Special Chapter 6- Cita-cita

195 10 0
                                    

Tings Tings

Anas: Sarah, jom dating dekat taman depan rumah kita tu..

Anas: Saya tunggu awak dekat situ ya sayang...

Sarah sampai sahaja di perkarangan rumah papa mama dia, dia terima whatsap daripada Anas. Dia buka je pintu kereta milik Iman tu dan terus berjalan menuju ke taman permainan yang berdekatan dengan rumah family dia tu.

"Kau nak ke mana tu Sarah? Dah malam dah ni Sarah. Bahaya lah keluar malam-malam macam ni!" Iman yang tegur Sarah bila dia nampak Sarah bukan masuk ke dalam rumah tapi keluar dari pagar rumah. Apa benda lah, tadi cerita pasal merajuk tak akan lah sekarang nak lari rumah pulak. Pelik-pelik lah orang yang dah kahwin ni, baik hidup single tak serabut hidup. Iman bebel dalam hati.

"Sarah nak pergi dating."

"Dating apa malam-malam macam ni? Buat kerja gila ke apa?" 

Sarah hiraukan Iman tu dan terus bergerak ke taman yang berdekatan dengan rumah dia. Apa yang penting sekarang dia nak jumpa suami dia, itu je yang ada dalam kepala dia.

Dari jauh dia nampak Anas tengah duduk di kerusi batu yang ada di taman, dia terus berjalan menuju ke suami dia.

"Anassssssss."

Anas yang dengar suara Sarah tu, dia terus berdiri dari kerusi batu dan pandang Sarah yang menghampiri dia.

Bila Sarah sampai sahaja di depan Anas. Sarah pandang muka Anas lalu Sarah ambil tangan Anas dan dia cium tangan suami dia tu.

"Anas, saya nak minta maaf dengan awak. Saya tak tahu kenapa lately ni saya cepat sangat beremosi dan tak boleh nak kawal saya punya kemarahan. Saya terus hukum awak ikut apa yang saya fikir dalam kepala saya je. Saya salah Anas, saya nak minta maaf dekat awak Anas."Sarah berkata dalam keadaan dia menunduk cium tangan Anas.

Anas yang tengok kelakuan pelik dari isteri dia tu terus berkerut dahi Anas.

"Sarah, bukan saya ke yang patut minta maaf?"Anas angkatkan kepala Sarah yang tengah cium tangan dia tu.

"Tak Anas! Awak tak salah apa pun. Saya yang salah sebab saya terus hukum awak macam-macam. Anas, kalau awak nak bagi nama anak kita dengan nama Alya pun saya tak kisah tahu. Lagipun saya dah tengok maksud nama Alya tu apa dan saya suka sangat. Maksud nama Alya tu ketinggian kalau gabung Alya dan Soleha akan jadi ketinggian baik. Pandai awak pilih Anas."

Anas yang dengar Sarah cakap dengan penuh panjang lebar tu terus dia tarik Sarah untuk duduk di kerusi batu yang disediakan di taman tu. Sekarang dorang berdua sama-sama duduk di kerusi batu pada waktu tengah-tengah malam ni. Orang lain semua sedap tengah tidur tapi dorang berdua ni tengah buat drama.

"Tapi saya tak nak guna nama Alya tu."

"Haaa? Anas, awak merajuk dengan saya ke? Jangan lah merajuk Anas. Saya minta maaf Anas, saya isteri yang jahat kan sebab fikir yang bukan-bukan dekat suami saya sendiri." Sarah peluk Anas yang berada dekat sebelah dia tu dan air mata dia mula mengalir di pipi.

Anas yang nampak Sarah menangis tu terus ketawa, siang tadi muka masam dan nampak macam tengah marah sangat tapi malam ni menangis dan minta maaf. Dalam masa satu hari ada macam-macam emosi yang ditunjukkan oleh isteri dia tu.

"Awak pernah nampak saya merajuk ke Sarah?"

Sarah pandang muka Anas lalu dia menggeleng-gelengkan kepala dia.

"Jadi, kenapa awak ingat saya merajuk?"

"Sebab awak tak nak guna nama Alya tu."

Anas terus sapu air mata yang mengalir di pipi isteri dia tu lalu dia tersenyum pandang Sarah. Dia ambil buku bertajuk 'pilihan nama-nama dalam islam'  yang berada di atas meja batu depan dia tu lalu dia hulurkan ke Sarah.

AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now