S || 05

3.7K 168 8
                                    

.....

PAGI itu, Aryssa mendongak memandang bangunan serba gah di tengah Kota Metropolitan itu. Dia tahu dia telah membuat satu keputusan gila hadir ke syarikat milik ayahnya. Tapi dia kesah apa? Lambat laun syarikat itu tetap akan menjadi miliknya dan abang-abangnya jua.

Masuk sahaja kaki ke pintu masuk Eldrin's Architect. Banyak mata-mata memandang ke arahnya. Aryssa sekadar memberi senyuman kepada para pekerja ayahnya.

"Siapa tu? Cantiknya?"

"Client baru kut?"

"Weyh, cantiknya. Kalau aku ajak dia couple dengan aku okay tak?"

Dan banyak lagi pujian dilemparkan kepadanya dan Aryssa hanya mengendahkan segala bisikan pekerja ayahnya kepadanya. Itu baru permulaan. Dan dia akan pastikan semua orang tahu bahawa, Tan Sri Eldrin Shah, sebenarnya ada tiga orang anak kandung yang tidak diketahui oleh sesiapa.

Pada masa yang sama, ada dua mata memerhati Aryssa masuk ke bangunan itu. Bibirnya naik menyungging senyum sinis sebelum kakinya perlahan melangkah keluar dari kafeteria.

•••••

TING!

Aryssa melangkah keluar dari elevator yang dinaikinya. Mata meliar melihat suasana pejabat ayahnya itu. Sunyi. Kaki terus melangkah mencari satu nama yang ingin dia jumpai sebaik tiba di Malaysia.

Melihat nama yang tertera di hadapan pintu bilik, segera dia menanggalkan cermin mata hitam yang terletak di batang hidungnya. Bibir tarik mengukir senyuman kepada figura di hadapannya.

"Hai. Saya nak jumpa dengan Haykal Adzriq. Dia ada?"

"Ouh, nak jumpa Encik Haykal. Tapi Cik, ada buat temu janji sebelum datang ke sini? Sebab saya tak boleh nak beri Cik masuk kalau tiada temu janji." jelas wanita itu menerangkan protokol syarikat mereka.

Belum sempat Aryssa ingin berkata, bicaranya dipotong oleh seseorang. Dia berpaling memandang figura yang di sisinya.

"Kenapa Kak Sya ? Ada masalah ke?" tanya figura itu.

"Hmm, tak ada masalah, Encik Haykal. Cuma saya baru aje tanya dia yang dia ada buat temu janji ke belum sebelum berjumpa Encik Haykal?" kata wanita itu yang bernama Sya atau nama sebenarnya Aisya.

Haykal berpaling memandang figura yang berada di sisinya. Bibirnya naik menyungging senyum sinis.

"It's okay, Kak Sya. Lepas ni, kalau perempuan depan Kak Sya ni datang sekali lagi. Akak biarkan aje dia masuk bilik saya. Saya ada atau tak, beri dia masuk okay." arah Haykal.

Kak Sya mengangguk kepala akur. Meski, dia agak terkejut dan tertanya. Dia takkan sesekali masuk campur hal majikannya.

"Kalau macam tu saya masuk dulu," Haykal terus berlalu masuk ke biliknya.

Aryssa memerhati figura sepupunya dengan riak wajah yang menyampah. Dari dulu hingga sekarang, sepupunya itu langsung tak pernah berubah.

"Akak nak tanya... Boss akak tu, poyo ke?"

"ARYSSA ELENNA!"

Aryssa Where stories live. Discover now