AKHTAR - BAB 18✨

14.6K 567 32
                                    



BERDEBAR! Itu yang dirasai Aira sekarang ini. Hari ini adalah hari yang paling bermakna baginya. Tak sangka dia akan bernikah di umur 23 tahun.

Dia tergelak sikit. Tak bercinta tapi terus nikah. Baguslah. Itu yang dia nak.. Lagipun Akhtar mempunyai ciri-ciri lelaki yang dia minati.

Kecuali perangai miang tak bertempat tu. Ya Allah. Makin miang Akhtar sekarang. Makin berdebar pulak hati ni.

Segala persiapan disiapkan 100% oleh umi dan Akira. Aira ingin membantu tapi umi tak bagi sedikit pun bakal menantunya membuat kerja berat.

Lagipun umi tak benarkan Aira jejak kerumah nya sebulan sebelum nikah. Katanya tak manis asyik berjumpa dengan tunang. Darah manis katanya. Aira ikut saja. Tapi Akhtar la yang masam mncuka.

Bukan main dia melawan tapi akhirnya umi yang menang. Setiap hari Akhtar menelefon Aira untuk bertanyakan khabar. Aira pun layankan sahaja sikap manja Akhtar tu. Makin manja! Aira suka!

Tokk Tokk.

Aira berpaling sekejap. Tersenyum dia melihat Wani dan Akira yang sedang menghendap di celah pintu itu. "Masuklah.. Kenapa duk kat situ?"

Akira tersengih. "Taknak la kak.. Jurumekap akak garang.. Nanti dia marah Akira kalau Akira kacau akak." Akira mencebik. Tadi baru aje nak teman bakal kakak iparnya tapi dihalang oleh jurumekap

Aira gelak perlahan. Jurumekap memandang tajam ke arah Akira. "Eh eh dia ni. Akak tak marah tau kalau awak nak teman kakak awak ni. Tapi akak marah kalau awak sntuh barang-barang akak. Tangan awak tu asyik menyentuh je eyeshadow dan lipstik akak. Sebab tu akak tepis." Bebel jurumekap sambil touch up sedikit makeup Aira.

Aira memilih mekap yang biasa-biasa sahaja. Dia taknak terlalu tebal.. Tak sesuai dngan wajahnya nnti.

Akira cemberut. Yelah yelah betul la tu. Nak buat mcm mana dia minat alatan solek..

Wani terkekeh ketawa. Jurumekap pandang Wani sekilas. "Haa awak pun sama. Asyik memekak je dari tadi. Sebab tu akak halau awk keluar. Duk gosip sana sini. Tak fokus akak tau!" Terus terhenti kekehan Wani.

Yela betul la tu. Malas nak gaduh.

"Dah?"

Jurumekap senyum tipis. "Yap dah. Meh akak betulkan sikit awning tudung awak. Awak dah cntik dah. Mekap natural pun dah sesuai dengan rupa awak.." Tersengih Aira mendengarnya.

Wani berpaling apabila ada seseorang mencuitnya. Dia mengangguk sedikit. "Aira. Jom. Pengantin lelaki dah smpai.."

Zuppp.

Terus berdegup laju jantung Aira. Jurumekap gelak sedikit sebelum meminta diri untuk pulang. Akira dan Wani dah terkekeh gelak melihat kegelisahan Aira.

"Weh. Kau nak berkahwin je tau. Bukannya nak berperang sampai gelisah smacam." Aira menjeling.

"Tahu la.. Tapi aku pun ada darah gemuruh jugak." Akira menggelengkan kepalanya.

"Dahlah akak. Jom kita pergi. Akira setia duk tepi akak okay?" Aira senyum tipis. "Okay."

Aira turun dari tangga. Mereka akad nikah di rumah Wani. Sudah 2 bulan lebih Aira tak pulang kerumahnya.

Dia tinggalkan semua. Kunci kereta, kad milik bapanya dan barangan lain yang melibatkan ayahnya. Dia sudah tak hiraukan. Hatinya dah penat dan sakit dengan perilaku ayahnya.

Dia duduk bersimpuh di tengah-tengah umi dan Akira. Wani ditepi Akira. Bersedia untuk mengambil gmbar. Dia kata nak ambil gambar Aira menganga. Kurang ajar punya kawan!

Aira melihat tubuh badan sasa yang membelakanginya ketika ini. Aih rindunyaaa dia.

Aira memanjangkan leher sedikit untuk mengintai Akhtar. Umi yang perasan hal itu terus memukul perlahan lengan menantunya ini. Aira terus tersengih.

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now