Y || 55

1.7K 69 0
                                    

.....

"ARYSSA selamat. Sekarang dia dengan Firhad ada dekat Langkawi."

Ashraff mendengar berita itu menghela nafas lega. Sekurangnya isterinya selamat bersama orang kanan abang iparnya. Dia kenal Firhad. Lelaki itu la yang menyelamatkan dirinya tika dia dan Mikaeyl hampir menjadi mangsa pembunuhan.

"Habis sekarang kita nak buat apa? Dah lama kita tak pergi memburu," ujar Akmal memberi makna. Walaupun kesan tembakan sebulan lepas masih belum pulih tapi dia semangat untuk memburu Adam.

"Kau kan, tak padan dengan sakit betul." Bella membebel.

Akmal mencebik.

"Mika, kau tengok tunang kau ni. Bebel aje lebih. Kau zip mulut dia tak boleh ke?"

Mikaeyl memandang wajah Bella. Bella menayangkan wajah manis kepada tunangnya. Mikaeyl kembali memandang wajah Akmal.

"Tak ad apa pun. Elok lawa aje aku tengok," bidas Mikaeyl.

Akmal tercengang. Bella menjerit gembira. Yeay! Tunang backup kita la.

"Kau kena sabar. Penangan orang bercinta memang macam tu," bisik Haykal.

Akmal memandang Haykal dengan cebikan. Penangan cinta konon. Dia dengan Danisya pun tak seteruk ini.

Sedang mereka berbual, ada seseorang masih dengan dunia sendiri. Walaupun berita itu cukup menggembirakan hatinya. Entah kenapa dia rasa seakan ada sesuatu bakal terjadi.

Mereka saling berpandangan melihat lelaki itu. Dia tahu beberapa hari tanpa isteri memang membuatkan dia sukar.

Edrian menepuk perlahan bahu adik iparnya. Ashraff mengangkat wajahnya. Dia tidak terkejut kalau abang iparnya menepuk bahunya. Mungkin tak sedar akan perbincangan mereka.

"Abang rasa kita dah boleh gerak sana. Darwish, Harraz dengan Edryl dah sedia dekat Langkawi. Jadi, kita naik private jet ke sana."

Dengar sahaja arahan Edrian, serentak mereka berempat bersiap. Malam ini mereka akan bertempur. Antara hidup atau mati itu menjadi persaingan.

Ashraff baru hendak bangun untuk menolong, dihalang oleh Edrian. Matanya memandang wajah Edrian.

"Kenapa?"

Edrian membalas bersama senyum nipis.

"Abang tahu kamu mesti tertanya kenapa Langkawi dan bukan KL kan?" tebak Edrian.

Ashraff diam. Memang itu yang dia fikirkan sejak mendapat berita keberadaan Aryssa tapi,

"Markas tu, tempat arwah mummy mati. Arwah Aariz dengan Amylia bunuh mummy dekat sana. Abang pun tak sangka dia orang dekat sana sebab dah sepuluh tahun kita orang tak jejak sana."

Ashraff memandang wajah Edrian.

"Abang tahu kamu pelik kenapa jauh sangat tapi abang yakin arwah Aariz sengaja nak menggamit kenangan Aryssa dengan arwah mummy dekat sana." ujar Edrian lirih.

Kalau la dia sedar tempat itu pada mulanya, mungkin mereka tak perlu menunggu lama tapi dia manusia biasa. Mereka bertiga pernah berjanji takkan jejak ke situ tapi sejarah kembali berulang,

"Abang harap kamu dapat jaga Rys dengan baik. Macam mana pun keadaan dekat sana nanti, lindungi Rys. Abang nak kamu sentiasa jaga dia. Janji dengan abang."

Ashraff memandang wajah Edrian. Dia tahu Edrian sama sepertinya. Tanpa teragak-agak Ashraff mengangguk kepala perlahan.

•••••

MALAM kian larut. Perut yang kini sudah masuk empat bulan semalam diusap perlahan. Sepatutnya dia pergi buat pemeriksaan kesihatan anaknya tapi dengan keadaan dia sedang diculik memang agak sukar untuk dia membuat pemeriksaan.

Makanan yang diberi oleh Adam dipandang sepi. Dia tiada selera. Firhad pula sudah dua hari tidak makan dan digantikan dengan air kosong untuk menampung hidupnya.

Aryssa mencapai bungkusan makanan miliknya lalu membuka diberi kepada Firhad. Firhad yang sedang berehat terhidu bau makanan membuka mata luas. Terkejut dirinya sebungkus makanan dihulur kepadanya.

