A || 11

2.7K 138 0
                                    

.....

SEPERTI yang dipesan oleh bondanya. Ashraff pulang awal dari hari-hari sebelumnya.

Melihat adik perempuannya santai duduk menonton televisyen tanpa menolong bondanya membuatkan dahinya berkerut pelik. Selalu suara bonda akan menjerit memarahi gadis itu kerana tidak menolongnya.

Tapi hari ini?

"Sha, kau tak tolong bonda dekat dapur ke?" sergah Ashraff.

Arsha khusyuk menonton televisyen terkejut dengan teguran abangnya. Dia berpaling memandang figura abangnya berdiri tegak di belakang sofa tempatnya duduk.

"Angah ni.... Terkejut Sha. Lain kali masuk rumah bagi salam. Bukannya main sergah macam tu. Tolong bonda? Erm, awal - awal lagi bonda dah larang Sha tolong dia. Katanya nak masak khas untuk along sekeluarga."

Kini, Ashraff faham kenapa adik perempuannya itu tidak menolong Tengku Syahirah. Rupanya, wanita itu sudah halang adik perempuanya dari masuk ke dapur.

"Tak apalah. Kalau macam tu, angah masuk bilik dulu. Nanti along dah sampai. Panggil angah, okay." Sempat Ashraff berpesan sebelum kakinya melangkah naik ke atas.

Arsha membalas mengangguk tanda okay.

•••••

"ASSALAMMUALAIKUM!"

Tengku Syahirah sibuk menghidangkan makanan, ukir senyum lebar apabila telinga mendengar suara orang memberi salam. Kakinya laju melangkah ke pintu hadapan. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia teruja dengan kepulangan anak sulungnya itu.

"Wa alaikumsalam! Arfa! Rindunya bonda dekat Arfa!" Tidak sempat hendak mengajak masuk. Tengku Syahirah menarik tubuh anak perempuannya ke dalam pelukannya.

Tengku Arfa membalas pelukan ibundanya yang tercinta. Lima tahun berpisah membuatkan dia rindu akan suasana keluarganya.

"Along pun rindu dekat bonda juga!" Popi Tengku Syahirah dikucupnya sepuas yang mungkin. Rindu ini, rindu yang tidak dapat dia luahkan.

"Along apa khabar? Sihat? Edrian mana? Cucu - cucu bonda?" soal Tengku Syahirah sebaik meleraikan pelukan anak sulungnya. Wajah Tengku Arfa dipandangnya lama.

"Alhamdulilah, along sihat, bonda. Edrian pun sama sihat. Cucu - cucu bonda pun sama sihat. Bonda jangan risau. Kami semua sihat. Malah tak sabar nak jumpa bonda." kata Tengku Arfa teruja.

Temgku Syahirah yang dengar kata bicara anak sulungnya itu mengukir senyum lega. Sekurangnya, kepulangan anak menantu bersama cucunya membawa satu kerahmatan kepadanya.

"Nenek!" jerit satu suara yang tidak asing dipendengaran telinga Tengku Arfa.

"Dayyan! Mia! Be careful!" jerit Edrian di belakang. Walaupun isterinya ada. Dia tetap risau kerana anak - anaknya itu boleh tahan nakalnya.

"Ya Allah! Cucu nenek! Rindu nenek dekat kau orang berdua." Tengku Syahirah yang melihat dua orang cucunya lari ke arahnya segera mendepa luas kepada cucu-cucunya itu.

Aduhai, rindu betul pada cucu - cucunya.

"Kami pun rindu nenek!" ujar Dayyan sebaik berada di dalam pelukan Tengku Syahirah.

Aryssa Where stories live. Discover now