Bab 6

359 12 0
                                    


Sarah hempaskan bag sekolah dia di atas kerusi dan dia terus rehatkan kepalanya di atas meja. Dia betul-betul tak ada mood hari ini. Patutnya dia ponteng je sekolah harini.

"Kenapa kau datang lambat?" suara Sha kedengaran. Sha tu nama glamour dia je nama penuh Shahir. Kesian mak dia bagi nama sedap tapi dipendekkan sebab nak bunyi lembut katanya. Ikut kau lah Shahir.

"Kau rasa?" seperti biasa soalan berbalas dengan soalan.

"Apa-apa je la, ni kerja rumah Addmath dah siap ke?. Aku nak tiru". Bagus datang sekolah nak belajar, dia datang sekolah nak tiru. Perangai siapa kau ikut ni Shahir.

"Eh, kau tak siap ke?. Aku ingat nak tiru kau" Balas Sarah dengan intonasi terkejut yang Shahir tak siap kerja Addmath. Dia dah rancang kot nak tiru kawan depan meja dia tu. 

Takkan la dia nak dapat malu kali kedua kot. Dah lah Cikgu Addmath dia tu suka denda ketuk ketampi kat luar kelas kalau tak siap kerja rumah. Mati je la kau Sarah daripada hidup selalu dapat malu je.

Pelajar dah penuhi kelas balik daripada tapak perhimpunan. Serabutnya dia nak tiru siapa ni, Sarah pandang Shahir, Shahir pandang dia. Pandangan yang hanya mereka berdua je tahu iaitu tak lain dan tak bukan nak ponteng kelas Addmath. Mereka berdua je yang berani buat kerja gila ni.

Tiba-tiba ada tangan letak buku latihan addmath dekat atas meja Sarah. Serentak Sarah dan Shahir pandang siapa punya tangan.

"Tiru lah" Anas bersuara dengan nada yang tak ada intonasi. 

"Anasssss" Sarah bersuara dengan meleret dengan pakej mata yang berair tanda terharu.

"Thanks bro" Shahir terus rampas dan buka buku latihan Addmath tu. Dia ada masa 10 minit untuk meniru tak ada masa la dia nak berdrama bagai.

"Sebab ni la aku sayang kau Anas" Sarah berkata sambil tangan sibuk meniru bersama-sama dengan Shahir. 

Anas balik semula ke tempat duduknya dan garu belakang lehernya yang tidak gatal. Ada senyuman kecil di bibirnya yang hanya dia sorang sahaja boleh nampak. Dia suka setiap kali Sarah ungkapkan ayat tu. Ayat tu seperti kata-kata kalimat yang dia tunggu setiap hari.

Iman dan Ana masuk ke kelas setelah selesai uruskan kerusi cikgu dan segala peralatan di tapak perhimpunan. Ketua pengawas dan penolong pengawas sekolah kan banyak la tanggungjawab yang dipikul gitu. 

Iman masuk kelas dan terus duduk di sebelah Anas. Ya, diorang daripada dulu lagi deskmate. Walaupun personaliti mereka tersangat la berbeza tapi diorang sekepala kalau melibatkan hal pelajaran. Iman pandang anak saudara dia yang sibuk menulis, muka pun nampak tersangat la focus dekat situ.

"Dia tiru lagi ke tu?" Iman bertanya pada Anas tapi anak matanya terarah pada Sarah.

"Tak la dia tengah tekun study" jawab Anas dengan selamba sambil tangan sibuk mengeluarkan buku untuk kelas yang akan bermula nanti.

Keluhan berat dilepaskan oleh Iman. 

"Bila lah kau nak berubah Sarah".

Hari yang tersangat lah letih akhirnya telahpun berakhir. Loceng sekolah pun dah berbunyi jadi sekarang masa untuk balik. Sarah sibuk kemaskan barangnya di meja dan masukkan ke dalam bag sekolah dan bersiap untuk balik. Dia sekarang hanya fikirkan katil je.

Iman menghampiri anak saudara dia "Sarah, nak minta tolong..." belum sempat Iman habiskan ayat dia, Sarah terus beredar dari situ. Dia abaikan pak cik dia macam tu je, seolah-olah Iman tu macam halimunan. 

"HAHAHAHAHA, ketua pengawas kene palau" Sha yang melihat kejadian tu ketawa terbahak-bahak seperti dunia ini dia yang punya. Amboi, bahagia sangat ya Sha. 

Iman ambil botol air kat meja dia dan terus baling ke muka Sha. Perangai Sha memang annoying kadang lembut tak bertempat dan kadang gurau kasar macam jantan. Sesuai la dengan nama dia Sha dan Shahir. 

"Sentap ke bang?" jerit Shahir sambil berlari tinggalkan Iman dekat situ. 

"Kau datang ke training petang ni?" 

Iman menoleh sebelah dia. Dia pandang Anas dengan muka yang tak ada reaksi.

"Datang tapi tu la, aku ada meeting pengawas lepas ni. Ingat nak minta tolong Sarah bawa kan baju training aku. Tapi nampak gaya aku kene balik sekejap la lepas meeting nanti" balas Iman sambil tangannya masukkan ke poket seluar.

"Okay" Anas balas sepatah dan terus beredar.

Memang sekarang ni semua orang nak pinggirkan dia ke apa?. Semua orang berpihak kepada Sarah ke apa ni?. Iman merungut dalam hati tak puas hati. 







AWAN PUTIHМесто, где живут истории. Откройте их для себя