Special Chapter 22- Tamat

327 12 2
                                    

Anas keluar je dari bilik tidur Soleh, dia nampak Sarah tengah sengih sorang sambil pegang telefon di sofa ruang tamu. Haihhh bini dia ni suka sangat sengih sorang macam orang gila. Mujurlah sayang kalau tak, dia nak hantar je bini dia tu ke rumah sakit jiwa.

"Sarah." Anas tegur Sarah.

"Soleh dah tidur ke?"

"Dah." 

Soleh sekarang umur dah masuk 2 tahun, jadi Anas dan Sarah dah mula ajar Soleh untuk tidur bilik asing dengan mereka. Tapi sebelum Soleh tidur kebiasaannya Anas yang akan dodoikan dia sehinggalah Soleh terlelap.

"Kenapa sengih sorang?" soal Anas.

"Anas! meh duduk dekat sini, saya ada gosip terbaru ni." Sarah tepuk-tepuk sofa sebelah dia tu untuk suruh Anas duduk di sebelah dia.

Anas melabuhkan punggung di sebelah Sarah dan dia pandang Sarah. Apa benda lah gosip yang bini dia nak cerita kan ni.

"Apa?"

"Hehehehehehe."

"Apa benda yang panjang sangat hehehehehe tu?" 

Tiba-tiba Sarah sengih sorang lagi. Anas yang tengok tu pun hanya mampu menggelengkan kepala je lah. Apa benda yang lawak sangat pun Anas tak tahu lah.

"Anas, malam ni kan uncle saya keluar dating dengan Ana." semangat Sarah bercerita.

"Ohhh."

"Anas! Ohhh je ke reaksi awak?"

"Habistu awak nak saya bagi reaksi yang macam mana Sarah? Sengih sorang macam awak?"

"Why not?"

"Hmmmm."

Sarah abaikan Hmmm Anas tu dan dia tunjuk telefon dia dekat Anas.

"Anas, tengok ni ig story Ana dengan caption dia 'Thanks for the dinner treat Iman'." Sarah tunjukkan gambar ig story Ana iaitu gambar makanan berserta dengan caption tu.

 Anas pun tengok je lah ig story adik kembar dia tu.

"Waaaaaa." Anas pun layankan je lah bini dia tu bergosip.

"Dorang makan dekat hotel lah Anas, macam best je kan. Tapi saya tak habis lagi nak bergosip ni Anas!"

"Apa lagi Sarah?"

"Anas, uncle saya repost ig story Ana, caption dia sweet gilaaaaaaa!"

"Apa?" Anas balas macam nak tak nak je. Sebenarnya dia tak berminat nak ambil tahu tentang kemanisan percintaan orang ni. hahahaha.

"Dengar ya caption uncle saya ni pulak 'Welcome sayang, jom kahwin.' hahahahahaha." Sarah bercerita dengan ketawa yang terbahak-bahak dekat sebelah Anas. Lepastu, Sarah tunjukkan skrin telefon dia yang ada ig story Iman pula dekat Anas. Anas pun tengok je lah. Layan bini kan nanti tak layan terus masam muka Sarah tu.

"Anasssss, sweeettt gilaaa kannnn." Sarah goyang-goyangkan badan Anas sebab dia terlalu excited.

"Hmmmm boleh lahh."

"Haaa? Boleh lah je? Sweet lah Anas!"

"Sweet." Anas layan je lah.

"Anas, apa perasaan awak bila Ana kata dia nak tunang dengan uncle saya haritu?" Tiba-tiba Sarah tertanya-tanya apa perasaan suami dia. 

"Saya ingatkan saya dapat bakal adik ipar mata biru ke? Kulit putih ke? Rambut blonde ke? Tapi tu lah orang depan rumah jugak yang dia pilih walaupun dah jauh dia keluar merantau."

"Dia ikut jejak langkah awak kot Anas, pilih jiran depan rumah ni." Sarah tersenyum pandang Anas.

"Awak tak terkejut ke Sarah?" Anas pula soal Sarah.

AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now