Bab 31

215 12 0
                                    

Hari yang di tunggu sudah pun tiba iaitu hari perlawanan bola sepak antara sekolah smk Sri Aman dan smk Jalan Damai. Mungkin hari ini orang akan menganggap smk Jalan Damai ada banyak kelebihan kerana mereka menjadi tuan rumah tapi tiada apa yang mustahil dengan perlawanan bola sepak ni. 

Pasukan bola sepak dari smk Sri Aman yang terdiri daripada Anas dan yang lain telah pun sampai di sekolah Jalan Damai. Mereka telah berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan hari ini. Jadi mereka akan berikan yang terbaik untuk game kali ni. Kalah atau menang itu adat bertanding. Tapi apa yang pasti sebelum mereka kalah mereka akan berjuang habis-habisan. 

Mereka sekarang sedang melakukan stretching di tepi padang untuk persediaan sebelum perlawanan bermula. Sekarang muka mereka semua dalam keadaan serious ya lah mereka nak berdepan dengan pihak lawan yang mereka tak pernah dapat kalahkan sejak azali lagi. Team bola sepak Smk Jalan Damai adalah pasukan yang top untuk bola sepak manakala team bola sepak Smk Sri Aman hanya lah pasukan underdog. Dapat ke pasukan underdog kalahkan pasukan yang top?.

"Anas." Iman panggil Anas untuk bagitahu yang sudah tiba masanya.

Anas datang menghampiri semua anak buahnya dan berkumpul dalam bentuk bulatan untuk bagi kata-kata semangat sebelum perlawanan bermula.

"Kita dah tunggu saat ni dari dulu lagi jadi aku nak korang semua buat yang terbaik. Kita dah usaha jadi harini aku nak korang semua tunjukkan semua yang apa korang ada. Aku nak ingatkan kepada yang form 5." Anas berkata dan pandang satu satu muka ahli pasukan nya yang satu batch dengannya.

"Ini last game kita sebelum kita habis sekolah jadi aku nak kita ciptakan satu sejarah kalah kan pasukan smk Jalan Damai sebelum kita tinggalkan sekolah kita ni. Boleh tak?" Anas berkata kepada ahli pasukannya dengan penuh semangat.

"Bolehhh!!!." ahli pasukannya yang satu batch jerit sekuat hati.

"Kepada form 4 kami akan pastikan harini adalah hari yang paling bermakna untuk korang. Jadi aku nak korang buat yang terbaik dan cipta sejarah menang pertama kali bersama dengan kitaorang. Boleh tak?" sambung Anas dengan suara yang penuh mendalam.

"Boleh!!!"mereka semua bersama menjerit boleh.

Suara mereka yang kuat tu menyebabkan pasukan pihak lawan turut melihat bulatan yang mereka telah buat tu. 

Anas yang lain semua meletakkan tapak tangan di tenggah bulatan antara mereka semua dan bersedia untuk bersorak sesama mereka sebelum ke padang.

"Jadi Smk Sri Aman hari ini kita menang!!!!!!" jerit mereka semua sekuat hati yang dimulai oleh Anas...

"Sha, disebabkan kau kita semua lambat tahu!" marah Sarah dekat kawan baik dia tu.

"Sorry la wehh, aku kalau cuti selalu bangun lambat tiba-tiba harini kene bangun awal pagi. Kenapa dorang pilih hari cuti untuk perlawanan bola eh? tak faham la aku."

"Macam-macam la kau ni."

"Korang game macam dah lama start je tu." Ana tiba-tiba bersuara.

"Wehh ye laa. Jom jom." Sha berkata dan terus berlari meninggalkan dua kawan dia tu.

"Bagus dia lambat lepastu dia tinggalkan kita." Sarah sambung bebel.

"Dah la tu Sarah. Jom." Ana cuba tenangkan Sarah dekat situ.

Sampai sahaja di padang tu perlawanan telah pun bermula 40 minit. Sekarang ni pihak lawan telah mendahului satu jaringan iaitu 1-0. 

Apa yang dapat mereka lihat yang pihak lawan banyak melakukan serangan dan banyak kali juga defence untuk pasukan smk Sri Aman dapat menangkis serangan daripada pihak lawan.

"Hebat la defence smk Sri Aman tu banyak kali kot dia dapat gagalkan serangan smk Jalan Damai ni." 

Sarah terdengar perbualan orang di belakangnya. Mata dia terus melihat di padang bola. 

Iman dan Amir berada di posisi pertahanan manakala Anas berada di posisi penyerang. 

