Bab 9

316 11 0
                                    

Iman berdiri depan pintu bilik Sarah. Dari tadi dia fikir nak ketuk atau tak. Aaaahhh redah je lah. 

Tokkk tokkk tokkkk.

"Siapa?" jerit Sarah dari dalam bilik.

"Uncle" balas Iman dengan suara yang mendayu. Ya laa nak pujuk orang kan kene lah berlembut. 

Pintu bilik Sarah terbuka dari dalam, kepala Sarah keluar sikit dari pintu. Boleh nampak dengan jelas muka Sarah yang masam mencuka tu.

"Nak apa?" soal Sarah macam nak tak nak je. Tengah perang dingin kan sekarang so kene la tunjuk tengah berperang.

Jangan la macam ni Sarah. Dia tak tahu ke pak cik dia ni tak reti nak pujuk orang.

"Uncle nak cakap sikit boleh?" soal Iman takut-takut. Apa ni Iman dengan anak saudara sendiri pun takut ke. Hilang macho kau Iman.

"Masuklah" Sarah terus berlalu ke depan laptop dia. Tak lain tak bukan dia tengah layan anime la tu.

Iman masuk dalam bilik yang serba pink tuu dan terus duduk di atas katil Sarah. Typical anak perempuan sorang yang minat pink

"Cepat lah nak cakap apa?" soal Sarah gaya macam nak cepat je. Kau nak pergi mana Sarah cepat-cepat aduhh.

Belum apa-apa Iman terus hulurkan bag plastik yang berisi Super Ring.

Muka Sarah tak payah nak cakap la terkejut. Tak ada mukadimah ke apa daripada pak cik dia tiba-tiba hulur Super Ring. Dia ingat anak saudara dia ni budak tiga tahun ke? dia tak tahu ke yang Sarah ni lagi tua dua bulan dari dia. 

"Aku nak pujuk kau." Bagus Iman kau straight to the point je. 

Sarah sambut bag plastik daripada Iman. Dia tergelak dalam hati bila tengok pak cik dia macam tak senang duduk tu. Rasa kan kau nak gurau kasar lagi dengan dia kan.

"Jadi pujuk la."

"Haaa?" 

"Kata nak pujuk tadi. Jadi pujuk la sekarang." balas Sarah selamba.

 "Okay, Aku tahu aku dah buat kau malu hari isnin baru ni. Tapi serious niat aku hanya nak bergurau dengan anak saudara aku yang comel ni je. Tak ada niat lain pun." Iman bercakap sambil angkat tangan gaya macam orang angkat sumpah nak tunjukkan yang dia betul-betul nak minta maaf sekarang ni.

"Sarah, kau pukul la aku atau maki hamun ke apa tapi please jangan la kau buat aku macam tak wujud. Hidup aku tak tenang Sarah bila kau buat aku macam tu." Sambung Iman lagi. 

Muka Sarah masih serious tapi dalam hati dah tergelak terbahak-bahak dengan kata-kata pak cik dia tu. Dia puji aku comel woww sangat jarang sekali ya Uncle dia nak puji dia. Ingat apa, pak cik dia je yang boleh buli dia, Sarah lagi power la bab bab ni.

"Tu je?" balas Sarah dengan intonasi yang tak ada perasaan.

"Kau nak apa? Aku buat apa je yang kau suruh janji kau boleh maafkan aku."

Apa ni Iman sekarang siapa punya pangkat lagi tinggi anak saudara kau atau kau?

Sarah tersenyum sinis dengar jawapan daripada Iman.

"Sarah boleh maafkan Uncle dengan satu syarat"

"Apa syaratnya?"

"Panggil Sarah Comel selama seminggu walaupun dekat sekolah sekalipun". Gila pujian betul kau ni Sarah.

"Haaaaa?". Apa punya syarat tu.

"Nak Sarah maafkan ke tak?"

"Nak Sarah Comel!"

"Good, teruskan untuk seminggu ni"

Iman garu batang leher dia yang tak gatal sambil berfikir boleh ke dia nak teruskan ni. Lantak laa asalkan semuanya back to normal dia tak nak perang dingin dah pedih.

"Okay." Iman bangun dan nak keluar dari bilik Sarah. Belum sempat dia keluar.

"Thank you Uncle Handsome untuk super ring ni, macam tahu-tahu je Sarah teringin nak makan super ring ni" Sarah senyum dengan penuh ceria kepada pak cik dia. Iman yang melihat senyuman tu automatic cair. Apa-apa je la asalkan anak saudara dia tu bahagia. 

"Sama-sama Sarah comel." 

Sarah ketawa bila dengar balasan daripada pak cik dia tu. 

Iman masuk dalam biliknya dan keluarkan telefon dari poket. Aplikasi whatsap dia buka dan dia menaip sesuatu.

Thanks Anas. Sarah dah back to normal dengan aku.


Wc.

Iman yang melihat balasan daripada Anas tu terus dia mengeluh. Dasar Anas dry text!.












AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now