Bab 38

198 11 0
                                    

Kes pergaduhan di kantin tu cikgu Syukri ambil keputusan untuk settle antara mereka sahaja. Lagipun mereka hanya ada beberapa bulan sahaja lagi sebelum menduduki spm, kalau ambil tindakan dari segi gantung sekolah takut akan menjejaskan prestasi akademik mereka.

Selesai sahaja di bilik disiplin Sarah minta kebenaran dari cikgu untuk pulang awal. Lagipun dia memang dah hilang mood nak belajar dengan pakaian dia yang basah macam tu, memang tak selesa la kan. Sarah masuk ke kelas ambil bag dia dan terus keluar tanpa hiraukan orang sekeliling dia. Dalam kepala Sarah sekarang ialah dia nak tukar baju dan baring atas katil rehat kan minda. Amboi Sarah stress benar awak ya.

Iman dan Sha yang berada dalam kelas tu hanya tengok je tingkah laku Sarah. Dorang dah faham sangat kalau Sarah tengah tak ada mood jangan di tegur nanti bertambah buruk jadi nya. Anas yang baru masuk ke kelas tu hanya pandang Sarah bawa bag dia keluar dari kelas dan Anas terus duduk di tempatnya di sebelah Iman.

"Macam mana tadi?" soal Iman kepada Anas.

Sha hanya menempel di situ untuk tahu apa yang berlaku dalam bilik disiplin. Mesti lah dia kene tahu Sarah tu bestie dia kan!

"Cikgu Syukri tu bebel je tak kene tindakan apa-apa pun." balas Anas sambil tangan dia sibuk keluarkan buku untuk subjek seterusnya.

"Habistu Sarah tu pergi mana dengan bawa bag dia sekali tu?" soal Sha di depan Anas.

"Dia minta izin nak balik awal sebab baju dia basah. Dia kata tak selesa nak belajar dengan baju dia macam tu."

"Ohh." Sha mengangguk-angguk kepala dia tanda faham.

"Macam mana Sarah tu boleh start gaduh tadi?" soal Anas dan mata dia tepat pandang ke mata Sha.

"Kau rasa?" balas Sha. Bagus Sha ingat semua benda boleh buat raso-raso ke?

"Kalau aku tahu aku tak tanya kau." balas Anas sambil dia jeling Sha dekat depan dia tu. Apa ingat dia nak main game soal jawab ke apa sekarang ni. Mana tak bengang si Anas tu dengan jawapan yang Sha bagi.

"Kau dari tadi kata nak cerita tapi tak cerita pun!" Iman berkata dengan nada bengang. Dari tadi kot dia tunggu si Sha tu cerita tapi sampai kesudah hampeh tak ada.

"Okay aku nak cerita la ni. Aku tarik nafas sekejap sabar ya semua." Sha berkata sambil dia tarik hembus nafas dia. Over naw kau Sha.

"Baik kau cerita sebelum aku suruh kau lari satu padang sekarang. Baru kau tahu tak cukup nafas tu macam mana." marah Anas.

"Jangan lah marah. kitonyo manjo."

"Cepat lah!" Iman berkata separuh menjerit dekat situ. Siapa je tak marah kalau orang tu sengaja  melambat lambatkan cerita.

"Sarah tu bergaduh dengan si Azwan tu sebab dia nak backup kau Iman." Sha berkata sambil dia pandang Iman dekat depan dia.

"Dia backup aku?" soal Iman sambil tangan dia tunjuk ke arah diri sendiri.

"Ya, masa mula-mula si Azwan and the gang dia tu sampai dekat kantin dorang kutuk Sarah dulu. Dah lah cakap kuat-kuat macam nak satu kantin tu dengar suara dorang je. Tapi Sarah buat tak tahu je, aku pun join je sekali dengan dia buat tak tahu. Sehingga lah Azwan and the gang tu kutuk kau. Dia kata kau kekurangan kasih sayang dari mak bapak dan nak dapatkan kasih sayang dari cikgu tu yang kau ni sejenis yang kuat mengadu dekat cikgu. Pendek kata Azwan kutuk kau la. Terus lah si Sarah tu siram air bandung dekat Azwan tu. Then aku panik aku cari lah kau Iman." Sha cakap panjang lebar sampai kepenatan dia bercerita.

Iman terdiam bila dia dengar cerita daripada Sha tu. 

"Azwan cakap apa pasal Sarah?" soal Anas.

"Dia kata Sarah tu gedik dan suka cari perhatian lelaki. Tapi Sarah buat don't know je. Tak tahu kenapa bila nama Iman dorang petik terus jadi macam tu sekali. Terkejut aku tahu tak, aku tak tahu nak tolong macam mana tadi. Aku bukan nya kuat sangat nak tolong pun hmmmm." balas Sha.

AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now