Bab 34

194 12 1
                                    

Anas terjaga dari tidur nya bila dia dengar suara riuh-rendah di dapur. Berkerut dahi dia memikirkan siapa yang datang. Nak kata Ana yang buat bising macam mustahil je. Dia tengok jam di dinding bilik tidurnya baru pukul 11 pagi. Kebiasaannya kalau hari cuti Anas memang bangun lambat jadi tak heran la kenapa dia masih di atas katil di waktu-waktu macam ni.

Anas buat keputusan untuk keluar dari bilik dan pergi ke dapur untuk tengok ibu dia tengah berbual dengan siapa sebabnya satu rumah boleh dengar. Sampai je di dapur Anas kerutkan dahi dia. Sarah buat apa dekat rumah dia di hari cuti macam ni bukan ke Sarah tu suka baca komik dan layan anime kalau hari cuti ke. Pelik.

Anas mendekati Ibu dan Sarah di dapur.

"Ibu dan Sarah buat apa ni?" soal Anas dan duduk di meja makan sebelah Sarah.

"Apa ni Anas! anak teruna bangun lambat buat malu dekat anak dara je tahu." Sarah abaikan soalan Anas tu dan terus perli si Anas kat situ.

Anas di sebelah tu pandang Sarah kecik besar kecik besar je. Sarah tu dua kali lima je selalu bangun lambat tapi hari ni tiba-tiba pelik bangun pagi datang rumah orang tolong masak dah kenapa?

"Betul tu buat malu dekat anak dara je. Apa punya perangai la kamu ni Anas selalu bangun lambat." Puan Hani iaitu mak kepada Anas dan Ana backup Sarah.

"Kan Makcik. Tak apa hari ni biar Sarah tolong Makcik, Makcik cakap je apa-apa pun Sarah akan buat." Sarah berkata dengan penuh semangat. 

Anas pandang je Sarah dekat sebelah dia tu. Sarah ni kene sampuk dengan jin ke tiba-tiba terlebih rajin ni.

"Jom kita potong bawang sambil membawang nak?" ajak Puan Hani.

"Jom, Sarah pakar bab membawang ni."

Puan Hani ambil bawang dan letak di atas meja. Dia keluarkan semua bahan untuk masak hari ini. Menu untuk hari ni ialah ikan siakap tiga rasa dan sayur goreng. Anas dekat situ jadi pemerhati gelagat ibu dan Sarah.

"Kenapa Sarah dah lama tak datang ke rumah Makcik." soal Puan Hani kepada Sarah sambil mereka tengah potong bawang.

"Sarah busy sikit lately ni."

"Busy study ke?"

"Hehehehe, tak pun." Sarah berkata bersama dengan gelak kecil dan garu hidungnya yang tak gatal.

Puan Hani yang nampak tu terus tahu apa yang Sarah maksudkan sibuk tu. hahaha.

"Bila Sarah nak ajak tengok movie anime lagi. Makcik tak boleh move on tahu cerita yang haritu. Apa nama movie tu grave of the fireflies ke apa."

Anas yang dengar tu terus pandang muka ibu dia.

"Ibu layan anime ke? sejak bila?" Anas soal dengan muka pelik.

"Tengok dengan Sarah haritu. Tiba-tiba best pulak sampai habis ibu tengok cerita tu tahu."

"Bila? kenapa Anas tak tahu?"

"Masa kau, Ana dan uncle aku pergi kem kadet polis haritu. Aku bosan jadi aku jadi penyibuk dekat rumah kau. Then, kebetulan Makcik pun sama-sama bosan kan tu yang aku ajak Makcik layan movie tu." Sarah terangkan dekat Anas.

Sarah tak join kem tu sebabnya Sarah muslimah dan lembut sikit jadi dia join unit beruniform puteri islam. Kami puteri islam, siapa kita puteri islam. Haaa itu lah Sarah. Jadi, masa dorang semua pergi kem tu dia bosan duduk rumah sorang sebab mama and papa dia pun tak ada dekat rumah masa tu. Then, dia pun datang la menyibuk di rumah Anas. Mujur puan Hani ni pun sejenis yang masuk air jadi senang la Sarah boleh masuk bila bersama tu. 

Kadang-kadang Sarah pun pelik macam mana la puan Hani tu boleh banyak mulut tapi anak dia tu dua-dua sejenis yang tak banyak cakap. 

"Oh, hebat ibu." Anas berkata.

AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now