AKHTAR - BAB 3✨

13.7K 575 28
                                    



SETELAH selesai memberi salam dan berdoa, Akhtar terus melipat sejadahnya. Mata dikerling sekilas terhadap objek nipis di atas katil. Sejurus itu dia langsung melabuhkan punggung diatas katil dan mengambil telefon tersebut.

Terus dia membuka aplikasi whatsapp dan melihat chat yang paling atas. Terjungkit keningnya kerana mesej yang dihantarnya hanya satu tick tanda tidak sampai kepada penerima disana. Gambar profil pun hilang. Dia menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Mana budak ni? Takkan tak bangun lagi kot. Mesej pun tak sampai. Takkan takde internet kot? Kereta punyalah mahal semalam. Takkan internet pun tak mampu nk bayar.."

Benar. Akhtar tidak terus balik semalam. Dia menunggu Aira pulang dahulu barulah dia boleh balik dengan tenang.

Akhtar memuncungkan mulutnya lalu menjungkit bahu. Mungkin dia off telefon kot. Akhtar cuba untuk positif.

Setelah selesai berfikir, dia terus turun ke dapur untuk makan pagi. Dia memang mendidik dirinya untuk bangun awal pagi. Abinya seorang yang tegas. Mana mahunya dia mendengar leteran Abinya.

Sejurus dia sampai di dapur, kelihatan kelibat Adik bongsunya di ruangan meja makan. Abinya tiada dirumah waktu ini kerana Abinya akan ke surau setiap pagi subuh. Uminya pula membantu bibik menyediakan sarapan. Walaupun sudah ada pembantu, Uminya tetap juga akan meringankan beban bibik untuk menyediakan sarapan buat seisi keluarga.

Punggung dilabuhkan di kerusi bersebelahan adiknya. Mata mengerling sekilas Uminya yang sibuk bersembang dengan bibik. Ok line clear!

"Dik..". Terkejut adiknya yang sedang menikmati Mee goreng basah tersebut. Mana tak terkejutnya kalau dah tiba-tiba ada orang tolak bahunya. Kuat pulak tu. Nasib baik tak tersembur je mee dalam mulut tu.

"Ish! Ape along ni tolak-tolak bahu adik. Nasib baik tak tersembur tau mee ni. Kalau tak mesti Umi dah marah sebab tunjuk perangai tak senonoh.."

Ya. Uminya sangat pantang anak-anaknya terlepas laku. Uminya sangat menjaga kebersihan. Pantang sungguh dia jika kotor walaupun setitik.

Tersengih Akhtar selepas dimarahi adiknya. Dia memandang sekilas adiknya sambil tangan kanannya mengambil gadjet dalam poketnya. Ternaik kening Adiknya melihat kelakuan abang sulongnya. Dah kenapa tiba-tiba je ni tersengih sengih macam kerang busuk. Ade la tu yang nk ditanya..

"Ni along nak tanye. Kenapa eh profil whatsapp seseorang tu hilang dan bila along hantar mesej je mesti satu tick je dari semalam?".

Akhtar menunjukkan chat nya ke arah adiknya sambil memuncung. Nak tergelak adiknya melihat perangai budak-budak abangnya itu. Akira memerhati dengan mata bulatnya dengan teliti.

Purfffff! Tersembur mee yang ada dalam mulut. Terbahak-bahak dia ketawakan abangnya yang tengah memuncung dan mengerutkan kening tu. Mana taknya. Dah terang-terang dah orang block. Tu pun tak tahu ke? Ish ishh..

"HAHAHAH along! Serius la along tak tahu? Along dah kene block laaa HAHAHAH dah kena reject dah pun!". Dia sambung ketawanya hingga terkeluar air matanya.

Akhtar terkejut tapi masih boleh mengawal riaknya. Diperhatikan semula telefonnya. Tertanya-tanya juga dah kenapa pulak budak ketot tu nak block ni? Dia ada salah tanya ke? Atau.. gurauan dia terlebih had?

Sedang dia berfikir, kelihatan seorang jejaka datang ke dapur dengan bergayanya.

"Holaaa my brother and my sister! Muahhhh"

Terkejut beruk Akhtar dan Akira. Mana tak terkejutnya tiba-tiba leher dipeluk dari belakang. Tercekik tau. Dahlah dapat sekaligus ciuman di bahagian pipi mereka. Akhtar membuat muka jelik. Manakala Akira dah terbiasa dengan perangai tak senonoh abang keduanya itu.

AKHTAR [C]Where stories live. Discover now