Bab 28

218 8 0
                                    

Hampir seminggu Sarah berada di hospital dan Alhamdulillah dia sudah pulang ke rumah. Sarah berasa sangat bersyukur Allah beri dia peluang kedua untuk hidup di samping dengan orang yang dia sayang. Terima Kasih ya Allah.

Sehari selepas dia sedar di hospital haritu Atikah ada melawat. Atikah menangis nangis minta maaf akibat daripada cookies yang dia bagi tu kesihatan Sarah teruk macam gitu sekali. Puas juga Sarah menafikan yang itu bukan salah Atikah sebab sebenarnya dia yang careless tak tengok ingredients sebelum makan. Dah tahu ada alahan tapi main hentam je makan semua benda ni la padahnya kalau tak berhati-hati. Lagipun masa dia makan tu dia tengah lapar sampaikan cookies si Sha tu pun dia rembat sekali. 

Macam mana la dia tak teruk sampai masuk ke icu tu sebabnya dah macam nak bunuh diri pun ada juga. Cookies tu sedap tapi sayangnya itu first and last dia dapat rasa. Sedap juga kacang ni ya. hahaha.

Sejak dia sedar dari coma tu Sarah dapat rasakan yang pakcik dia tu berubah 360 darjah. 

"Sorry, kau dah lama ke tunggu?" 

"Tak pun. Baru je."

"Mana bag kau?" soal Anas.

"Pakcik aku dah tolong bawa kan. Dia nak aku jalan sekali ke sekolah dengan dia tapi aku nak tunggu kau."

"Serious la Iman bawa kan bag kau." Soal Anas dengan nada tak percaya.

"Ya. Bukan setakat bawa bag aku je tapi baju sekolah yang aku pakai ni pun dia yang gosokkan tahu."

"Hahahahaha." 

"Kelakarkan."

"Agak laa hahahahahaha."

Dorang berdua berbual sambil berjalan ke sekolah.

"Kau nak tahu tak?"

"Apa?" 

"Sebelum ni kan wallpaper telefon pakcik aku kan doa belajar kan."

"Haah." Anas ingat yang wallpaper Iman tu doa belajar. Kata Iman tahun ni tahun spm sebab tu dia ubah wallpaper dia doa belajar tu. 

"Kau nak tahu sekarang wallpaper dia apa?"

"Apa?" soal Anas sambil dia pandang muka Sarah di sebelah dia.

"Gambar muka aku.."

"Hahahahahahhaaha." Anas ketawa tak ingat dunia dekat situ.

"Kelakarkan."

"Haah, lawak laaaa hahaha." sambung Anas kat situ.

"Pakcik aku tu betul ke tak betul ni. Risau pulak aku."

"Entah laa, kau layan kan je la pakcik kau tu."

"Hmmm........"

Semasa dia sampai di sekolah ramai kawan sekelas datang berjumpa Sarah bertanya khabar. Sarah rasa sangat bertuah ramai yang risau dan sayang dekat dia.

Shahir pulak lepas dapat je tahu daripada Anas yang Sarah dah sedar dari coma terus dia datang melawat Sarah. Sampai je dekat hospital terus si Sha tu menangis meraung dekat situ. Dia marah dekat Sarah kenapa tak bagitahu dekat dia yang Sarah tu ada alahan dengan kacang. Tapi bagi Sarah pulak dia tak suka orang lain tahu tentang kelemahan dia. Sarah selalu fikir kalau orang tahu tentang alahan dia mesti orang tahu cara nak bunuh dia. Sebabtu dia rahsia kan dan orang yang kenal dia lama je yang tahu tentang alahan dia tu

Apa punya pemikiran ni Sarah.

Harini Sarah rehat dengan Sha. Anas tadi dia ada hal katanya nak uruskan dengan cikgu sebabnya pasukan bola dia ada pertandingan next week.

Sampai je dekat kantin sekolah dia nampak pakcik dia macam tengah tunggu seseorang. Dia tu tengah tunggu aku ke tu. Pakcik dia pengawas so dia rehat awal sebabtu boleh ada dekat kantin tu dulu.

"Sarah, kau nak makan apa hari ni?" soal Iman bila Sarah dah berada di depan dia.

"Nugget dengan roti sosej je kot."

"Okay, jom."

Dah kenapa dengan pakcik dia ni nak beli makanan pun pergi sekali. Sarah pun follow je la.

"Makcik dalam nugget and roti sosej ni ada kacang ke?"

Sarah yang dengar tu pun tepuk dahi diri sendiri. Apa ke bangang sangat pakcik aku ni.

"Uncle agak-agak laa dalam nugget tu ada kacang. Ngarut betul Uncle ni!."

"Kita perlu berhati-hati Sarah."

"Berhati-hati pun ikut logik akal la uncle."

Sarah pandang muka makcik kantin tu dan terus kata.

"Makcik abaikan je soalan dia tu. Jangan layan dia."

Tapi Iman menyampuk.

"Makcik saya tanya serious ni. Makanan dekat sini mana satu yang ada kandungan kacang?" Iman soal makcik kantin tu dengan nada serious.

Sarah yang dengar tu rasa nak mengamuk je dekat pakcik dia tu.

"Errr, semua makanan kat depan ni tak ada yang ada kacang." Makcik tu kata sambil garu kepalanya yang berbalut tudung tu.

"Okay baik lah. Terima Kasih makcik."

Iman pandang Sarah dekat sebelah dia.

"Sarah, kau boleh makan makanan dekat sini." Iman berkata dekat Sarah.

"Tahu lah."

"Aku kene pergi dulu ya."

"Haaaa pergi pergi. Cepat pergi sana." Sarah menghalau pakcik dia tuuuuuu.

Sha yang menyaksikan kejadian ni terngangga mulut dia dengan perangai si Iman tu.

"Wehhhhhh, kenapa dengan pakcik kau tu?"

"Kau jangan tanya aku sebab aku pun tak tahu."

"Pelik nyaa wehhhhh."

"Kannnn, aku rasa nak bawa dia berubat cara kampung lah."

"Kau rasa dia kene sampuk dengan jin ke weh?" 

"Yaa aku rasa tu bukan pakcik aku dah!" Sarah cakap dengan yakin nyaaa.

"Kau tahu ke nak berubat kat mana?"

"Tak tahu tapi aku nak dapatkan pakcik aku yang asal semula.".





AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now