Special Chapter 2-Sakit

270 11 0
                                    

Sarah sampai sahaja di meja dia di bilik guru terus dia duduk untuk ambil nafas dan rehat. Entah lah sejak dia mengandung ni dia selalu semput dan cepat penat padahal kandungan baru je masuk 5 bulan, perut pun tak besar mana lagi. Sarah pun tak faham dengan diri dia sendiri sejak dua menjak ni. 

Sarah dapat rasakan telefon dia vibrate di dalam handbag dia lalu dia keluarkan dan tengok ada notification whatsap daripada uncle dia.

Iman: Aku ada appointment client berdekatan dengan sekolah kau nanti. Jom lunch sama2, aku belanja.

Sarah: Sarah nak makan nasi kandar nanti boleh?

Iman: Okay, nanti pukul 1.30ptg aku jemput kau.

Sarah: Sarah nak sotong tau! sotong paling besar. Tapi mahal sikit lah. Boleh ke?

Iman: Ahhh kau selalu minta benda mahal. Anas tak bagi kau makan ke apa?

Sarah: Tak boleh tak apa lah. Byeeeeeeee..

Iman: Haihhh kau nii. Okay okay bolehhh. Jumpa nanti.

Sarah: Yeayyy tak sabarnya nak makan sotong. Jumpa nanti uncle. Sarah tunggu.

Iman: okay.

Sarah cari contact 'suamiku handsome' dan terus tangan dia laju typing sesuatu untuk hantar ke suami dia.

Sarah: Suamiku yang paling kacak di dunia ini.....

Anas: Nak apa ni?

Sarah: Saja nak puji awak pagi2 ni. hehehe

Anas: Ye ke ni?

Sarah: Nak minta izin pergi lunch dengan uncle boleh?

Anas: Okay, take care ya sayang.

Sarah: Itu sudah semestinyaa..

Anas: Okay, good..

Selepas selesai sahaja berbalas mesej Sarah pun sandarkan diri dia di kerusi dan dia nampak roti yang dia beli tadi sebelum pergi kerja di atas meja dia. Tiba-tiba dia rasa malas nak makan sebab dia nak simpan ruang dalam perut dia tu untuk makan besar waktu tengah hari dengan pakcik dia nanti. Sebelum ni dia memang biasa kalau dia target nak makan banyak untuk tengah hari so dia akan skip breakfast. Jadi, Sarah terus pergi ke kelas untuk mengajar dengan skip sarapan pagi pada hari itu.  

2.30 petang..

Anas keluarkan telefon bimbit dia daripada poket seluar sebabnya dia kalau dalam waktu kerja mesti akan buat telefon dia dalam mode silent so dia nak tengok sama ada notification yang penting ke apa. Berkerut dahi Anas  bila dapat 2 missed call daripada Iman. Tanpa berlengah dia terus mendial nombor Iman.

"Hello." suara Iman kedengaran di telefon Anas.

"Hello, kau ada call aku ke tadi?" soal Anas.

"Kau dekat mana tu?" soal Iman tanpa balas soalan daripada Anas.

"Aku ada dekat Putrajaya ni, ada site visit dengan boss. Kenapa call?" balas Anas.

"Ohh, kalau macam tu aku call kau nanti je lah." Iman berkata seperti ingin menamatkan panggilan.

"Ehh kejap Iman. Tadi kau lunch dengan Sarah kan?Ada apa-apa yang perlu aku tahu ke?"soal Anas ingin tahu. Iman mana pernah call dia kalau dalam waktu kerja macam ni. Jadi, sebab tu dalam fikiran dia mesti ada kaitan dengan Sarah ni. 

AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now