A || 06

3.5K 165 6
                                    

.....

ARYSSA khusyuk berbual dengan Haykal, terkejut dengan kehadiran dua figura yang duduk di hadapan serta sebelahnya. Matanya memandang wajah Mikaeyl meminta perjelasan. Bukankah mereka berjanji hendak makan tengahari bertiga hari ini?

"Sorry, aku terpaksa ajak sepupu aku ni. Kalau tak, sampai ke sudah dia tak makan." ujar Mikaeyl sekaligus mengutuk Ashraff.

Bulat mata Ashraff mendengar kutukan sepupunya itu. Dasar Mikaeyl.

"By the way, kenalkan Ashraff. Aryssa. Dia sepupu aku sebelah mama aku," Mikaeyl memperkenalkan Ashraff kepada Aryssa.

Aryssa senyum sambil mengangguk kepalanya. Siapa sangka, lelaki ini berkait rapat dengan dua sepupunya.

"Kita dah pernah berjumpa sebelum ni kan?" soalan Ashraff menyentak dua sepupu itu.

Pernah berjumpa?

"Jumpa dekat mana?"

"Macam mana kau boleh terserempak dengan dia, Raff?" soal Mikaeyl. Riak wajahnya seakan tidak percaya bahawa dua sepupunya itu pernah berjumpa.

"Ish, kau orang berdua ni. Kalau tak banyak soal tak boleh ke? Rimas lah."

"Nak protective sikit pun tak boleh." kata Haykal.

"Haah, lepas ni dia ajak keluar. Lantak dia! Aku tak nak teman." Mikaeyl mengeluarkan ayat-ayat merajuknya.

Aryssa menggeleng kepala melihat perangai sepupunya itu. Makin menjadi-jadi sifat protective dan mengada dua sepupunya sejak mendapat berita dia pulang ke tanah air.

"Sorry. Kalau you tak selesa dengan sepupu-sepupu I. Dia orang memang macam ni sikit tapi I macam mana you boleh berkawan dengan dia orang eh? Tak sakit kepala ke nak melayan?" tanya Aryssa, selamba. Sikit pun tiada rasa bersalah kepada dua sepupunya itu.

"Entahlah. I pun tak tahu macam mana I boleh berkawan dengan mereka." Serentak itu, Ashraff menerima dua jelingan dari rakannya.

Heh. Ingat dia takut ke?

Sedang mereka berbual, tiba-tiba satu tepukan kuat dari belakang Ashraff. Haykal dan Mikaeyl menarik muka menyampah melihat figura yang menganggu waktu mereka. Manakala Aryssa, beriak biasa mengerling kilas figura yang dia ingin sembunyi sebelum ini. Bibirnya tarik mengukir senyuman sinis. Tak sangka mereka akan berjumpa secepat ini.

"You buat apa dekat sini? Tadi masa I ajak you lunch, you kata you busy. Then, now? Any explantion?" Annissa bertanya. Matanya memandang dua figura yang dikenalinya.

"Ikutkan tadi, I memang busy. Tapi Mika ugut I kalau I tak ikut dia makan tengahari. Dia akan suruh Kal tarik kerjasama DA with Eldrin's." balas Ashraff tenang.

Annissa mengangguk kepala faham. Kini, baru dia faham kenapa Ashraff jarang bertemu dengannya. Tambahan, dia juga tidak mahu terlalu menyokong Ashraff. Lelaki itu juga ada hak untuk bertemu dengan kawan-kawannya meskipun berkaitan dengan kerja. Sedar ada seseorang yang agak asing di sepupu tirinya, Mikaeyl. Dahinya membentuk satu kerutan.

"Mika, girlfriend you ke? I tak tahu pun," Annissa cuba berbasa basi dengan Mikaeyl walaupun dia tahu hanya ujaran sinis diberi sebagai balasan kepadanya.

Aryssa Where stories live. Discover now