Special Chapter 11- Jimat

190 11 0
                                    

Minggu lepas Sarah dan Anas dapat tahu jantina untuk anak mereka dan Alhamdulillah anak mereka lelaki. So, minggu ni Sarah dan Anas dah start cari barang baby. Yalah lagi dua bulan je lagi baby Soleh nak lihat dunia kan.

Sekarang ni Sarah dan Anas tengah berjalan di mall untuk beli barang baby dan juga survey harga barang baby mana lagi murah sama ada di online atau di kedai. Tengah mereka berdua tu berjalan di mall tu tiba-tiba Sarah berhenti di depan kedai emas wah chan sebab ada satu rantai leher yang sangat cantik ditayangkan di ruang pameran kaca lutsinar tu sehingga boleh dapat menarik perhatian Sarah.

"Sarah?" Anas yang tegur Sarah bila dia perasan yang Sarah dah jauh tinggal ke belakang.

"Anas, cantik gila kan rantai leher tu." Sarah tunjukkan rantai yang dia nampak cantik tu kepada Anas.

"Cantik, awak nak ke?" seperti biasa Anas yang sentiasa mengiyakan si Sarah tu, kalau benda tu tak cantik pun kalau Sarah cakap cantik auto akan jadi cantik punya lah. 

Sarah pun tengok price tag yang ada dekat rantai leher tu dan terus bulat mata Sarah bila dapat tahu harga rantai tu. Biasa lah benda cantik ni biasanya semua mahalkan.

"Mahalnya Anas RM 4599, gila lah." berkerut dahi Sarah bila tengok harga tu.

"Tu kan emas, memang lah mahal Sarah."

"Puan dan encik kalau nak cuba atau tengok rantai tu boleh lah masuk ke dalam." pekerja kedai emas wah chan tu tegur Sarah sebab dari tadi dia perasan Sarah pandang je rantai leher tu dari luar kedai.

"Is okay kami just cuci mata je. Thank you." Sarah terus tarik tangan Anas dan pergi tinggalkan kedai wah chan tu.

"Kalau awak nak tengok rantai leher tu boleh je kita pergi tengok."Anas bagi cadangan dekat isteri dia tu.

"Tak nak Anas! Motif utama kita datang mall ni sebab nak beli barang Soleh bukan untuk ibu Soleh tahu! Lagipun mahal sangat lah harga rantai tu. Dengan RM 4599 tu kita boleh beli macam-macam untuk Soleh tahu. Kita boleh beli baby car seat, stroller baby, katil baby, carrier baby, buai baby dan macam-macam lagi tahu."Sarah listkan semua benda yang dia nak beli untuk Soleh dekat Anas. 

"Duit tu kita boleh adjust Sarah."

"Tak boleh Anas! kita kene berjimat cermat tahu dengan ekonomi tak menentu sekarang ni. Tak boleh tak boleh! Lagipun kita dah janji kan Anas nak jadi parent yang terbaik untuk Soleh so first step dia ialah kita kene berjimat cermat lah Anas."

"Betul ni awak tak menyesal tak nak tengok rantai leher tu?" soal Anas sambil dia peluk bahu Sarah dan pandang mata Sarah dekat sebelah dia tu.

"Betul! Saya lebih excited nak cari barang Soleh berbanding dengan rantai leher tu Anas." Sarah balas soalan suami dia tu dengan senyuman manis sekali.

"Okay, jom kita cari barang Soleh."

"Jommmm."

Esoknya.....

Anas whatsap Sarah harini yang dia kemungkinan balik lambat. So, Sarah pun okay je sebab Anas tu memang selalu balik kerja lambat. Jadi dia dah terbiasa dengan duduk rumah sorang sampai malam. Nak buat macam mana kan dapat suami yang sibuk so hadap je lah. Sekarang ni Sarah tengah hidangkan lauk untuk makan malam di meja makan. Tengah dia sibuk hidangkan makanan tu tiba-tiba Anas balik. 

"Anas kebetulan awak balik dan saya dah siap masak. Jom lah makan sama-sama." ajak Sarah.

Anas hiraukan Sarah yang tengah susun makanan dekat atas meja makan tu dan dia terus duduk di sofa ruang tamu rumah mereka tu. Anas letakkan bag kerja dia tu di sebelah dia dan dia singsing lengan baju kemeja dia dan terus Anas sandarkan badan dia di sofa tu.

AWAN PUTIHWhere stories live. Discover now