Bab 2

658 12 0
                                    


Kringgggg bunyi telefon menganggu tidur Suria. Tangan dia meraba-raba meja sebelah katil dia. Siapa pulak yang call pagi buta ni, dia tengok jam dinding biliknya baru pukul 4 pagi awal lagi. Dengan mata yang berat dia jawab panggilan tu "Hello" suara serak suria yang keluar ye la baru bangun tidur kan.

Daripada mata yang mengantuk terus terbuka luas lepas jawab panggilan tadi. Suria panik dia tak tahu nak buat apa sekarang. Apa perlu dia buat ibu dan ayah dia berada di hospital sekarang kereta yang dipandu ayah suria terbabas di highway Karak.

"Akmal bangun" Suria kejutkan suami dia. Suami dia sedang lena tidur terjaga dan pandang Suria. Mata suria berair hidungnya merah, yaa isteri dia menangis.

"Kenapa ni sayang?" tanya Akmal dengan panik. Ya lah isteri dia menangis pagi-pagi buta siapa je yang tak panik kan.

"Akmal, Ibu dan Ayah saya kat hospital sekarang. Diorang kemalangan, apa perlu saya buat sekarang Akmal. Saya betul-betul tak tahu nak buat apa" terenjut enjut badan Suria berkata sambil menangis. Dia sangat panik dan blur sekarang baru bangun tidur dapat berita buruk yang macam ni.

"Allah" terkejut Akmal dengan berita tu. "Awak bersiap sekarang kita pergi ke hospital, saya pergi siapkan sarah dan iman. Sayang, saya yakin parent awak akan okay jangan risau saya akan sentiasa ada dengan awak. Sekarang kita bersiap okay" jawab Akmal dengan penuh tenang ya lah isteri dia dah panik takkan nak tambahkan panik isteri dia lagi. Akmal terus keluar bilik dan pergi kejutkan anak dia dan adik ipar dia untuk bersiap ke hospital.

Sampai sahaja di Hospital Suria terus berlari ke kaunter pertanyaan untuk dapatkan info tentang ibu dan ayah dia. Anak dan adik dia dia dah tak hiraukan pandai-pandai lah suami dia jaga sekarang yang penting ibu dan ayah dia.

"Saya nak tahu tentang pesakit bernama Hayati dan Imran. Tadi saya dapat panggilan yang mereka kemalangan dan berada di hospital ni" Suria tanya terus ke jururawat yang bertugas di kaunter tu. Tangan Suria terketar ketar menunggu jawapan jururawat tu.

"Encik Imran dan Puan Hayati sekarang dalam bilik pembedahan. Puan boleh tunggu di ruang menunggu tingkat satu, nanti doktor akan bagitahu perkembangan kepada waris di situ" tanpa berlengah Suria terus berlari ke tingkat satu.

"Papa kenapa kita ada kat sini. Sarah mengantuk la" sarah tunjuk muka tak puas hati ya lah tidur dia kene kacau siapa je yang tak marah kan. "Sabar ya sayang, atuk dan nenek tak sihat sebab tu kita dekat sini". Bulat mata Iman bila dengar perbualan antara abangnya dan sarah. "Kenapa dengan ibu dan ayah?".

"Ibu dan ayah kemalangan sekarang kita kat sini nak tahu perkembangan dia" jawab Akmal. Walaupun Iman dan Sarah sebaya tapi Iman nampak jauh lebih matang berbanding dengan anak dia Sarah sebab tu Akmal jawab jujur sahaja sebab dia tahu yang Iman akan faham. Iman mengangguk faham, sekarang dia faham kenapa dalam perjalanan ke hospital kakak dia menangis.

Iman terkaku melihat kakak dia menangis teresak-esak peluk abang dia. Apa perlu di buat sekarang ibu dan ayah dia dah tak ada. Dia dengar apa yang dikatakan Doktor kepada kakaknya. Dia perlu menangis ke? Tapi kenapa air mata dia tak keluar. Dia pandang Sarah kat sebelah dia, Sarah nampak terkejut melihat mama dia menangis sebegitu. Tiba-tiba air mata Iman jatuh ke pipi, dia sapu air mata dia dengan tapak tangan. Dia lelaki tak boleh menangis dia kene kuat itu yang ayah dia selalu pesan tapi kenapa dia menangis. Ya Allah kenapa hati ini sungguh sakit melihat kakak dia menangis sebegitu dan berita yang dia baru dengar sangat sedih.

"Uncle, Sarah ada. Uncle jangan nangis" sarah berkata sambil peluk Uncle dia dan tepuk belakang Iman dengan lembut. Air mata Iman jatuh lagi sekarang dia dah lupa pesan ayahnya yang suruh jangan pernah menangis. Apa perlu dia buat sekarang, macam mana dengan kehidupan dia selepas ini. Dia bergelar anak yatim piatu berusia 7 tahun macam mana dia nak lalui hidup dia akan datang. Sarah tanpa henti usap belakang Uncle dia, dapat dia rasakan badan Uncle dia bergetar menahan tangisan.

"Sarah tak akan pernah tinggalkan Uncle. Jadi, Uncle jangan la menangis macam ni" sarah pon tak tahu apa yang dia kata. Dia main redah je pujuk pak cik dia yang tengah menangis tu.

AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now