Bab 44

203 12 0
                                    

Minggu depan adalah hari peperangan bagi pelajar yang berumur 17 tahun untuk menghadapi peperiksaan terbesar mereka sebelum habis sekolah iaitu spm. Mereka semua telah berusaha habis habisan untuk hadapi hari tersebut. Jadi hari ini adalah hari terakhir mereka di sekolah itu sebelum menghadapi peperiksaan.

Bunyi je loceng terakhir di sekolah tu Sarah tak bergerak dari kerusi dan dia nampak ada classmate dia begitu juga dengan batchmate dia yang sibuk menconteng baju sesama mereka seperti itu salah satu tradisi turun-temurun dari senior mereka.

"Wehh kau tak nak balik ke?" soal Sha kepada Sarah. 

"Sha harini last day kita dekat sekolah ni sebelum exam tahu." balas Sarah sambil dia pandang Sha dekat sebelah dia yang tengah sibuk kemas barang.

"Tahu."

"Aku tak nak tinggalkan meja aku ni Shaaaaaa." Sarah berkata sambil dia peluk meja di depan dia tu.

"Kau duduk lah sini sampai bila-bila sebab aku tak sabar nak habis sekolah." balas Sha selamba.

"Kenapa tak kemas barang lagi ni?" soal Iman. 

Iman dan Anas yang tiba-tiba muncul.

"Ni haa, si Sarah sayang nak pisah dengan meja dia." Sha yang tolong jawabkan bagi pihak Sarah.

"Dah lah tu Sarah, tak payah nak buat drama dekat sini." Iman berkata sambil tangan dia sibuk tolong kemaskan barang Sarah dekat meja tu dan letakkan dalam bag Sarah.

"Dah jom balik." sambung Iman.

"Uncle."

"Apa?"

"Sarah tak ready nak habis sekolah."

"Tak apa next year aku daftarkan kau jadi budak form one balik."

"Eh, boleh ke?" soal Sarah dengan mata bersinar.

"Boleh tapi kau sorang lah paling tua dekat situ."

"Kau daftar sorang je lah Sarah. Aku tak nak hadap dah dengan homework semua ni. Stress otak aku." Sha menyampuk perbualan anak beranok tu. Amboi Sha kau belum jumpa lagi dengan assignment, project, test dan quiz dekat uni nanti. Lagi stress tahu.

"Kau apa je yang tak stress?" Iman sindir Sha.

"Kau ni kan Iman ada je yang tak puas hati dengan aku kan." balas Sha dengan nada tak puas hati.

"Korang semua tak nak conteng baju ke?" Ana yang tiba-tiba muncul dekat situ.

Semua pandang Ana dekat situ. Reaksi muka dorang semua macam terkejut sebab ya lah Ana tu mana pernah ajak dengan benda yang pelik macam tu. Biasanya dia tu pendiam, budak baik dan pelajar contoh dekat sekolah tu.

"Macam menarik." Sarah berkata dengan mata bersinar pandang Ana.

"Aku ada bawa marker pen permanent." Ana berkata sambil dia keluarkan dari bag dia satu plastik pen marker yang mempunyai macam-macam warna.

"Kau yang bawa?" soal Iman dengan nada yang tak percaya dekat situ.

"Ya lah." 

"Macam susah nak percaya je kau nak ajak buat benda yang macam ni." Iman berkata.

"Last day sekolah ni aku rasa macam nak buat benda yang aku tak pernah buat lagi." balas Ana bersama ketawa kecil.

"Kalau macam tu jom lah conteng. Aku nak pilih warna pink." Sarah berkata sambil dia ambil marker pen dalam plastik yang Ana bawa tu. 

"Aku pilih warna merah lah." Sha ambil warna merah dalam plastik yang berisi penuh dengan marker tu.

"Aku pilih hitam!" Iman cop marker warna hitam.

AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now