Bab 1

1.2K 16 0
                                    


"Kakak, tolong jaga adik ya. Ayah awak ada hal dekat Kuala Lumpur jadi nak gerak Ke sana malam ni juga" pesan Puan Hayati ke anak sulungnya sambil baringkan Iman yang lelap tidur di atas katil di bilik tetamu rumah anaknya Suria.

Suria pandang Ibunya dengan muka risau, ayahnya sedang tunggu di dalam kereta. Ye la pukul 10 Malam nak bertolak ke Kuala Lumpur dari Pahang tak bahaya ke untuk ibu bapa nya yang sudah berusia itu untuk drive kereta. "Kakak boleh jaga adik tapi tak bahaya ke ayah drive kereta malam malam macam ni ibu?" Suria bersuara tanda dia bimbang dengan ibu dan ayah dia.

"Nenek datang rumah Sarah la, yeay Uncle pun ada sekali" Sarah anak Suria yang sebaya dengan Iman tiba-tiba datang menghampiri nenek dia. Puan Hayati tersenyum melihat cucunya yang comel itu terus dia peluk cium cucunya.

"Sarah, boleh tolong jaga Uncle tak?. Uncle tak sihat dia demam dan nenek dan atuk nak keluar kejap" Puan Hayati usap kepala cucunya yang berumur 7 tahun itu.

"Mestilah boleh, Sarah akan jadi nurse sementara untuk Uncle. Nenek jangan risau tahu". Suria tersenyum bila dengar jawapan anaknya. Ya, dia dengan adik bungsunya Iman beza umur 24 tahun ketika dia dapat tahu yang ibunya mengandung sama dengan dia tersangat lah terkejut. Sampaikan dia merajuk dengan ibu dan ayah dia. Ya lah setelah 24 tahun pegang title anak tunggal tiba-tiba dapat tahu yang dia akan ada adik dan adik dia sebaya dengan anak dia. Siapa je yang tak terkejut kan. Tapi lama-lama dia pun boleh terima sekurang kurangnya ibu dan ayah dia tidak lah kesunyian di rumah tanpa ada dia.

"Ibu nak cepat ni, Kakak tolong ya" Suria hanya mengangguk dan salam tangan ibunya dan diikuti dengan anaknya Sarah.

"Kalau ibu dan ayah dah sampai bagitahu la Suria ya" sempat Suria berpesan sebelum melihat ibu nya menaiki kereta. Tak tahu la apa yang ibu dan ayah dia terkejar sangat nak ke Kuala Lumpur tu macam tak ada hari esok.

"Dah, jom masuk dalam rumah" sambil Suria pimpin tangan anaknya.

"Siapa yang datang tadi Sayang?" Akmal suami kepada Suria tanya sambil dia turun dari tangga dengan rambut yang masih basah gaya macam baru lepas mandi.

"Nenek datang tadi papa, Nenek suruh sarah jaga Uncle yang demam. Nanti Sarah nak masak bubur untuk Uncle. Yeayy tak sabarnya nak main masak-masak dengan mama sekali" elok la tu orang lain yang ditanya orang lain yang tolong jawabkan. Senang kerja Suria.

Akmal terkebil-kebil memandang isterinya tanda yang dia tak faham dengan jawapan anaknya. Terpaksa la si suria terangkan dari A sampai Z kepada suami dia. Akhirnya baru la faham si bapak sarah ni.

"Bila Kita nak masak bubur untuk Uncle mama? Jom lah masak mama" rengek sarah sebabnya dia tak boleh tengok bapak dan maknya sweet berdua mesti dia akan mencelah. Bersabar lah ya Akmal dan Suria nak marah pon anak diorang jugak.

"Masak apa tengah malam macam ni, Uncle awak tu pun tengah seronok mimpi tak adanya nak makan masakan awak. Dah la pergi masuk bilik tidur sana" suria berkata tegas pada anaknya. Anak dia tu punya degil boleh tahan juga tak boleh nak berkata lembut langsung.

"Alaaa baru nak jadi nurse untuk uncle" nada suara yang penuh kecewa dikeluarkan oleh sarah sambil dia berjalan masuk ke bilik tidurnya dan hempas pintu dengan kuat tanda protes. Suria pandang Akmal dengan jelingan dan mulut dia gerak tanpa suara "Anak awak mengada macam awak". Akmal hanya tersengih sahaja dan mengaku sarah memang ikut perangai dia yang kuat merajuk. 

AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now