AKHTAR - BAB 30✨

13.6K 486 10
                                    




TERHENTI kekehan ketawa Aira apabila terasa sofa bersebelahannya diduduki oleh seseorang. Dia menjeling sekilas. Apa yang suami dia nak buat dengan seterika dan sapu tangan tu?

"Meh sayang baring atas riba abang. Abang nak tuam dekat dahi sayang tu. Dah nak benjol dah." Kata Akhtar sambil menepuk ribanya.

Aira hanya menjeling dan buat tak endah. Akhtar senyum kelat. Sayang.. tak habis-habis lagi ke dengan rajuknya tu..

"Ok takpa sayang duduk je macam tu tu. Abang pergi dekat sayang." Akhtar terus duduk berhadapan dengan Aira. Aira mengelak ke tepi kerana dia nak tonton movie. Ish. Sibuk je nak duduk depan orang.

"Meh la abang tuam. Nanti benjol kepala sayang tu." Akhtar masih tak berputus asa. Dia tahu itu salah dia. Jadi dia kena bertanggungjawab la. Aira terus beralih ke tempat lain. Nak tengok cerita pun terganggu ish.

Akhtar hanya melihat kelakuan isterinya yg dingin itu. Dia simpan keluhan dalam hati. "Dah taknak abang sentuh ke?"

Aira hanya buat tak tahu. Ha'ah memang tu hakikatnya. Malas nak sentuh-sentuh. Pandai-pandai la pujuk sampai tahun dpan.

Akhtar berjalan kearah Aira dan kedua tangannya mengurung Aira dalam ruang yang dicipta. Akhtar menarik dagu isterinya agar mata isterinya berkalih kearahnya.

"Merajuk?" Aira terus pandang kearah lain. Tak boleh tengok mata suami tu lama-lama.. Nanti kang tak jadi rajuknya.

"Baby nak merajuk, merajuklah. Abang tetap nak tuam dahi baby abang ni." Akhtar melekapkan sapu tangan itu kearah seterika yang telah dipanaskan sebentar tadi.

Seterusnya dia terus tekup dahi Aira perlahan-lahan. "Kalau panas sangat cakap pada abang tau." Aira tak membalas.

Dan malam itu hanya Akhtar sahaja yang bercakap. Isterinya langsung tak endahkannya sehinggalah mereka berdua terlelap di hadapan TV.

Tidur di sofa berasingan ya kerana Aira dah bina bentengnya sendiri. Tergeleng Akhtar melihat kelakuan isterinya itu. Bertabahlah.

*:・゚*:・゚

"ABANG nak pergi airport. Nak hantar Raqif.." Aira yang sedang mengunyah makanan itu mengerutkan dahinya. "Raqif nak kemana?"

Akhtar menghela nafas. Alhamdulillah isterinya tak bisu lagi. Tapi agak kecewa kerana isterinya mengeluarkan suara semata-mata kerana Raqif. Tak adil! Sayang! abang cemburu!

"Raqif nak ke Australia. Balik semula kesana. Kemungkinan tak balik Malaysia dah kot." Aira tersentak. "Habis tu Akira macam mana?" Akhtar meletakkan kedua sudu dan garfunya diatas pinggan.

"Jangan fikir pasal orang. Ni. Fikir pasal kita. Sampai bila sayang nak mengelak dari abang ni?" Aira terus sambung makan. Tak endahkan soalan suaminya. Akhtar mengemam bibir. Sabar jelah dengan isterinya ini..

"Dah. Abang nak pergi dah ni. Takut lewat pula." Aira hanya mengangguk. Akhtar berdiri dan hulurkan tangannya. Aira menurut. Terus dia salam suaminya.

Namun belum sempat dia mengangkat kepala, suaminya terus menyeluk tangan kebawah ketiaknya dan mengangkatnya keatas meja makan.

"Abang!" Terperanjat Aira tiba-tiba sahaja terbang. Akhtar mengusap bibir nipis Aira. Aira telan liur. Dah kenapa ni? Musim merenyam dah kembali ke?

"Duk diam-diam kat rumah. Jangan buat benda-benda pelik. Dan sentiasa ingatkan abang dalam fikiran sayang, okay?" Rapat sangat kedudukan wajahnya. Aira hanya mengangguk.

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now