Bab 12

301 9 0
                                    


"Saya harap esok semuanya berjalan dengan lancar dan kamu semua dapat berikan yang terbaik dalam melakukan tugasan masing-masing." tegas Iman berkata.

Esok sekolahnya ada mengadakan acara perjumpaan Ibu Bapa dan pengambilan report card pelajar. Pengawas sekolah tersebut diberikan amanah untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar dari segi memberi tunjuk arah kepada ibu bapa dan membantu mengawal lalu lintas di dalam parking sekolah mereka.

Jadi, mesyuarat hari ini adalah untuk pastikan yang pengawas yang bertugas pada hari esok cakna dan tahu akan tanggungjawab yang telah diberikan oleh mereka.

Iman menoleh ke sebelahnya dan pandang Anna.

"Ana, awak ada nak tambah apa-apa?"

"Saya sama juga seperti apa yang Iman cakap tadi. Saya harap kamu semua faham dengan tugasan yang diberikan dan dapat buat yang terbaik. Semoga urusan esok semuanya dipermudahkan. " Ana berkata dengan lancar sekali di dalam mesyuarat tersebut.

Pengawas yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut semua mengangguk-angguk kepala tanda yang mereka faham dengan tugasan yang diberikan.

"Kalau dah tak ada apa lagi kita boleh bersurai." sambung Iman dengan nada mendatar.

Semua yang berada di dalam bilik tersebut kemaskan barang dan keluar meninggalkan bilik tersebut.

Iman pandang tingkap sebelah kanannya dan baru dia perasan yang sekarang ni dekat luar hujan lebat patut la dia mengantuk lain macam sebab waktu-waktu macam ni la waktu paling best untuk tidur.

Iman orang terakhir yang keluar dari mesyuarat tersebut. Dia memang suka lepak sorang-sorang dalam bilik tu sambil melayan perasaan. Acah-acah broken gitu padahal bercinta pun dia tak pernah.

Dia turun tangga dan semangat nak balik rumah sebab dalam kepala dia sekarang cuma ada katil je. Jadi dia memang tak sabar nak tidur.

Daripada langkah dia tadi yang bergerak laju tiba-tiba berubah kepada pelahan. Mata dia mengecil pandang belakang tubuh seseorang yang berdiri sambil sandarkan bahu di tiang.

Ana tak balik lagi?.

Iman mendekati tubuh Ana.

"Kau tak balik lagi?."

Ana yang tadi ralit melihat air hujan jatuh ke bumi tiba-tiba terkejut dengar suara Iman. Dia pandang Iman dengan reaksi terkejut. Dia betul-betul ingat Iman dah balik tadi.

Ana hanya mengelengkan kepalanya sebagai tanda dia jawab pertanyaan daripada Iman tadi.

"Kau tak bawa payung ke?" soal Iman lagi.

Ana pandang Iman lalu dia mengangguk-anggukan kepalanya tanda dia mengiyakan soalan Iman tadi.

Bagus Ana kau angguk-angguk geleng-geleng je lah dekat situ yaaaaa.

"Nak kongsi payung dengan aku?." soal Iman selamba.

"Errr, tak apa. Aku boleh tunggu hujan berhenti." balas Ana.

"Kalau hujan berhenti pukul 10 malam, kau tunggu sini sampai 10 malam ke?" soal Iman sekali lagi.

Okay Ana buntu nak balas apa sekarang ni.

"Jom lah"

Iman dah buka payung dia dan menoleh ke arah Ana tanda suruh masuk sekali bawah payung dia tu.

Ahhhh nak tak nak Ana masuk juga. Orang dah offer tak akan nak reject kot.

Perjalanan mereka hanya ditemani bunyi air hujan yang jatuh di atas payung. Ana tak tahu nak berbual apa dengan Iman jadi dia senyapkan diri je laa. Orang kata berdiam itu lebih baik daripada banyak bercakap kan. Jadi, dia pun ikut la apa yang orang katakan tu.

Tiba-tiba Ana terdetik nak pandang muka Iman. Niat utama sebenarnya nak tengok muka Iman tapi mata dia terjatuh pada bahu kanan Iman. Bahu kanan Iman basah lejut terkene air hujan, lalu dia pandang payung di atasnya. Iman lebihkan payung tu ke arahnya.

Ana berhenti melangkah.

Iman yang perasan Ana berhenti berjalan terus patah balik ke arah Ana.

"Kenapa stop?" soal Iman

Ana pandang Iman, Iman pandang Ana.

Tangan Ana gerakkan ke batang payung Iman yang dipegang oleh Iman tu, lalu dia tolak sedikit payung tu sehingga bahu Iman terlindung daripada air hujan. Tapi bahu kiri Ana pula yang basah sekarang.

"Bahu kanan kau basah." Ana berkata kepada Iman.

Iman yang dengar kata-kata daripada Ana tu tersenyum kecil. Baru dia faham kenapa Ana berhenti berjalan tiba-tiba tadi.

"Tak apa, kepala aku masih terlindung kan." Iman berkata sambil payung di tangannya itu lebihkan kepada Ana semula seperti asal tadi.

"Jom balik" sambung Iman lagi.....





AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now