhtar senyum melihat pemandangan itu.

"Bah bah! ain air!" Akhtar senyum dan cium sekilas anaknya. "Ok ok babah letak Aiman dalam pelampung eh?" Aiman sengih dan angguk sahaja.

Aiman sudah biasa bermain air dalam pelampung. Pelampung itu memang sesuai untuk anak-anak sekecilnya.

Akhtar kembali kearah isterinya setelah meletakkan anaknya dalam pelampung. "Sayang mari kejap."

Aira berkerut namun dia bangun dan menghampiri suaminya. "Kenapa abang?"

Akhtar mengusap pipi Aira. Tersenyum Aira dibuatnya. "Abang dah lama tak nampak sayang melukis. Kenapa?"

Aira mengemam bibirnya. Dia memegang tangan suami yang melekap dipipinya lalu dicium tangan kekar itu.

"Aira nak bagi perhatian 100% pada Aiman dan suami Aira. Aira taknak Aiman tak dapat perhatian serta kasih sayang macam Aira.. Aira nak jadi ibu terbaik untuk anak Aira.." Akhtar senyum dan mencium sekilas tangan Aira.

"Tapi tu hobi sayang kan? Tak salah pun kalau nak buat sekali skala.. Lagipun isteri abang ni ada talent dalam melukis.. Sayang la kalau tak gunakan kelebihan tu." Aira mengangguk.

"Tahu.. tapi Aira.. taknak anak Aira jadi macam--"

"Okk abang faham.. abang tak marahkan sayang pun. Abang tanya je.." Akhtar mengusap airmata yang bakal menitis. Sudah dikata Aira ni mood sering bertukar secepat 000.01 saat.

Tadi baru sahaja dia tersenyum manis. Sekarang dah mencebik pula.

"Abang la.. nada suara abang macam marah Aira je.." Akhtar tergelak.

"Takde lahh. Abang tak sanggup nk marah intan payung abang ni..." Aira memuncung.

Akhtar senyum senget. "Sayang.."

"Hmm.."

"Tutup mata jap." Aira berkerut. "Kenapa?"

Akhtar sembunyi senyum. "Alah ikut jela.."

Aira mencebik namun matanya dipejam erat. Akhtar bangun sedikit dan terus menarik pinggang isterinya.

Debushhhh! Dah seperti guni jatuh dlm air dah tu.

"Abang! Basahlah Aira!" Jerit Aira lalu meraup wajahnya yg dipenuhi air. Dia memeluk erat leher suaminya. Akhtar gelak kuat namun tangannya memeluk erat pinggang isterinya.

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now