A || 01

8.2K 252 5
                                    

Happy reading !
.....

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT

SUASANA balai ketibaan sesak dengan orang ramai yang baru sahaja mendarat ke tanah air. Tambah pula, dengan para pengunjung yang datang ingin menjemput anak atau sanak saudara mereka di balai pelepasan, menambahkan kesesakan.

Kaki melangkah tenang menuju keluar dari balai pelepasan bersama troli bagasi miliknya. Anak mata yang terselindung di sebalik kaca mata hitam itu, melingas memerhati sekeliling kawasan airport. Melihat suasana yang agak asing menyapa pandangan matanya membuatkan bibirnya mengukir senyum kelat.

Siapa sangka setelah sepuluh tahun berlalu. Akhirnya, dia memberanikan diri untuk menjejakkan kaki di tanah air semula?

Mata meliar mencari figura yang menjemputnya hari ini. Beberapa minit berlalu, melihat figura yang menjemputnya belum tiba. Hatinya mula berdongkol geram.

Baru bibir hendak meluahkan rasa marah. Kedengaran deringan telefon pintar di tangan. Segera mata melihat nama yang tertera di skrin telefon pintar. Melihat akan nama itu menambahkan keyakinannya bahawa figura yang menelefonnya akan memohon maaf kepadanya kerana belum tiba.

"Aryssa!" Lantang suara itu menyapa gegendang telinganya.

Aryssa menjauhkan sedikit telefonnya dari telinga. Hampir saja telinganya jadi pekak kerana jeritan padu rakannya. Haih, nasiblah dapat kawan suka cakap sambil menjerit begini.

"Athrien! Slow down your voice please? Aku belum pekak lagi la!" dengusnya.

"Hehehe, sorry-sorry. Aku sebenarnya call kau nak bagi tahu yang aku tak dapat ambil kau hari ini." ujar Athrien dengan nada sedihnya.

"What?" Kuat suara Aryssa menjerit hingga menarik beberapa orang pengunjung yang berada di situ.

Aryssa sedar akan keterlanjurannya terus menunduk meminta maaf. Pantas tangan menolak troli bagasi mengatur langkah jauh dari situ.

"Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal, Athrien! Kau tahukan aku tak biasa dengan suasana Malaysia. Kau ini, memang buat gila la! Then... Siapa yang jemput aku?" Ketap bibir Aryssa menahan amarahnya dari meletus. Dia memandang suasana sesak di balai pelepasan itu. Walaupun dia memang berasal dari darah tanah melayu tapi,

Urgh!

"Aku tahulah. Sebab tu, aku nak cakap yang aku on the way tapi lambat sikit la. Aku tengah stuck dalam traffic jam." kata Athrien mengusik rakannya.

Manakala, Aryssa seakan mahu menggeletek rakannya itu tika ini. Sengaja buat dia susah hati! Sudahlah dia belum biasa dengan suasana Malaysia setelah sepuluh tahun tidak pulang ke tanah air.

"Nasib mood aku baik. Kalau tak, memang padan muka kau kena belanja aku makan."

"Eh, asal pulak? Kau la belanja aku. Tak apa, kau tunggu dalam lima belas minit lagi. Aku sampai terus bawak kau pergi makan tempat paling mahal. Tak kira. Kau belanja aku juga! Titik!"

Tak sempat Aryssa mahu membalas, panggilan tadi telah ditamatkan oleh Athrien. Terlepas tawa nya mendengar kerenah kebudak-budakan Athrien. Dan rasanya sudah lama dia sudah ketawa seperti ini.

Dia memandang sekeliling KLIA. Sepuluh tahun berlalu. Tiada apa yang berubah kecuali suasana KLIA yang kian sesak. Kali terakhir, dia di sini pun selepas majlis akad nikah ayahnya bersama seorang janda anak satu. Kemudian, dia dan abang - abangnya buat keputusan untuk pindah ke luar negara kerana tidak mahu masuk campur hal urusan keluarga baru ayahnya.

Aryssa Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora