A || 37

1.8K 91 0
                                    

.....

HARI ini merupakan hari kenduri yang diadakan oleh Tengku Syahirah memandang wanita itu bersama suami hendak berangkat ke Mekah dalam masa seminggu akan datang. Aryssa juga tidak turut ketinggalan menolong majlis keluarga mertuanya.

"Hai Rys!" tegur Azira, mesra.

"Hai!" balas Aryssa perlahan sambil memotong sayur.

Melihat Aryssa senang melakukan kerja di dapur membuatkan dia cemburu. Yalah, gadis itu anak bangsawan tapi pandai tolong buat kerja dapur. Tapi dia?

"Hah, Zira? Datang nak tengok dapur aje ke?" perli Tengku Arfa.

Azira berpaling lalu menayangkan sengih.

"Macam tak biasa pula, Kak Fa. Lagipun, Zira ingat nak bawa lari isteri Raff kejap. Melepak. Tapi tu la, dia tengah buat kerja pula." cemik bibir Azira berkata.

Aryssa diam melakukan kerja. Dia faham maksud Azira. Tak lain, tak bukan pasti mahu membawang dengannya. Maklumlah, dia kan sepupu kesayangan Mikaeyl kerana tu juga wanita itu mahu berbual dengannya.

"Alaa, Kak Zira. Nanti Kak Rys settel buat kerja, akak culik aje la. Sekarang tak boleh, cik abang perhati." usik Arsha bersama tawa kecil.

Aryssa cuba kerling memandang Ashraff yang berada di luar halaman sana. Dia tidak tahulah Ashraff memang sengaja duduk melepak situ atau apa? Tapi sumpah, dia rasa tak selesa bila lelaki itu terus merenung seperti hendak terkam.

"Aww, so sweet pengantin baru ni! Tak cukup pandang pandang. Baju pun warna sedondon. Nak kata raya? Rasanya raya dah lepas, bila masa you dua bila baju ni?" soal Azira mengusik.

Arsha yang dengar usikan itu terus sama ingin tahu. Dia sebenarnya sudah sedar saat abang dan kakak iparnya datang ke rumah tapi dia nak malas menegur.

"Erkkk... Entah? Rys main ambil aje baju dalam wardrobe. Tak sangka pula sama warna," semudah ABC Aryssa memberi jawapan kepada mereka.

"Arghh, nevermind. Mood pengantin baru memang macam ni. Sweet memanjang. Dah lah I nak ke depan kejap. Tengok my baby!" Laju kaki Azira melangkah pergi dari dapur.

Aryssa memerhati tingkah Azira, geleng kepala perlahan. Ni kalau orang tengok pun tak dapat agak bahawa Azira bukan seorang ibu.

•••••

"EH, awak nak ke mana? Siap baju melayu bagai. Nak kahwin lain ke?" sindir Puan Sri Amylia pedas seolah memakan diri sendiri.

Tan Sri Eldrin yang baru melangkah keluar dari rumah, hanya menggeleng kepala dengan sifat buruk sangka isterinya. Belum apa-apa, isterinya dah tuduh begitu. Berbeza sungguh dengan arwah isterinya, Puan Arina.

"Awak jangan nak mengarut boleh tak, Amylia? Saya nak ke rumah besan saya. Dia ada buat majlis makan-makan. Kenapa? Tak boleh?"

"Yalah tu pergi rumah besan. Entah pergi rumah madu saya kan?" Berang wajah Puan Sri Amylia memandang wajah suaminya.

"Ikut suka awaklah, Amylia. Kalau betul saya nak ke rumah madu awak pun, bukan awak kesah pun kan? So, apa hak awak nak marah saya? Awak yang bagi izin." balas Tan Sri Eldrin.

Sudah lama dia tahan kemarahan kepada isterinya itu. Walaupun Amylia adalah kakak kepada arwah isterinya apa dia pedulikan. Dia hanya cinta mati kepada arwah isterinya sejak dari dulu lagi.

"Eh, pandai awak melawan eh? Dulu nak marah saya pun tak berani. Tapi sejak anak-anak awak balik. Terus awak pandai melenting. Kenapa? Dah terhasut dengan anak-anak kesayangan awak?"

Merengus perlahan Tan Sri Eldrin apabila nama anak-anaknya menjadi pergaduhannya dan isteri. Baginya kehadirannya ke sana bukan kerana anak-anaknya tapi dirinya sendiri. Kalau boleh dia tak mahu lepaskan peluang untuk berbaik dengan anak-anaknya.

Aryssa Where stories live. Discover now