R || 41

1.7K 84 0
                                    

.....

PARA wartawan sudah siap duduk di tempat tersedia. Laptop, kamera serta telefon bimbit sudah siap sedia untuk merakam detik-detik sejarah mereka.

Pintu utama dibuka luas. Wajah Tuan Edward menyapa pandangan mereka lalu diikuti anak-anak, menantu serta cucu-cucunya di belakang.

Para wartawan tak mahu melepaskan moment iru, terus mengambil gambar. Aryssa yang berada di belakang hanya redha kerana dia yakin, pasti gambarnya paling banyak antara sepupu sepapat yang lain.

"Hello. Testing, testing. Okay, mari kita mulakan sidang media kita pada hari ini. Tuan," ucap pengacara majlis itu memulakan bicara.

Tuan Edward angguk kepala faham. Dia memandang wajah cucu-cucunya yang duduk di tempat tersedia.

"Terima kasih pada yang hadirin yang hari ini. Hari ini seperti yang saya war-warkan. Saya akan memperkenalkan semua waris-waris saya kepada anda semua." ucap Tuan Edward.

Tiba-tiba seorang dari mereka mengangkat tangan tinggi.

"Yes?"

"Apa maksud Tuan dengan waris? Bukan Tuan kata Tuan sudah tentukan waris Tuan kepada cucu sulung Tuan, Darwish Azfar?"

Tuan Edward senyum. Dengan senang dia menjawab soalan tersebut.

"Seperti yang awak semua tahu, Darwish sudah semestinya waris sulung saya memandang dia adalah anak kepada anak sulung saya, Edry untuk mengambil alih Edward Foundation. Tambahan, press conference hari ini bukan berkaitan waris syarikat tapi lebih kepada memperkenalkan cucu-cucu saya memandang ramai tidak mengenali mereka."

"Maksud, Tuan?"

"Darwish."

Darwish dengar arahan datuknya terus berdiri ke hadapan.

"Hai! Assalammualaikum. Saya Darwish Azfar Bin Edry Edward. Cucu sulung waris Edward." Darwish terlebih dahulu memperkenal diri.

Kemudian, di ikuti Haykal kerana beliau merupakan anak bongsu Edry.

"Saya Haykal Adzriq Bin Edry Edward
Cucu kelima pewaris Edward."

Semua wartawan di situ mula terkejut. Kelima?

"Harraz Mikael Bin Ehsan Edward. Cucu ketiga pewaris Edward."

"Assalammualaikum. Saya Hafiey Mikaeyl Bin Ehsan Edward. Cucu keenam pewaris Edward."

"Akmal Luqman Bin Emran Edward. Cucu ketujuh pewaris Edward."

"Hai! Saya Nur Nabella Binti Edhan Edward. Cucu kelapan pewaris Edward."

Semua wartawan mula berbisik sesama sendiri. Mereka merasakan ada sesuatu tidak kena memandangkan ada kekosongan di situ. Salah seorang wartawan mula mengangkat tangan.

"Iya?"

"Maaf menganggu. Tapi saya nak tahu ke semua cucu Tuan ada di sini ke? Kerana semua anak-anak cucu Edward sudah diperkenalkan. Tapi nana anak-anak Eldrin? Bukankah dia ada seorang anak bersama Puan Sri Amylia? Dan kenapa cucu Edward yang kedua dan keempat tiada di sini? Dan siapa mereka berdua? Kenapa Aryssa boleh berada di sini? Apa kaitannya dengan Edward?" tanya wartawan itu bertubi-tubi.

Aryssa حيث تعيش القصص. اكتشف الآن