Y || 03

4.1K 188 5
                                    

.....

"KAU yakin ke, yang daddy kau masih stay dekat sini?" Athrien bertanya. Matanya menjenguk liar memandang suasana rumah agam itu.

Aryssa diam. Dia juga tidak pasti jika ayahnya tinggal di sini atau tak? Tapi yabg pasti dia rindu suasana ceria rumah agam itu. Kalaulah, mummynya masih hidup.

"Eh-eh, pintu pagar terbuka la."

Serentak itu, terundur sebuah kereta BMW 5 series berwarna putih keluar dari rumah agam itu lalu memecut laju meninggalkan kawasan perumahan mewah.

Aryssa memerhati kereta mewah itu berlalu pergi dari situ. Bibirnya tarik mengukir senyum sinis.

"Jom." ajak Aryssa seraya membuka seat belt yang melilit tubuhnya.

Athrien keliru. Namun tangannya tetap menanggalkan seatbelt seperti yang diarahkan oleh Aryssa. Melihat suasana sunyi kawasan perumahan mewah itu menambahkan rasa ketakutan pada dirinya. Laju kakinya melangkah dekat ke arah Aryssa.

"Kau yakin ke?" soal Athrien buat sekian kali. Takut - takut dirinya hendak mengikuti Aryssa. Risau dituduh pencuri aje nanti.

Aryssa memandang kilas wajah Athrien yang ketakutan itu. Tanpa hiraukan soalan Athiren. Jari runcingnya lurus menekan loceng rumah agam itu. Selang beberapa minit kemudian, keluar seorang perempuan dalam usia 60 an.

Melihat melihat perempuan berusia itu, masih hidup dan bekerja di rumah agam itu. Lebar bibir Aryssa mengukir senyum manis.

"Ya, cari siapa?"

"Maaf, ini rumah Tan Sri Eldrin ke?" Aryssa bertanya tenang. Meskipun, dia sudah tahu bahawa rumah ini tetap milik ayahnya.

"Ya. Ni rumah Tan Sri Eldrin. Kenapa? Kamu ada urusan dengan dia ke?" soal pembantu rumah itu.

"Ya. Saya ada urusan peribadi dengan dia. Tapi sebelum saya lupa. Saya nak kenalkan diri. Saya Aryssa Elenna."

Wajah pembantu rumah itu seakan terkejut. Lantas pintu pagar kecil yang berada di pintu pagar utama itu dibukanya tergesa-gesa lalu melangkah dekat ke arah gadis bernama Aryssa.

Wajah gadis itu direnungnya lama.

"Aryssa?"

"Ya, Cik Mah. Cik Mah dah lupa Aryssa ke?" ujarnya dengan nada yang sebak. Bibir mengukir senyum kepada insan yang dia rindui selama sepuluh tahun.

"Ya Allah, Aryssa! Cik Mah rindu kamu, Rysa! Sepuluh tahun Cik Mah tak jumpa kamu. Tak sangka kamu makin cantik!" puji Cik Mah. Tubuh Aryssa ditarik ke dalam pelukannya.

Aryssa ketawa kecil. Tangannya naik membalas pelukan Cik Mah. Dia juga rindukan wanita itu. Terlalu rindu. Sepuluh tahun berpisah. Banyak perkara yang berlaku sepanjang kehidupannya.

"Eh, kita buat drama dekat sini kenapa? Jom la masuk! Cik Mah rindu nak borak dengan kamu! Jom, jom!" ajak Cik Mah. Pelukan segera dileraikan.

Namun, belum selangkah Cik Mah masuk ke rumah. Tangannya dihalang. Cik Mah berpaling memandang wajah Aryssa.

"Kenapa?" Berkerut wajah tua itu memandang Aryssa.

"Ermm, daddy ada?" Aryssa bertanya, perlahan. Meskipun, dia tahu bahawa lelaki bergelar ayah itu tiada di rumah. Dia tetap mahu bertanya untuk memastikan bahawa lelaki itu tiada di rumah.

Cik Mah diam. Namun, tidak lama selepas itu, kepalanya di geleng perlahan.

"Tan Sri dah dua hari tak balik. Kali terakhir, Cik Mah jumpa dia, dua hari lepas. Dia beritahu Cik Mah yang dia ada outstation dekat luar."

Aryssa Where stories live. Discover now