Bab 37

219 11 0
                                    

"Aku lapar tapi aku tak tahu la nak makan apa Sha." Sarah mengadu dekat bestie dia.

Harini dorang rehat bersama jadi perangai gedik dua orang sahabat tu akan lebih terserlah lah kalau hanya bila ada mereka berdua sahaja.

"Tak payah nak mengada Sarah dekat kantin tu hari-hari makanan yang sama je dorang jual. Tak payah kata tak tahu nak makan apa la." balas Sha.

"Tu la masalah nya. Aku bosannnnnnnn."

"Lain kali bawa bekal kalau bosan."

"Malas masak."

"Itu masalah kau bukan masalah aku."

Akhirnya Sarah beli air sirap bandung dan karipap je. Tapi si Sha tu nak makan nasi minyak jadi terpaksa la Sarah duduk di kantin dan teman bestie dia tu makan nasi. Tengah ralit dia duduk tengok Sha makan di depan dia tu ada sekumpulan lelaki yang baru datang ke kantin dan duduk di belakang Sarah. Sekumpulan lelaki tu bising dan riuh sangat siapa lagi kalau bukan gang si Azwan tu.

Sarah cuba abaikan bunyi bising tu dan buat hal sendiri tapi topik perbualan si gang Azwan tu macam mengupat pasal dia je. Dah kenapa tak puas hati dengan aku pulak ni, aku tak kacau hidup dia pun.

"Aku tak boleh lah tengok perempuan gedik ni, aku meluat tahu tak. Orang laki training bola dia terhegeh-hegeh datang menyibuk buat menyemak je. Konon nak bawa air lah itu lah ini lah. Alasan je semua tu padahal dah perangai gedik dengan laki tu gedik jugak." jelas suara Azwan bebel dekat belakang Sarah.

Sarah ada terdengar suara gang Azwan tu ketawa dan macam support dengan apa je yang si Azwan tu kata. Sarah buat tak tahu je sebab malas nak bergaduh.

"Lepas tu nak cari perhatian lelaki buat-buat pengsan dekat sekolah lah. Konon kritikal dekat hospital tapi nampak sihat je. Dah nama perempuan gedik tu satu keturunan gedik." sambung Azwan.

Sha yang turut terdengar dengan apa yang diperkatakan oleh Azwan tu dia mengecilkan mata dan dia bisik pada Sarah yang berada di depan dia tu.

"Dia mengumpat pasal kau ke?" bisik Sha.

"Mengumpat tu cakap dekat belakang ni macam cakap depan je. Lantak dia lah." balas Sarah dengan tenang sambil dia makan karipap dia.

"Betul la tu sama lah dengan pakcik dia tu yang bajet terpaling ketua la dekat sekolah ni." kata salah sorang daripada gang Azwan tu.

"Kan macam dia yang terpaling bagus menyampah gila. Biasa lah orang yang gila kuasa ni akan nampak semua orang tak betul dan dia je lah yang betul." balas Azwan.

Sarah cuba untuk bertenang. Mulut orang kita tak boleh nak tutup kan. Cakap je lah apa yang orang nak cakap cuma kita je yang tahu apa niat kita.

"Kan aku sokong apa yang kau cakap tu. Aku menyampah gila dengan Iman tu dah lah kuat mengadu dengan cikgu. Benda sikit je nak mengadu macam entah apa-apa je. Tak nak tolong member langsung." ada suara yang backup si Azwan tu. Siapa lagi kalau bukan gang dorang jugak.

"Biasa lah orang yang tak ada mak bapak ni macam tu lah. Tumpang kasih sayang cikgu, tu yang kuat mengadu tu." balas Azwan selamba.

Sarah yang dengar tu memang dia dah hilang sabar. Dia terus ambil air bandung Sha dan dia punya dan terus jirus dekat Azwan yang berada dekat belakang dia tu. Kalau orang kutuk dia, dia akan okay lagi tapi kalau orang kutuk orang yang dia sayang. Sorry tiada maaf bagimu!

Sha yang lihat tindakan Sarah tu terus bulat mata dia.

"Wehhh Sarah!" jerit Sha. Tapi maaf Sha dah terlambat sebab air dia tu dah habis disiram oleh Sarah.

"Kau gila ke!" jerit Azwan dekat Sarah.

Sekarang baju sekolah Azwan yang berwarna putih tu terus bertukar kepada warna pink macam barbie. hahahaha comel Azwan.

AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now