Bab 7

340 13 0
                                    

Iman turun tangga selepas dia selesai mandi dan solat. Dia dapat lihat kakak dan abang ipar dia sibuk masak untuk makan malam. Iman tersenyum kecil tengok pasangan tu nampak sangat bahagia. Jika dia ada keluarga sendiri suatu hari nanti dia nak jadikan kakak dan abang ipar sebagai contoh untuk dia. 

"Kakak masak apa malam ni" Iman menghampiri kakak dia yang sibuk hidangkan lauk di meja makan. Di meja makan sudah pun terhidang dengan nasi, ayam masak merah dan sayur goreng. Yaa, semua tu makanan kegemaran dia. 

"Masak makanan favourite kamu la ni" balas Suria dengan tersenyum kecil. Suria ralit pandang Iman sebab dia suka sangat melihat Iman pakai kain palikat dan kopiah. Tak tahu kenapa bagi Suria dia boleh nampak Iman ada aura pak ustaz atau pak iman bila dia berpakaian macam tu.

"Iman handsome sangat" Suria cakap secara tiba-tiba.

"Hahh" Iman garu kepala dia yang tak gatal ya la tak ada angin tak ada ribut ada orang puji dia handsome. Siapa je yang tak terkejut kan.

"Habistu, saya ni tak handsome ke?" haa sudah Akmal cemburu. Pandai-pandai la kau Suria nak pujuk laki kau macam mana.

"Papa lah orang yang paling handsome dekat dunia ni tahu dan tak ada siapa boleh persoalkan tu" tiba-tiba suara Sarah muncul dari tangga dan dia menghampiri ke meja makan dan jeling pak cik dia. Dan Sarah sambung lagi "Bukan macam orang tu yang hanya ada rupa dekat dalam rumah ni je, tu pun hanya mama je yang nampak dia ada rupa. Mama buta kot" . 

Iman tersentak, Sarah ni cakap pasal dia ke?

"Dah la tu, jom makan"Suria mencelah.

Sarah perhatikan lauk yang mama dia masak. Semua lauk yang terhidang tu lauk kegemaran pak cik. Tak ada selera dia nak makan makanan kesukaan pak cik dia.

"Sarah kenyang malam ni" Sarah buka peti ais ambil buah apple dua biji dan terus berlalu naik ke bilik dia. 

Akmal dan Suria pandang anak dia yang naik tangga meninggalkan mereka bertiga di meja makan.

"Dia marah Iman lagi la tu sebab tak kejut dia pagi tadi" Iman mulakan percakapan.

"Biar la dia nanti sejuk la hati dia tu. Macam lah Iman tak kenal perangai Sarah tu macam mana kan" Akmal tenangkan adik ipar dia. Akmal boleh nampak yang Iman serba salah sebab dah kecik kan hati anak dara sorang dia tu. 

Esoknya belum sempat Iman nak kejutkan Sarah, Sarah dah bersiap lengkap dengan berpakaian sekolah dan terus pergi sekolah tinggalkan dia. Bukan setakat Iman kene tinggal malah Anas yang tak bersalah tu pun dia tinggalkan sekali. 

Dekat sekolah Sarah buat Iman macam tak wujud. Yaa, Iman kene silent treatment dengan anak saudara dia sendiri. 

Iman tak tahan dengan keadaan yang macam ni. Dia rindu nak bergurau dan dengar suara Sarah. Dia lebih rela kene maki hamun oleh Sarah daripada kene silent treatment macam ni. Jiwa dia tak tenang sejak Sarah buat dia macam ni sebab dah dua hari Sarah betul-betul tak hiraukan dia. 

Iman keluarkan fon dari poket dan terus buka aplikasi whatsap. Nama Anas dia cari dan terus dia menaip sesuatu.

Anas, nak tanya something boleh?


?


Sarah merajuk dengan aku. Dah dua hari dia tak bercakap dengan aku.


Oo

Iman rasa nak lempang dengan jawapan Anas, tak boleh ke dia jawab panjang sikit. Aku nak mengadu ni pun rasa tak puas tahu bila dapat jawapan macam ni. Dia meraup wajahnya dengan tangan dan sambung balas whatsap Anas. Ahhhh lantaklah dia perlu cari jalan penyelesaian sebab dia dah buntu.

Kau kan rapat dengan dia. Tahu tak nak pujuk dia macam mana?


Super Ring


Haaa?


Belanja dia Super Ring.


Macam tu je ke?


Try la.


Kalau tak berkesan juga macam mana?


Fikir sendiri.

Iman tutup Fon dia dan tengok jam dekat dinding bilik dia. Baru pukul 9 malam sempat kot dia nak pergi 7e cari Super Ring. Yaaa dia perlu selesaikan masalah ni sekarang juga kalau tak dia tak tenang. 








AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now