S || 47

1.8K 74 0
                                    

.....

MERINGIS sakitnya apabila terasa pipi di tampar dengan kuat. Matanya perlahan mencelik luas. Berkali-kali juga dia mengerdip matanya sebelum dia buka mata dengan normal. Terkejut dirinya apabila wajah Aryssa berada di hadapannya.

"Dah bangun?"

Puan Sri Amylia memandang wajah anak tirinya lalu beralih ke arah beberapa orang yang berada di situ. Matanya tertancap pada Lara seakan tidak sedar diri di atas katil. Pakaian yang dipakai oleh Lara, cukup membuatkan dia hampir termuntah.

"Mesti kau tertanya, macam mana kau boleh ada dekat sini kan?" soal Aryssa. Sengaja memanaskan hati Puan Sri Suraya.

Punggung dilabuh di atas sofa kembar dua bersebelahan suaminya. Bella, Akmal, Haykal dan Mikaeyl turut memandang Puan Sri Amylia dengan pandangan sinis.

"Apa kau nak cuba buat dekat aku. Aku ni ibu tiri kau! Isteri kepada ayah kau! Kenapa kau sanggup buat aku macam ni?" jerit Puan Sri Amylia, nyaring.

Aryssa ketawa besar. Ibu tiri? Dia tak salah dengarkan.

"Setahu aku ibu tiri ni ada banyak kategori tau, tapi kau salah satu kategori paling bawah sekali. Kau nak tahu apa? Kau ibu tiri paling jijik yang aku pernah dengar. Ew, dah la tua. Nafsu kuda pula tu. Jijik aku nak tengok video kau la! Apa la agaknya reaksi daddy dengan Annissa kalau dia orang tengok video tu eh?" Serentak itu, television di hadapan mereka menayangkan video aksi ranjang Puan Sri Amylia bersama Aariz dan Adam.

Sungguh loya tekak mereka melihat aksi yang mengaibkan itu.

"M-mana, mana kau dapat video tu! Kau jangan sesekali cuba hantar dekat Annissa! Aku akan pastikan yang Annissa benci kau! Sebab kau, mama dia mati."

"Dan sebab kau, mummy aku mati! Eh, apa kau nak sangat harta arwah nenek bagi dekat mummy hah?! Dasar tamak. Kau bukan kakak yang selayaknya untuk mummy aku. Ergh, aku sendiri pun tak nak mengaku kau mak cik aku." jijik Aryssa mahu berkata begitu.

Puan Sri Amylia memandang wajah anak tirinya. Seakan tidak percaya bahawa anak tirinya itu sudah mengetahui rahsia di sebalik dendamnya

Ya, dia hanya mahu harta yang diberi oleh nenek sebelah ibunya yang sudah jatuh takhta kepada adiknya, Arina. Sangkanya lepas membunuh adiknya. Dia dapat harta itu namun gagal kerana adiknya sudah membahagi harta itu kepada ketiga-tiga anaknya.

"Kalau mummy kau tu dengar cakap aku dari awal, hidup kau dengan abang-abang kau akan aman. Bapak kau pun aku tak kacau la!"

"Biy, tengok tu... Dah nak hujung-hujung pun tak taubat lagi. Apa nak jadi la." Geleng kepala Aryssa melihat ibu tirinya masih tak mahu kalah.

Ashraff memandang Puan Sri Amylia sinis. Kalau ikut rancangan mereka, mereka mahu membunuh Puan Sri Amylia dan Lara hari ini kerana tahu tiada apa untuk mereka simpan. Tapi Aryssa melarang.

Katanya mahu membunuh mereka berdua serentak dengan Aariz dan Adam.

"Hari ini kau selamat, Amylia. Esok lusa aku tak tahu apa ajal kau, lagipun aku tak sabar nak tengok reaksi Annissa bila tengok mak dia bernafsu kuda macam tu, mesti dia jijikkan."

"Kau jangan melampau, Aryssa Elenna. Aku akan pastikan yang kau mati dibunuh. Kau tunggu!"

Aryssa bangun dari duduknya. Kaki melangkah dekat ke arah Puan Sri Amylia. Pisau rambo yang berada di atas meja diambilnya. Lalu diletak ke wajah Puan Sri Amylia. Mata Puan Sri Amylia jelas terkejut dengan ketajaman pisau tajam itu menyapa matanya.

Aryssa Where stories live. Discover now