Banyak kali Sarah melihat Iman menendang bola keluar dari kotak untuk menghalang daripada penyerang pihak lawan ada peluang untuk menjaringkan goal. Pada saat akhir tak tahu macam mana salah sorang dari pasukan Sri Aman dapat merampas bola dan terus bawa bola tersebut menghampiri goal pihak lawan dan dia nampak Anas tak ada siapa yang jaga jadi dia terus pass ke Anas dan Anas terus shoot ke goal dari jarak jauh dan akhirnya masuk ke dalam goal.

GOAAAAAAAAALLLLLLLLLLL!!!!!!!!

 Sarah yang menyaksikan tu terus terjerit melompat lompat di situ.

"Wehhh goallll." jerit Sha dekat sebelah Sarah.

Sarah pulak goyang-goyangkan badan Ana kat sebelah tanda dia terlampau excited dengan goal tu. Ya lah nak pegang si Sha tu dia lelaki so haram tak boleh nak sentuh. Nak tak nak Ana la jadi mangsa Sarah. 

"Ana abang kau jaringkan goal!!!!." jerit Sarah sekuat hati dekat situ.

Ana yang dengar tu hanya mampu ketawa je dengan perangai dua ekor tu.

Semua pasukan smk Sri Aman berlari ke Anas untuk meraikkan goal yang Anas dapat jaringkan itu tadi dan tiba-tiba wisel menandakan rehat 15 minit berbunyi. Sekarang mereka terikat dengan 1-1 sama. Perlawanan yang sangat sengit ya. 

Sewaktu rehat tu coach Azman yang banyak bagi kata-kata semangat. Ada juga coach Azman bagitahu strategi untuk tindakan mereka pada waktu berikutnya. Dorang kene focus betul-betul sebabnya game kali ni mereka semua memang target untuk menang.

Setelah 15 minit waktu rehat wisel pun telah berbunyi tanda perlawanan bermula semula. Sarah, Ana dan Sha tak senang duduk menyaksikan pertandingan tersebut. Sebabnya dua-dua pasukan ada melakukan serangan tapi dua-dua tidak berjaya dan masih lagi terikat dengan 1-1 sama. Mereka perlu jaringkan satu je lagi goal untuk kalahkan pihak lawan tapi masa yang tinggal hanya ada 10 minit je lagi.

Tiba-tiba Sarah nampak yang coach Azman ingin menukar Fakhrul yang baju jersi nombor 9 itu kepada Afiq. 

Sekarang Anas dan Afiq berada di posisi penyerang. Nampak di situ yang Anas sedaya upaya untuk merampas bola yang berada di pihak lawan dan tak tahu macam mana dengan pertolongan jersi bernombor 8 dapat merampas bola daripada pihak lawan dan terus dia pass ke Anas. Anas bawa bola tersebut berdekatan dengan tiang goal pihak lawan tapi dia dikepung oleh pihak lawan dan apa yang dia nampak Afiq sekarang tiada siapa yang jaga jadi terus dia shoot bola tersebut di antara pihak lawan itu ke Afiq. Afiq yang sambut bola tu terus tendang ke goal dan akhirnya masuk.

GOALLLLLLLLLLLL!!!!!!

Dan mereka semua berlari ke Afiq meraikkan goal yang telah masuk itu. Sekelip mata sahaja sekarang smk Sri Aman mendahului dan beberapa minit lepas itu wisel penamat telah berbunyi. Ini bermakna Smk Sri Aman menjuarai untuk perlawanan bola itu. Mereka semua berlari dan peluk Afiq di situ. 

Anas yang menyaksikan gelagat anak buah dia hanya ketawa. Akhirnya usaha yang mereka semua lakukan selama ni buahkan hasil. 

"Kau hebat harini. Dapat jaringkan satu goal." Iman tegur Anas dari belakang.

 Dorang dua tak join adengan adengan peluk meraikan kemenangan tu hahahaha.

"Kau apa kurangnya. Banyak kali dapat patahkan serangan dorang." Anas berkata bersama senyuman di bibir.

"Anas, kita menang harini." Iman berkata sambil pandang Anas di sebelah dia.

"Kan macam mimpi." 

"Kenangan terindah kita sebelum kita tamat sekolah." sambung Iman.

"Kita dah ciptakan kenangan terindah."

"Kan! nanti mesti rindu dengan semua ni." Iman berkata sambil dia tepuk-tepuk bahu Anas di sebelah dia. 

"Sangat."

"Tahniah Anas."

"Tahniah Iman."

Saya harap korang boleh faham dengan apa yang saya tulis ni hehehe... hope korang semua enjoy dengan scene perlawanan bola ni. Kalau hambar sorry ya.


AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now