Bab 25

240 10 0
                                    

Dua hari Sarah masih tak sedarkan diri dan masih bernafas dengan alat bantuan penafasan. Setiap kali dia melawat Sarah di hospital bertapa luluh nya hati Iman melihat Sarah dengan bermacam wayar di badan. Yaa ini bukan kali pertama Sarah dikejarkan ke hospital akibat daripada alahan kacang tetapi ini yang paling teruk yang Sarah pernah alami.

Iman pulang ke rumah tapi dia rasa sangat kosong. Rumah yang sangat ceria dengan suara Sarah tapi sekarang terasa sangat sunyi bila tanpa ada Sarah di rumah itu. Kakak dan abang iparnya bergilir untuk melihat keadaan Sarah di hospital.

Di malam hari Iman duduk di meja dia. Dia sekarang tak boleh nak buat apa-apa pun sebab kepala dia hanya fikir tentang Sarah. Macam mana dia nak study sedangkan Sarah sedang bertarung nyawa di hospital. Dia duduk ni pun, dia rasa bersalah kepada Sarah. Iman buntu dia perlu luahkan perasaan dia pada seseorang. Dia keluarkan telefon bimbit dia.

Iman: Anas, aku rindukan Sarah.

Anas: Aku pun.

Iman: Aku tak boleh hidup kalau Sarah tak ada Anas...

Anas: Aku pun.

Iman: Anas, apa yang perlu aku buat untuk Sarah sihat. Aku betul-betul rindukan dia. Aku nak dengar suara dia bebel.

Anas: Iman.

Iman: Ya.

Anas: Kau percaya pada kuasa doa?

Iman: Percaya.

Anas: Jadi kau doa la semoga Sarah cepat sihat. 

Bila Iman baca mesej daripada Anas tu terus dia masuk ke tandas untuk mengambil wuduk. Dia nak mengaji, solat sunat dan berdoa untuk Sarah. 

Di tikar sejadah Iman menadah tangan dan berdoa. 

"Ya Allah sesungguhnya aku seorang hambamu yang sangat kerdil yang ingin memohon kepada mu. Kau berikan la kesembuhan kepada Sarah anak saudara ku. Aku rindukan Sarah Ya Allah." Iman pejam kan mata nya dan dia teringat moment dia dengan Sarah.

"Uncle ni selalu study je cuba la layan Sarah pulak." Sarah berkata kepada Iman yang tengah sibuk belajar di meja.

"Kau bukan budak Sarah, nak suruh aku layan kau apa nya." balas Iman nak tak nak.

"Uncle tak tahu ke? perempuan ni perlukan perhatian."

"Tak tahu."

"Ishh uncle ni layan la Sarah, Sarah tengah bosan ni. Nanti Sarah merajuk lari jauh-jauh baru tahu."

"Kau nak lari mana Sarah? bilik kau depan bilik aku tu je."

Iman yang teringat moment dia dengan Sarah tu buatkan dia rasa sangat bersalah. Dia banyak kali abaikan Sarah. Dia rasa semua ini berlaku dengan sekelip mata. 

"Uncle, masakkan Sarah maggie boleh?" Sarah terjah bilik uncle dia.

"Sarah, maggie tu budak lima tahun boleh masak sendiri. Kau tu dah tua bangka pergi masak sendiri lah."

"Tapi maggie Uncle buat sedap. Air tangan Uncle yang buatkan rasa maggie tu lain daripada orang lain tahu."

"Aku malas la Sarah. Tengah malam ni kan esok je la."

Dan akhirnya sampai kesudah Iman tak buatkan maggie untuk Sarah.

Iman menangis teresak-esak di tikar sejadah. Betapa dia sedar yang dia tak pernah menghargai masa dia dengan Sarah selama ini. Dia sentiasa fikir Sarah sentiasa sihat dan akan ada bersama dengan dia. Jadi, dia selalu pertikaikan permintaan yang remeh temeh daripada Sarah. Kenapa semua ni berlaku sekelip mata.

"Ya Allah ampunkan aku sebab tak menghargai orang yang ada dekat sekeliling aku, ampunkan aku Ya Allah. Ya Allah kau sembuhkan lah Sarah, kau bawa la pergi semua kesakitan yang dia tanggung sekarang. Kau pulihkan dia seperti sedia kala." Iman berdoa dengan berjurai air mata di pipi. 

Dia rasa sangat bersalah dengan Sarah kerana dia tak pernah fikir tentang perasaan Sarah. Di kepala Iman sekarang banyak teringat moment dia abaikan permintaan Sarah walaupun apa yang Sarah request tu benda simple je. Tapi dia abaikan macam tu je. Aku seorang ayah saudara yang tak berguna kan Sarah. Maafkan aku Sarah. Maafkan aku...

"Uncle jom tengok attack on titan sama-sama nak tak?"

"Tak minat la Sarah."

"Alaaa, uncle tak tengok lagi tapi dah kata tak minat."

"Tak payah tengok pun aku dah tahu tak minat."

"Ishh uncle ni tak sporting  laa."

"Pergi ajak Anas tengok, jangan kacau aku."

"Alaaa, tapi Sarah nak dengan Uncle bukan dengan Anas."

Iman yang teringat moment tu hanya mampu mengelengkan kepala dia. Dia marah akan diri dia sendiri tapi apa je yang dia mampu buat sekarang. Dia mana ada kuasa untuk undurkan masa ubah semua tu balik.

Dia ambil telefon bimbit di sebelah sejadahnya.

Iman: Aku seorang pak cik yang tak guna kan Anas.

Anas: Kenapa kau kata gitu?

Iman: Aku selalu tak layan Sarah. Aku selalu abaikan dia. Tapi Sarah masih nak kacau aku walaupun aku layan dia macam nak tak nak je.

Anas: Iman kau tak payah fikir sangat. Lagipun memang macam tu pun cara korang bergurau kan. 

Iman: Tapi aku rasa bersalah Anas. Aku rasa aku jahat sangat dengan Sarah.

Anas: Aku yakin Sarah tak ambil hati pun. Dah tak payah fikir dah. Btw Sarah pernah kata yang dia sayang kau dan kalau boleh dia nak buat kau happy je.

Iman: Betul ke.

Anas: Yaa, setiap kali birhday kau Sarah lah yang paling excited plan nak surprise kan kau. Sebab dia nak buat kau happy. Jadi, kau jangan la sedih nanti Sarah tak suka.

Anas: Kita doa je Sarah sembuh. Jangan fikir yang bukan-bukan. 

Iman: Kau rasa Sarah akan sedar ke Anas?

Anas: Ya, Sarah tu kuat.

Iman yang baca balasan whatsap daripada Anas tu tersenyum. Ya, Sarah tu kuat.

Iman pernah rasa betapa pedihnya kehilangan orang yang dia sayang. Dia kehilangan kedua ibu bapa dia ketika dia masih kecil lagi. Tapi dia belum bersedia untuk rasa kehilangan buat kali kedua.  

"Sarah, aku sayang kau. Tolong la kuat dan terus bertahan." Iman berkata sambil melihat gambarnya dengan Sarah sebagai wallpaper di telefonnya. 









AWAN PUTIHUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum