Y || 29

2K 97 0
                                    

.....

ASHRAFF termenung. Mindanya mula merewang perbualannya bersama Haykal dan Bella tengahari tadi.

"Hah, Raf. Seorang aje? Rys mana?" tegur Tuan Edward.

Tersentak Ashraff ditegur begitu. Matanya memandang wajah Tuan Edward yang duduk di sofa tunggal.

"Rys ada dekat dapur. Tengah siap makan malam. Nenek mana?" soalnya semula. Bertanyakan keberadaan Ku Aminah.

Tuan Edward ukir senyum.

"Ada dekat dapur. Sama la siapkan makan malam." balas Tuan Edward.

Ashraff mengangguk kepala perlahan. Kenapa mereka masih di main villa? Itu adalah kerana Aryssa yang mahu menetap di sini sementara atuk dan neneknya berangkat semula ke Italy. Akmal dan Danisya turut berada di main villa tapi mereka berdua rajin keluar.

"Raf..."

Ashraff tersedar dari lamunan terkejut dengan panggilan dari Tuan Edward. Mata memandang wajah tua Tuan Edward.

"Ya, tuk. Kenapa?" jawab Ashraff.

Melihat raut wajah terkejut Ashraff, terlepas tawa kecil Tuan Edward. Kerut dahi Ashraff melihat Tuan Edward.

"Kenapa atuk gelak?"

"Kamu tu... Sebiji macam atuk masa muda dulu. Haih, kalau la atuk dapat putarkan masa balik. Mesti kau orang semua bahagia tanpa ancaman kan?" ujar Tuan Edward seolah kesal dengan keputusannya dahulu.

Ashraff kerit dahi pelik. Tak faham maksud yang dikatakan oleh Tuan Edward.

"Tanpa ancaman? Maksud atuk?"

Terkejut riak wajah Tuan Edward mendengar soalan Ashraff. Matanya tajam memandang dalam anak mata Ashraff. Dia yakin, pasti anak muda ini tidak tahu menahu tentang sejarah hitam keluarga ini.

"Rys tak cerita dekat kamu?" soal Tuan Edward.

Ashraff geleng kepalanya perlahan. Hampir seminggu dia dan Aryssa berkahwin. Rasanya belum pernah lagi, Aryssa ceritakan apa-apa padanya.

"Tapi, tengah hari tadi. Haykal dengan Bella..."

"You... Atuk! Jom makan. Semua dah siap." ajak Aryssa.

Tuan Edward tidak banyak bicara, angguk kepala lalu bangun dari sofa tunggal. Ashraff terpinga. Matanya memandang wajah Aryssa.

"Lepas makan jumpa I dekat gazebo." kata Aryssa lalu melangkah pergi ke dapur.

Ashraff diam. Matanya memerhati belakang figura Aryssa. Melihat gadis itu seperti bersedia buka hendak bercerita membuatkan dia kian teruja.

•••••

Flashback

Tengah hari itu, Ashraff seakan terkejut dengan cerita yang disampaikan oleh Bella dan Haykal. Sungguh, dia tak tahu bagaimana hendak mereaksikan dirinya.

"Aku tahu kau terkejut. Tapi... Sorry, kami terpaksa. Memang mula-mula aku nak bagi tahu kau tapi Kak Fa larang." kata Haykal.

Aryssa Where stories live. Discover now