A || 07

3.5K 152 5
                                    

.....

DUA hari berlalu dengan jayanya. Dan sepanjang dua hari itu, Aryssa hanya duduk tanam anggur di rumah rakan baiknya, Athrien. Mahu bekerja, abang-abangnya sudah memberi amaran kepadanya agar tidak pergi ke mana-mana syarikat untuk bekerja. Maka, dia dengan rela hati mengorbankan masanya yang tidak berfaedah.

"Kau menung apa? Macam jauh aje fikir?" tegur Athrien sambil membawa dua mug yang berisi air coklat.

Aryssa segera mencapai mug yang sudah dibancuh oleh Athrien. Air coklat itu dicicipnya sedikit sebelum bibir memulakan bicara.

"Mana ada aku menung apa - apa. Cuma aku bosan. Tak ada apa yang aku boleh buat? Ya la, aku nak kerja. Tapi... Abang aku tak bagi." keluh Aryssa.

"Dah tu... Kau patut bersyukur tau yang kau masih ada dua abang yang bagi kau duit. Dari aku? Family pun tak ada." ujar Athrien sedih.

Aryssa memandang wajah Athrien yang tiba - tiba saja masuk emosi sedih. Namun, dia tak salahkan Athrien jika gadis itu bersedih. Sepanjang perkenalannya dengan Athrien, gadis itu memang tabah hidup di muka bumi ini. Meski, hanya seorang diri. Tengoklah gadis itu sekarang. Sudah berjaya dengan kejayaannya sendiri.

"Eh, dari kita bersedih macam ni. Jom keluar nak? Aku pun bosan sebenarnya." ajak Athrien. Hilang rasa sedihnya apabila mengajak Aryssa keluar.

Baru sahaja Aryssa hendak bersetuju dengan ajakan rakannya. Tiba - tiba telefon pintar miliknya berdering. Pantas dia melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.

"Siapa call ?"

Aryssa menjungkit bahu tidak tahu kerana nombor itu tiada di dalam simpanannya.

"Aku loud speaker," ujar Aryssa memberi cadangan. Risau juga jika ada sesiapa cuba menipunya.

"Okay." Memang sudah menjadi kebiasaannya, mendengar perbualan Aryssa jika nombor itu bukan dari simpanannya.

"Hello?" sapa Arysa terlebih dahulu.

"Rys? Ni kau kan, Aryssa?" soal pemanggil itu.

Aryssa memandang wajah Athrien. Dari suara pemanggil. Mereka seperti kenalan siapa yang menelefonnya.

•••••

TEPAT pada pukul dua petang. Aryssa melangkah masuk ke cafe terkenal. Matanya melilay mencari seseorang yang ingin berjumpa dengan dirinya.

"Rysa!" jerit seseorang.

Dengar akan jeritan itu, pantas Aryssa melangkah ke arah figura yang memanggilnya. Kerusi kosong ditariknya ke belakang.

"Sorry lambat. Traffic jam." ujar Aryssa memberi alasan.

"Tak apa. Aku pun baru sampai. Pesan la." Tidak tunggu lama, Aryssa terus memesan minumannya.

"Hmm, kenapa nak jumpa? Bukan kau dekat Italy ke?" soal Aryssa. Pelik. Bila masa lelaki ini tiba di Malaysia pun dia tidak tahu.

Izzat menarik bibir sengih. Dia tahu Aryssa pasti pelik dengan kehadirannya di sini.

"Lama dah, dalam dua bulan lepas? Lagipun, aku balik Malaysia bukan sebab kau tapi sebab lain." ujar lelaki itu memberitahu.

Berkerut dahi Aryssa mendengar bicara lelaki itu.

"Maksud kau?"

"Annissa,"

Bulat mata Aryssa mendengar nama Annissa meniti di bibir Izzat.

"Kau kenal dia? How? Setahu aku, dia tak ada kawan lelaki. Tapi macam mana kau.."

"Ya, aku tahu, Rys. Tapi sekarang, akulah kawan dia atau lebih specifik, boyfriend dia. Hmm, nak lebih kau faham. Kiranya aku ini scandal dia lah."

Aryssa Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin