Bab 27

248 10 0
                                    

Malam ini Sarah masih lagi di hospital tapi dia di wad biasa dan boleh ada penjaga yang jaga. Orang yang pertama offer diri nak jaga Sarah tadi bukan mama dan papa dia tapi si pakcik dia tu siapa lagi kalau bukan si Iman tu.

Dia lihat pakcik dia yang tidur di kerusi menunggu di sebelah katil dia. Kerusi yang Iman duduk untuk tidur itu sangat lah nampak tidak selesa untuk tidur. Sarah pula yang rasa bersalah melihat keadaan pakcik dia yang tidur dalam keadaan sekarang ni.

Puas Sarah menyakinkan pakcik dia yang dia boleh jaga diri tak perlu ada penjaga tapi pakcik dia tu tetap berdegil nak jaga juga. Nanti kalau sakit badan siapa yang susah ishhh. Sarah kutuk Iman di dalam hati..

Iman dah terlelap di sebelah katilnya tapi Sarah masih belum boleh terlelap mungkin lama sangat kot dia dah tidur sebelum ni. Dia ambil telefon bimbitnya.

Sarah: Anas, apa yang berlaku selama aku tidur dua hari ni?

Anas: Banyak benda yang berlaku. Kenapa kau tak tidur lagi?

Sarah: Kau nak aku tidur lama lagi ke?

Anas: Tak Sarah. Aku salah sorang yang nak kau cepat sedar. Jangan cakap macam tu aku tak suka.

Sarah: Hahahahahaha, aku tahu laa. Saja gurau.

Anas: Jangan gurau benda macam ni. Aku tak suka.

Sarah: Sorry Anas. Kau rindu aku ke?

Anas: Rindu sangat.

Sarah: Aku rasa bertuah sangat.

Anas: kenapa?

Sarah: Sebab ramai yang rindukan aku.

Anas: Lepas ni jangan sakit dah tahu. Kenapa kau tanya apa yang berlaku masa kau tidur tadi?

Sarah: Sebabnya aku pelik lah kenapa pakcik aku tu terlebih caring lepas aku terjaga ni. Ada ke dia nak suap aku makan tadi. Bukan setakat makan je dia nak suap tapi aku nak minum air pun dia nak tolong tahu. Tangan aku bukan patah pun. Aku rasa macam pakcik aku tu orang yang berbeza pulak.

Anas: Hahahahahaha.

Sarah: Anas, aku tak buat lawak pun.

Anas: Tapi bagi aku lawak hahahhahahhaaha.

Sarah: Ishhh kau ni, bila aku buat lawak kau tak ketawa tapi bila aku tengah serious kau ketawa.

Anas: Okay. First sekali aku nak cakap kau bukan tidur Sarah tapi kau coma. Nyawa kau di hujung tanduk. Iman macam orang tak betul masa kau dalam keadaan coma tu tau. Maybe dia caring kat kau tu tanda dia nak tunjuk dia sayang sangat dekat kau.

Sarah: Kau pulak?

Anas: Kenapa dengan aku?

Sarah: Kau tak risau dekat aku ke?

Anas: Hanya Allah je yang tahu betapa aku risau dekat kau Sarah. Hanya Allah tempat untuk aku mengadu supaya kau sedar dan cepat sihat.

Sarah: Thanks Anas doakan untuk aku.

Anas: Kau sentiasa dalam doa aku Sarah.

Sarah yang baca balasan daripada Anas itu hanya mampu tersenyum. Mata dia beralih pula kepada pakcik dia yang tengah nyenyak tidur di kerusi sebelah katil dia. Tak sangka pakcik dia tu sayangkan dia macam tu sekali.

Sesekali Iman sebut nama Sarah dalam tidur dia.

"Sarahh.. sarahhh." Iman cakap dengan mata yang tertutup.

Macam gaya mengigau pun ada juga.

Sarah yang dengar tuu hanya mampu tergelak perlahan. Kalau gelak kuat nanti orang terjaga pulak kat hospital tu.

"Ya Sarah dekat sini Uncle." Sarah berkata dalam berbisik.

Ting ting.

Anas: Selamat malam Sarah.

Anas: Nak tidur tu boleh tapi jangan tidur lama-lama.

Sarah: Tengok la keadaan macam mana kalau pasal tidur lama tu.

Anas: Sarahhhh.....

Sarah: Hahahaha, ya ya aku tidur sekejap je lepas ni.

Anas: Janji

Sarah: Janji.






AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now