Matanya memandang wajah Aryssa.

"Kenapa Rys bagi abang? Makan la, Rys kena makan. Nanti baby lapar."

Aryssa menggeleng kepala perlahan. Sudu dicapai lalu menguis sedikit nasi lalu dihulur kepada Firhad.

"Abang makan untuk Rys. Rys nak abang ada tenaga. Kalau abang tak ada tenaga macam mana abang nak jaga Rys? Abang dah janji nak jaga Rys kan?"

Firhad memandang wajah Aryssa. Dia tahu niat Aryssa baik. Dua hari dia tidak menjamah makanan. Malah makanan itu diberi kepada Aryssa memandangkan gadis itu mengandung.

"Abang makan ya. Jangan risaukan Rys, kita makan sama-sama. Dua hari Rys makan tak ajak abang sebab lapar. Hari ini, Rys nak ajak abang makan." Sudu dihulur kepada Firhad.

Firhad memandang makanan itu dengan rasa sebak. Tanpa menunggu dia membuka mulut. Aryssa senyum. Syukur kerana Firhad tidak memaksanya.

"Abang makan banyak-banyak tau! Abang kena kuat. Abang kata haritu nak kahwin dengan pekerja Raff, siapa nama dia Qis. Qistina kan?"

Firhad senyum. Qistina, gadis yang berjaya mencuri hati sepanjang mereka undercover di kumpulan Adam.

"Ehem, tak sangka aku dapat adegan manis dekat sini." suara Adam menyentak mereka berdua untuk berselera.

Adam senyum sinis. Kaki melangkah ke arah Aryssa, tanpa amaran rambut Aryssa ditariknya kasar.

Terkejut Firhad dengan tindakan Adam. Makanan yang dipegang oleh Aryssa turut jatuh ke tanah.

"Kau nak buat apa dengan dia. Lepasla gila!" tempik Firhad.

Adam memandang Firhad sinis.

"Kau nak suruh aku lepas? Eh, tak cukup baik ke aku bagi dia makan? Kenapa dia nak bagi kau eh? Atau korang ada hubungan belakang Ashraff? Wow! Bravo!" sindir Adam dengan kuat.

Firhad merengus kasar. Aryssa menahan sakit yang seakan mahu tertanggal dari kepalanya.

"Kau lepaskan dia. Jangan sentuh dia. Kalau nak pukul atau apa-apakan dia. Buat dekat aku, bukan dia." ujar Firhad memberi kebenaran.

Aryssa mendengar kata-kata Firhad menggeleng kepala perlahan. Tak! Dia tak benarkan. Dia tak mahu Firhad menjadi mangsa pukulan Adam.

"Ja..ngan abang, jangan! Adam kau pukul aku! Jangan pukul abang Fir. Dia tak salah. Aku yang salah nak suap dia makan." Aryssa bersuara. Kepalanya masih menjadi mangsa cengkaman Adam.

Adam senyum sinis. Dia tiada masa untuk dengar rengekkan dua manusia itu.

"Kau ingat ni drama nak buat adegan sedih merayu bagai? Eh, kalau bukan sebab Ashraff. Kau tak jadi mangsa sekarang ni." Cengkaman rambut Aryssa ditarik kasar

Aryssa menjerit sakit. Urgh, dia tak dapat tahan dirinya dari menahan sakit.

"Tolong la, Adam. Jangan apa-apakan dia. Kalau kau nak pukul ke apa? Pukul aku, jangan dia. Dia perempuan. Tak gentle pukul dia bro," rayu Firhad.

Adam senyum sinis. Cengkaman rambut Aryssa dilepasnya.

"Okay, itu yang kau nak. Aku lepaskan. Sekarang, kau rasa tumbukan aku." Buku lima diangkat tinggi. Firhad menutup matanya. Tak sanggup rasanya dia mahu melihat wajah sedih Aryssa.

"Adam! Stop!" suara jeritan Lara menyentak mereka di dalam bilik itu.

Adam merengus kasar. Wajah Lara dipandangnya.

"Kau kenapa? Bukan tadi aku dah bagi dekat kau ke?" ujar Adam kasar.

Lara tayang wajah menyampah.

"Kalau aku nak, dah lama aku goda kau depan dia orang. Bukan tu je, buat depan dia orang pun aku rela. Tapi masalahnya kita ada masalah lagi besar."

Terjungkit kening Adam mendengar perkataan masalah besar.

"Apa dia?"

"Ashraff. Dia ada kat sini."

......

Aryssa Where stories live. Discover now