Special Chapter 12- Takut

174 10 0
                                    

Tepat pukul 6 petang, Sarah mulakan pemanduannya pulang dari sekolah tempat dia mengajar. Harini dia balik lambat sebabnya dia kene hadiri mesyuarat petang dengan semua cikgu dan siapkan kerja apa yang patut dekat sekolah tu. Jadi, balik tu Sarah ikut jalan belakang sebabnya dia malas nak hadap jam yang boleh buatkan dia bertambah stress. Tapi kalau ikut jalan dalam ni dia kene lalu satu jalan yang sepanjang 5km kiri kanan hutan. 

Masa Sarah lalu jalan kiri kanan yang ditutupi dengan hutan tu tiba-tiba dia rasa kereta dia tidak stabil dan terus Sarah pasang signal untuk berhenti ke kanan. Dia keluar untuk tengok kenapa dengan kereta dia rupa-rupa kedua-dua tayar belah kanan kereta dia kempis tak ada angin. Dia pandang kiri kanan hanya ada hutan dan tak ada perumahan langsung untuk dia minta bantuan ke apa. Sarah terus masuk dalam kereta semula dan kunci pintu, dia ambil bag tangan dan cari telefon untuk minta bantuan Anas. Tapi alangkah malangnya dia harini, telefon dia habis bateri. Tiba-tiba hujan turun  dengan lebat dan keadaan sekeliling di situ menjadi semakin gelap walaupun sekarang ni petang tapi dekat situ nampak macam dah nak malam sebab dengan awan mendung yang hujan di tambah pula dengan kiri kanan ditutupi dengan hutan. Sarah buntu dia tak tahu nak buat apa sekarang, nak telefon orang minta bantuan tapi telefon pula habis bateri.

 Sarah tak tahu nak buat apa, dia fikir kalau dia nak jalan kaki ke depan sana dan minta bantuan orang tapi sekarang keadaan tengah hujan lebat ditambah pula dengan hari yang semakin gelap, dia takut sebenarnya. Dia tengok jam di kereta dia tu dah menunjukkan pukul 6.50 petang. Sudah 30minit dia duduk je dalam kereta tu. Dia buntu dan tak tahu nak buat apa dan tanpa dia sedar air mata dia mengalir. Dia kene duduk dalam kereta ni sampai malam ke?Bila hujan nak berhenti ni? Ya Allah apa yang perlu aku buat ni. Sarah rehatkan kepala dia di stereng kereta dan berdoa semoga urusan dia di permudahkan.

Semasa Sarah rehatkan kepala dia di stereng kereta dia dan tutupkan mata, mulut dia yang tak berhenti berdoa kepada Allah tiba-tiba ada orang ketuk tingkap kereta dia.

Ktokk Ktokk Ktokk Ktokk....

Sarah terus menoleh kepala dia untuk tengok siapa yang ketuk tingkap kereta dia tuu.

"Sarah.." Anas yang dengan satu tangan tengah ketuk tingkap kereta Sarah dan satu lagi tangan tengah pegang payung.

Sarah yang nampak suami dia tu terus buka kunci kereta dan keluar dari kereta dia tu.

"Anassss." Sarah terus peluk erat tubuh Anas dengan bahu terenjut-enjut menahan esakkan menangis.

"Sarah, awak okay ke? Ada cedera dekat mana-mana?" soal Anas dengan nada risau.

"Anas, saya takut....." Sarah menangis teresak-esak di dada Anas dan soalan Anas tadi tu dia abaikan.

"Anassss.." Sarah panggil Anas lagi.

"Ya, saya ada dekat sini."

"Anas."

"Ya Sarah, saya ada dekat sini sayang."

"Dekat sini gelap saya takut Anassssss."Sarah nangis sepuas-puasnya dekat dada Anas tu. Seolah-olah dia melepaskan semua ketakutan dia tadi dekat dada Anas tu.

"Tak apa saya dah ada dekat sini kan." Anas berkata sambil dia usap belakang Sarah untuk tenangkan isteri dia tu.

"Tadi tayar saya pancit tapi saya tak tahu nak buat apa! Telefon saya habis bateri dan saya buntu tak tahu nak buat apa Anas...." Sarah luahkan semua benda tu dalam dakapan Anas.

"Tak apa awak dah tak perlu risau nak buat apa-apa dah. Saya dah ada dekat sini ya Sarah." Anas masih usap belakang badan Sarah dengan penuh lembut untuk tenangkan Sarah tu.

"Anasssssss."

"Yaa sayang, dah jom masuk dalam kereta saya, hujan lebat ni." Anas bawa Sarah masuk ke dalam kereta honda civic warna putih miliknya yang berada dekat belakang kereta Sarah tu.

AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now