Bab 48

232 13 0
                                    

Anas keluar je daripada bangunan fakulti dia terus mengeluh bila nampak belakang tubuh perempuan yang berambut panjang paras bahu itu sedang menunggu dia, siapa lagi kalau bukan si Safa tu. 

"Kerap betul perempuan tu cari kau kan Anas. Tapi dia tu cantik kot tak tergoda ke? Jangan jual mahal sangat Anas takut nanti terlepas." kata Farhan iaitu classmate Anas.

Anas jeling je Farhan yang dekat sebelah dia tu. Terlalu kerap ya Safa tu menyibuk dan menyemak dekat depan dia sehingga classmate Anas pun boleh kenal. Serabut betul lah minah ni!

Anas berjalan terus ke motorsikal dia tanpa hiraukan Safa tapi seperti biasa lah.

"Hey you, kebetulan kan kita boleh terjumpa dekat sini." tegur Safa kepada Anas.

Kebetulan apa ke benda nya? Fakulti dia dengan si Safa tu jauh kot. Nampak sangat bohongnya di situ.  

Anas pakai helmet dia dan letak bag dia di bakul motorsikal dia. Tapi si Safa tu masih belum putus asa ya walaupun terang lagi bersuluh yang Anas tu tak layan dia. 

"You tak lapar ke? Jom keluar makan nak? I belanja you." ajak Safa yang sekarang berada di sebelah motor Anas.

"Aku tak tahu lagi macam mana nak bagi kau faham. Nak kata bodoh tapi kau ada otak kan. Jangan sampai aku cakap dengan kau guna bahasa alien pulak. Aku tak berminat dengan kau so berambus!" marah Anas.

"Woww, sound interesting bahasa alien tu. Jom lah kita belajar sama-sama bahasa alien tu baru sweet. I like." balas Safa.

Anas start kan enjin motorsikal dia dan jeling si Safa tu. Sakit kepala lah layan minah annoying macam ni.

"Bla lah kau!" Anas terus pergi tinggalkan Safa dekat situ.

Safa tersenyum melihat belakang tubuh Anas yang pergi meninggalkan dia naik motor tu. Orang yang jual mahal la paling best nak kejar ni.

Malam tu Anas tak tahan sangat dah dengan perangai Safa tu sampai dia naik rimas. Sebelum ni dia ingat boleh handle sendiri je tapi akhirnya dia rasa macam tak boleh jadi dia contact Iman. Anas ambil telefon dia dan mendial nombor telefon Iman.

"Hello." suara Iman kedengaran.

"Kau busy ke tu?" soal Anas.

"Tak pun, kenapa?"

"Aku nak cerita something ni dekat kau." Anas berkata dengan melepaskan keluhan yang berat.

"Macam serious je?" soal Iman.

"Safa kawan kau tu kacau aku. Tak boleh ke kau buat apa-apa supaya dia tak menyemak depan mata aku." balas Anas.

"Serious lah? Dia buat apa?" soal Iman dengan nada terkejut.

"Dia tunggu aku dekat depan bangunan fakulti aku setiap hari dalam seminggu ni. Serabut gila kau faham tak. Course korang ni tak busy ke apa sampai banyak pulak masa minah tu nak tunggu aku."

"Wowww, effort dia nak dapatkan kau A+ lah Anas hahaha." Iman balas bersama dengan ketawa.

"Kau ingat lawak ke?"

"Tu lah siapa suruh kau perform sangat masa main futsal haritu kan dah terjatuh cinta si Safa tu dekat kau."

"Lepas ni kan kalau kau nak minta tolong apa-apa dari aku sorry aku tak akan layan dan tak berminat nak tolong. Bye."

"Wehh, sabar lahhh. Sejak bila kau reti main ugut ni?"

"Kau ingat kau sorang je ke yang boleh ugut?"

"Tak sangka pulak Safa tu punya perangai macam tu sekali. Tapi aku admit lah yang  dia tu memang lah perempuan friendly dengan semua orang tapi tak sangka pulak taste dia tu kau hahahaha. Hebat lah kau Anas dalam banyak-banyak lelaki dia pilih kau."

AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now