Bab 47

246 13 3
                                    

Anas yang baru keluar daripada lecturer hall tu dia dapat rasakan telefon dia di poket ada vibrate tanda mesej masuk. Dia keluarkan telefon dan tengok siapa yang whatsap dia.

Iman: Kau free tak malam ni?

Anas: ?

Iman: Aku nak ajak kau main futsal malam ni. Gang aku tak cukup sorang. Jom lah main.

Anas: pukul berapa?

Iman: lepas insyak dalam pukul 9 malam gitu.

Anas: send location.

Iman: Nanti aku hantar location. Make sure kau datang tahu.

Anas: K.

Anas screenshot conversation dia dengan Iman dan send ke Sarah. Untuk dia update aktiviti harian dia kepada Sarah. Sarah tak pernah minta pun tapi Anas yang rela hati nak share.

Anas: picture of whatsap conversation.

Sarah: Waaa, bestnya malam ni dia main futsal lah.

Sarah: Aku support kau dari jauh ya Anassss. Go Anas go Anas go Anas. hehe.

Sarah: Enjoy the game tahu! tiba-tiba rindu nak bawa kan kau air Anas hahaha.

Anas: Tak apa kau send gambar air je nanti.

Sarah: Okay nanti aku send gambar air milo untuk kau supaya bagi tenaga sikit.

Anas: ok, nanti aku tunggu.

Sarah: Tak sabar nak buat air milo malam ni. hahaha.

Sarah: Nanti update tahu kumpulan mana yang menang. Tapi aku yakin group kau yang menang nanti.

Anas: Okies, thanks...

Perbualan kosong antara Anas dengan Sarah di whatsap.

Malam tu Anas join kumpulan Iman main futsal di gelanggang futsal dalam kawasan universiti dia. Walaupun Anas tu dah jarang main tapi stamina dia masih sama ya. Seperti biasa dia di posisi penyerang dan Iman di posisi pertahanan. Dejavu sangat masa sekolah dulu kan. Anas main all out malam tu melepaskan geram sebab dah lama tak main bola kan dan dia berjaya menjaringkan dua goal untuk kumpulan Iman tu. Ramai penyokong yang bersorak di luar gelanggang tu bila Anas dapat menjaringkan goal tu. Sehingga lah masa tamat kumpulan Iman masih mendahului dan automatik kumpulan dorang menang mengalahkan pihak lawan.

"Kau hebat ya main walaupun dah lama tinggal, ingatkan prestasi kau dah turun." Iman berkata sambil dia tepuk bahu Anas.

Anas hiraukan kata-kata Iman tu dan terus berjalan untuk gerak keluar dari gelanggang futsal tu sama-sama dengan Iman.

"Anas, thanks gantikan tempat mierul tu. Tanpa kau malam ni kalah dah group kita ni kan Iman." Amin kawan kepada Iman tu berkata.

"Welcome." Anas jawab sepatah.

"Bukan setakat kalah nak start main pun tak boleh sebab tak cukup orang hahahahaa." balas Iman dekat sebelah Anas.

Mereka semua bergerak ke kerusi di mana dorang semua letak bag masing-masing. Anas nampak ada dua perempuan berada di kerusi di mana mereka semua letak bag. 

"Tadi awak hebat gila masa main futsal . Nah air untuk awak, mesti awak penat kan." Safa kawan kepada Iman tu berkata kepada Anas sambil dia hulurkan botol air mineral. 

AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now