Bab 30

225 11 0
                                    

Harini mood Sarah terlebih rajin jadi dia nak pergi melawat pakcik dan Anas berlatih bola di sekolah dia. Lusa dorang ada perlawanan bola sepak dengan sekolah smk Jalan Damai. Smk Jalan Damai tu kira top juga untuk team pasukan bola sepak sebabnya sekolah Sarah tak pernah dapat kalah kan sekolah tu sejak dari azali lagi. Macam terkene sumpahan pun ada juga sebab setiap kali ada perlawanan dengan sekolah tu setiap kali tu kalah. 

Sampai je di padang sekolah Sarah duduk di bawah pokok sambil melihat dorang berlatih di padang. Lelaki ni bila exercise nampak sangat kacak kan dengan badan yang berotot dan berpeluh macam tu nampak sangat kejatanan di situ. Ishhh Sarah apa kau merepek ni haihhh tu la lama sangat hidup single kan. Ingat kau datang sini nak melawat orang bukan usya lelaki. Tapi tak salahkan sambil menyelam minum air. hehe.

"Sarah."

Sarah pandang ke hala suara yang sebut nama dia.

"Eh, Afiq. Kau tak join training ke?"

"Aku rehat awal sikit. Lagipun lusa aku duduk kat bangku simpanan je."

"Ohh, tak sabar nak tengok game korang lusa ni."

"Kau doa la perlawanan kali ni menang di pihak kita."

"Of course! confirm akan menang."

"Hari ni air untuk aku tak ada ke?"

"Haaa?"

Afiq tergelak dengan reaksi muka Sarah macam muka terkejut pun ada juga.

"Aku gurau je. Kau dah okay ke?"

"Eh, kau tahu ke aku tak sihat?"

"Tahu, Iman tak datang tiga hari training tahu sebab nak jaga kau."

"Tak sangka kecoh gak ya pasal aku sakit ni. Aku rasa malu pulak." Sarah berkata sambil ketawa kecil untuk elakkan daripada kejanggalan dekat situ.

"Kenapa nak malu pulak? Lagi ramai yang tahu lagi ramai yang doakan untuk kau Sarah." bagitahu Afiq.

"Kau doa untuk aku ke?"Soal Sarah sambil pandang muka Afiq.

"Doa lah, sorry tak datang melawat kau kat hospital. Sebab aku takut awkward je kita kan tak rapat sangat kan."

"Ehh, tak rapat ke? bukan kita tengah berbual ke ni?"

"Tak maksud aku..." Afiq berkata sambil garu belakang leher dia yang tak gatal.

"Tak apa aku faham apa yang kau nak sampaikan."potong Sarah di situ.

"Thanks doakan untuk aku masa aku sakit haritu." sambung Sarah lagi.

Afiq pandang muka Sarah lalu dia mengangguk-angguk kan kepala nya tanda sama-sama.

Tanpa mereka sedar ada mata yang memerhati mereka berdua dari jauh. Bunyi sahaja wisel tanda tamat latihan Anas terus berlari ke arah Sarah dan Afiq.

Afiq yang nampak Anas menghampiri mereka terus dia minta diri pergi dari situ.

"Dorang dah tamat latihan tu. Aku pergi dulu ya."

"Okay, thanks teman." balas Sarah.

Anas yang muncul tu terus duduk sebelah Sarah dan ambil air di plastik yang Sarah bawak tu. Yakin je kau kan Anas air yang Sarah bawa tu untuk kau.

"Korang bual apa?"

"Ohh, aku jaga air yang kau minum tu dari Afiq tadi. Dia nak rembat air kau Anas. hahahaha" Sarah berkata bersama dengan gelak kecil.

Anas pandang Sarah yang tengah ketawa tu lalu dia kata.

"Sarah lepas ni kau bawa air untuk aku je boleh?"

"Haritu aku bagi air dekat Afiq sebab kau dah ada air dari Alya. Daripada bazir baik aku bagi  dekat orang yang tak ada air lagi." Sarah luahkan kepada Anas kenapa dia bagi air dekat Afiq sebelum ni.

"Aku tak minum pun air tu."

"Ye ke? Orang dah bagi tak akan tak minum kot."

"Aku minum air yang dari pemberian kau je dan bukan dari perempuan lain." Anas berkata sambil dia pandang muka Sarah.

Belum sempat Sarah nak balas kepada kata-kata daripada Anas tu...

"Sarah mana air aku?" Iman yang muncul entah dari mana. 

Kacau je la Iman ni.

"Nah, eeii uncle ni busuk la duduk lah jauh sikit." Sarah tolak badan pakcik dia yang sandar dekat badan dia. Dah lah berpeluh saja je nak lap peluh dia tu dekat badan orang. Dasar Iman pengotor.

"Kau duduk sini kene berpeluh sekali. Aku nak share peluh aku dekat kau lah ni." balas Iman dengan ketawa galak.

"Aku jealous la tak ada orang bawakan aku air." Amir kat situ berbunyi.

"Pergi beli sendiri tak payah nak mengada." Iman tolong jawabkan.

"Dulu masa Alya bagi air dekat Anas aku dapat la jugak merasai air percuma setiap hari. Sekarang bila Alya tak bagi air dekat Anas ni tak merasa dah aku air yang best best." Amir berkata dan melepaskan keluhan yang berat. Over nya kau kan Amir bawa je la air sendiri. Ishhh.

Bila Sarah dengar apa yang Amir kata tu dia terus pandang Anas di depan dia, Anas pun pandang dia sekali. Pandangan itu hanya mereka berdua sahaja yang tahu apa maknanya. Sehinggalah Amir bersuara....

"Game lusa kau datang tak Sarah?"

"Of course. Aku nak sorak untuk pakcik aku ni. Go Uncle go Uncle. Get ready nanti uncle. hahaha."

"Kau jangan nak malukan aku ya. Tak payah la datang menyemak je kau nanti."

"Lagi uncle melarang lagi tu Sarah semangat nak datang."

"Kau jangan mengada Sarah."

"Alhamdulillah uncle aku dah kembali normal."

"Kenapa dengan Iman sebelum ni?" Soal Amir bila dia dengar balasan daripada Sarah tadi.

"Ohh pak cik aku kene sampuk dengan jin sebelum ni." balas Sarah dengan selamba.

"Iman kau kene rasuk ke? bila kau kene rasuk? kenapa aku tak tahu?" Amir soal Iman dengan dia goyang-goyangkan badan Iman.

Iman yang tak tahu apa-apa tu terus dia pandang Sarah dengan dahi berkerut.

"Apa yang kau merepek ni Sarah." Soal Iman kepada Sarah dengan nada marah.

"Jangan risau lah Amir, uncle aku kene rasuk dengan jin baik dan sweet."

Anas yang dengar perbualan tu tergelak kecil. Sarah pandang Anas yang tengah gelak tu dan dia fikir kenapa Anas berkata bergitu kepada dia tadi. Kenapa dia bagi air Alya tu kepada Amir. Kiranya Anas berkata benar la yang dia tak minum pun air tu.



AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now