Bab 52

283 13 1
                                    

Setahun kemudian...........

Setelah tamat je belajar Iman sekarang dia bekerja di syarikat guaman yang terletak di Kuala Lumpur. Iman dah jadi orang keyel sekarang dan dia orang paling awal yang beli rumah antara yang lain. Pada usia dia 18 tahun dia dapat duit hibah insurans daripada kematian ibu bapa dia dan atas perbincangan dengan kakak dia mereka berdua setuju untuk jual rumah pusaka ibu bapa dia dan bahagikan duit mengikut faraid. Jadi, bila dapat je kerja tetap dia terus cari rumah dan menetap di KL. Ini salah satu sebab kenapa Sarah selalu minta Iman belanja dia sebab dia tahu uncle dia banyak duit hahaha dan lagi satu sebab dia tahu Iman sayangkan dia. Tapi kalau cuti Iman tak pernah terlepas untuk datang ke rumah kakak dia walaupun perjalanan mengambil masa dua jam dari kl sebab itu adalah rumah yang dia anggap sebagai rumah family dia dan tempat dia membesar.

Sarah pula bekerja sebagai cikgu Matematik di sekolah berdekatan rumah keluarga dia. Kiranya Sarah sekarang ulang alik dari rumah family dia kalau pergi kerja. Siapa sangka orang yang bercita-cita nak jadi educated housewife sekarang dah jadi cikgu kan. Dapat lah Syakir ada teman kalau tidak sunyi hidup Syakir tu, kesian dia. Jadi, Sarah dan Anas sekarang ldr sebabnya Anas bekerja di Kuala Lumpur sama dengan Iman.

Anas pula sekarang dia bekerja di syarikat pembinaan di Kuala Lumpur sesuai lah dengan cita-cita dia kan yang nak jadi engineer tu. Setelah tamat je intern dia terus di serap menjadi pekerja tetap di syarikat tu, rezeki dia. Jadi, sekarang Anas busy handle projek pembinaan rumah tanah lot yang terletak di sekitar selangor. Jangan risau walaupun Anas dan Sarah ldr tapi mereka contact dan update hari-hari aktiviti harian mereka.

Sha pula yang dulu overthinking dengan tempat intern tu dapat tempat intern yang dia impikan dan atas performance dia yang bagus masa intern tu dia pun turut di serap bekerja di situ iaitu di syarikat telekomunikasi yang famous di Malaysia. Itu lah Sha usaha dan tawakal insyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita. Jangan overthinking okay.

Ana pula dia memilih untuk Housemanship training di Ireland. Dia pun nampak sangat happy di sana. Tapi jangan risau walaupun Ana jarang balik tapi dia hari-hari contact parent dia. Kadang-kadang family Anas akan ke sana untuk melawat Ana. Ya lah, parent Ana dan Anas dah pencen kan so banyak lah masa terluang dan salah satu aktiviti mereka bercuti melawat Ana lah. Anas selalu contact Ana melalui video call dan whatsap je untuk melepaskan rindu sebab nak ikut parent dia ke sana, dia pulak yang busy.

Hari minggu ni Anas ajak Sarah berjalan ke Kuala Lumpur dan seperti biasa setiap kali dia datang situ dia akan duduk rumah Iman iaitu rumah pakcik saudara dia. Tak akan lah nak duduk satu rumah dengan Anas kan dorang belum kahwin lagi. Sarah naik bas pergi kl minggu tu sebab dia malas nak drive dan duit tambang semua di bayar oleh Anas. Dah Anas yang ajak Sarah kan so dia lah yang kene keluarkan duit.

"Anas, sejak bila kau suka makan kat tempat viral macam ni?" soal Sarah kepada Anas. Ya lah Anas ajak Sarah berjalan di sekitar bukit bintang. Makan shawarma yang famous tu, daging wagyu dan sehingga lah sekarang di tempat makan terakhir mereka iaitu di kedai nasi kahwin hari-hari.

"Entah, tiba-tiba teringin." balas Anas selamba.

"Mesti kau banyak tengok tiktok dan instagram ni lepastu teringin."

"Haah, kau tak nak teman aku ke Sarah?"

"Kalau kau belanja aku sentiasa nak Anas."

Anas tergelak dengar jawapan daripada Sarah tu.

Sekarang dorang berdua tengah beratur untuk dapatkan makanan mereka.

"Anas, nanti kau ambil daging, aku ambil ayam ya. Aku nak sikit daging kau dan kau ambil lah ayam aku sikit. Baru best dapat rasa dua-dua." Sarah bagi arahan kepada Anas.

AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now